Apa itu paracetamol atau Panadol?
Paracetamol atau acetaminophen lebih dikenali dengan jenama Panadol di kalangan rakyat Malaysia. Untuk kanak -kanak , ia terdapat dalam 2 kepekatan iaitu 120mg/5 mL dan 250 mg /5 mL. Melalui pengalaman saya dengan anak -anak sendiri, mereka lebih sukakan kepekatan 120mg/5mL kerana rasanya lebih sedap.contoh ubat demam bagi kanak-kanak 1-6 tahun |
Jangkahayat sirap paracetamol
Bagi kepekatan 250 mg/5mL , ia lebih pekat oleh itu ianya sedikit pahit untuk kanak-kanak. Sirap paracetamol boleh digunakan dari usia 2 bulan ke atas. Ia akan diproses di hati dan dikeluarkan oleh buah pinggang. Tempoh hayat ubat ini adalah cepat, ia akan mula berkesan dalam tempoh 11 minit selepas dimakan , dan dalam 1-4 jam, jumlah di dalam badan sudah diproses meninggalkan setengah sahaja dos asal ubat. Oleh itu, pernyataan sesetengah pihak bahawa ubat ini mengambil masa bertahun-tahun untuk dikumuhkan adalah tidak tepat.Dos paracetamol untuk bayi/ kanak-kanak
Akan tetapi, para ibu bapa haruslah tidak melebihi dos pemberian paracetamol 4 kali sehari bagi mengelakkan terlebih dos. Di Malaysia, kita masih menggunakan dos 15 mg bagi setiap Kg walaupun Britain sudah mula mengurangkan dos paracetamol kepada 10 mg bagi setiap Kg. Sirap paracetamol 120 mg/5mL yang dipasarkan ada yang mempunyai perisa strawberi dan ada perisa oren. Yang paling penting ialah memastikan kepekatan ubat tersebut tepat supaya dos yang diberi adalah betul.5 Kg-usia dalam 2- 4 bulan -3 mL
6 Kg -usia dalam 3-5 bulan- 3.5 mL
7 Kg – usia dalam 3- 7 bulan- 4 mL
8 Kg – usia dalam 4-9 bulan -5 mL
9 Kg – usia dalam 10bulan -12 bulan- 5.5 mL
10 Kg – usia dalam 9 bulan -14 bulan – 6.mL
11 Kg – usia setahun -18 bulan – 6.8 mL
12 Kg – usia 15 bulan – 2 tahun – 7.5 mL
13 Kg – usia 21 bulan – 33 bulan - 8 mL
15 Kg – usia 3-4 tahun -9 mL
16 Kg – usia 4-7 tahun – 10 mL
Sirap paracetamol untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas |
Perhatikan kepekatan ubat
Berat lebih dari ini seeloknya diberi sirap 250 mg/5 mL. Jika menggunakan Sirap 250 mg/5 ml, contohnya seperti gambar di atas :
5 Kg-usia dalam 2- 4 bulan -1.5 mL
6 Kg -usia dalam 3-5 bulan- 1.8 mL
7 Kg – usia dalam 3- 7 bulan- 2 mL
8 Kg – usia dalam 4-9 bulan -2.5 mL
9 Kg – usia dalam bulan -12 bulan- 2.7 mL
10 Kg – usia dalam 9 bulan -14 bulan – 3 mL
11 Kg – usia setahun -18 bulan – 3.3 mL
12 Kg – usia 15 bulan – 2 tahun – 3.6 mL
13 Kg – usia 21 bulan – 33 bulan - 4 mL
15 Kg – usia 3-4 tahun -4.5 mL
16 Kg – usia 4-7 tahun – 4.8 mL
17 kg- umur 4-8 tahun- 5 mL
18 kg-20 kg -umur 4-8 tahun -5.5-6 mL
21 kg- umur 5-9 tahun- 6 mL
22kg – umur 5-9 tahun- 6.5 mL
23 kg – umur 5-9 tahun – 7 mL
24 kg- umur 5-9 tahun- 7mL
25 kg- umur 6-10 tahun – 7.5 mL
26 kg – umur 6-10 tahun – 7.8 mL
27 Kg- umur 6-10 tahun -8 mL
28 Kg-umur 6-10 tahun -8.5 mL
29 Kg -umur 6-10 tahun- 9 mL-
30 kg – umur 7-12 tahun-9 mL
Kalau berat 16kg 10ml ,berapa kali makan ye?
BalasPadamboleh beri 3 - 4 kali sehari ya
Padam