Perkara yang anda perlu tahu kalau anda serius nak kurangkan stress

Rabu, 25 Mac 2015

“Doktor, saya rasa saya perlu nasihat tentang cara mengurangkan stress. Saya rasa dua-tiga menjak ni, stress sangat lah. Sebab tu tekanan darah saya ni naik. Kat tempat kerja saya stress, kat Rumah stres, sepanjang masa saya rasa stress. Apa patut saya buat Dr?”


Apa itu stress? 

Stres ialah satu keadaan apabila kita merasakan sumber yang kita ada tidak dapat menampung permintaan yang harus kita penuhi. Kita semua pasti pernah mengalami situasi ini.

Sumber yang saya maksudkan seperti masa, tenaga, kemahiran atau tenaga. 

Kenapa kita stres? 


Stres adalah satu mekanisma mempertahankan diri yang dicipta oleh Allah SWT agar kita dapat melindungi diri ketika keselamatan kita diancam. Mekanisma ini dipanggil “fight or flight response”, Maksudnya , badan kita akan membuat penilaian adakah kita boleh melawan atau lebih selamat , untuk kita melarikan diri dari ancaman pada masa tersebut.

Contohnya jika kita bertembung dengan harimau, mekanisma ini akan diaktifkan serta merta. Hormon seperti adrenalin dan cortisol akan dirembeskan. Jantung kita akan berdegup dengan lebih pantas. Otot-otot menjadi tegang. Pancaindera menjadi lebih sensitif. Tekanan darah meningkat. Kesannya ialah kita menjadi lebih bertenaga, kekuatan dan stamina bertambah, tindakbalas menjadi cepat dan kita bersedia bertindak dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan harian kita sekarang, sangat jarang kita memerlukan respon sebegini kerana kita pun tidak lagi tinggal di hutan dan berhadapan dengan harimau! Jadi adakah kita masih perlukan tindakbalas tersebut?

Mengapa saya menjadi stres? 

Menurut Dr Christopher Hogan, BBS, DipRACOG, FRACGP, stres berpunca dari 4 perkara:

1. “Novelty”

- sesuatu yang baru/ luar biasa : contohnya anda terpaksa mempelajari sistem komputer yang baru atau pun anda akan menyambut kelahiran bayi pertama

2. “Unpredictability”

- sesuatu yang tidak dijangka; contohnya anda mempunyai seorang boss yang “moody” dan memberi tugasan yang tidak dapat dijangka setiap hari

3. “Threat to ego” 

– ancaman kepada ego kita: contohnya seseorang mempersoalkan pengetahuan atau kemahiran kita

4. “Sense Of control”

- ketiadaan kawalan terhadap keadaan : contohnya terperangkap dalam kesesakan lalulintas atau terkena jangkitan penyakit yang teruk.

Adakah stres berbahaya kepada kesihatan? 

Keadaan stres yang berpanjangan telah dibuktikan boleh mengakibatkan penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau penyakit mental seperti anzieti dan kemurungan.

Ikuti Bahagian 2 Dalam entri berikutnya berkaitan cara-cara untuk kurangkan stress…

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.