Memaparkan catatan dengan label Anakku sayang. Papar semua catatan

red scaly skin on baby cheek

Tentu anda biasa melihat tompok-tompok merah pada pipi, siku atau pun kaki bayi dan kanak-kanak. Apabila terjadi di kalangan bayi yang baru lahir, kadang kala ianya disebut sebagai ruam susu. Dari segi perubatan, keadaan ini dipanggil “eczema”. Artikel ini akan membincangkan mengenai aspek-aspek penting eczema termasuk punca, gejala, dan kaedah pengendalian yang disarankan.

Apakah itu eczema?

Eczema merupakan satu penyakit kulit yang biasa terjadi dan boleh mempengaruhi sesiapa saja pada peringkat umur yang berbeza. Ia dikaitkan dengan keradangan yang menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan pecah-pecah. Keadaan eczema ini akan mengurangkan lembapan pada kulit dan mendedahkan anda kepada keadaan di persekitaran seperti bakteria dań lain-lain.

Mengapa Eczema terjadi?

Tindak balas sistem imun badan

Eczema sering kali dikaitkan dengan tindak balas sistem imun yang tidak seimbang di mana ia terlalu aktif, menjadikan kulit sensitif terhadap pelbagai rangsangan. Apabila sistem imun badan bertemu dengan allergen (bahan yang boleh menyebabkan reaksi), sistem imun tersebut bertindak lebih aktif dari yang sepatutnya, kerana ia menyangka allergen tersebut adalah partikel berbahaya seperti virus atau bakteria. Oleh itu, sistem imun akan mengaktifkan sistem pertahanan badan dengan menimbulkan keradangan. Keradangan atau inflammation adalah tindak balas semula jadi badan manusia bagi melawan partikel bahaya.

Faktor genetik kekeluargaan

Faktor genetik juga memainkan peranan penting di mana individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan eczema atau alahan lain seperti asma dan resdung, lebih cenderung untuk mengalami eczema.

Faktor persekitaran

Faktor luaran adalah seperti asap, pencemar udara, sabun, dan prodük penjagaan kulit boleh menimbulkan reaksi eczema. Cuaca yang panas dan berpeluh juga boleh mencetus atau memburukkan keadaan eczema kerana menyebabkan kulit menjadi lebih gatal.

Faktor emosi

Sekiranya anda/anak anda mengalami tekanan stress yang tinggi atau mengalami kemurungan (depression), kemungkinan anda/anak anda mengalami eczema adalah lebih tinggi dari biasa.

Gejala/ Simptom atau Tanda-tanda Eczema

Kulit kering, merah dan gatal

Simptom eczema biasanya bermula semenjak bayi atau kanak-kanak (kurang umur 5 tahun). Simptom ini akan berlanjutan sehingga umur belasan tahum, dan ia akan datang dan pergi mengikut situasi semasa. Gejala eczema boleh berbeza-beza mengikut individu namun simptom yang umum termasuklah -

  • Kekeringan yang melampau pada kulit.
  • Kemerahan dan keradangan.
  • Gatal-gatal
  • Luka dan kulit mengelupas - sehingga kadangkala boleh mengakibatkan jangkitan sekunder apabila kulit pecah dan berdarah.
  • Kulit melepuh (terjadi blister) pada kulit

Ruam yang gatal ini boleh timbul di pelbagai lokasi pada badan, seperti:

  • tangan
  • muka
  • siku
  • kaki
  • lutut
  • muka, terutamanya pipi
  • telinga

Ramai ke yang mengidap eczema?

Kajan mendapati seramai 10-20% kanak-kanak mengalami eczema. Namun, sebahagian besar dari mereka tidak mengalami masalah ini apabila mereka dewasa. Cuma pengidap eczema perlu mengawal pemakanan, pendedahan kepada allergen serta keadaan emosi dan stres supaya ianya tidak menjadi buruk.

Pengendalian Eczema

Kebanyakan doktor menggunakan istilah pengendalian eczema kerana eczema ini biasanya akan kekal sepanjang hayat. Namun, ianya boleh dikawal dan biasanya, akan menjadi buruk (flare-up) apabila terdedah kepada perkara-perkara yang merangsang eczema tersebut.

Jenis-jenis eczema

Terdapat pelbagai jenis eczema yang boleh mengganggu kehidupan seharian kita sema, di mana-mana cisi-viri eczema ini berbeza dan rawatannya juga boleh berbeza di antara satu sama lain. Jenis-jenis eczema tersebut seperti-

  • atopic dermatitis (yang paling kerap ditemui)
  • seborrhoea dermatitis
  • numular eczema
  • dyshydrotic eczema
  • contact dermatitis

Rawatan

Kaedah merawat eczema berbeza-beza mengikut individu yang mengalami keadaan ini. Tentunya, rawatan yang terbaik adalah yang dipreskripsikan oleh doktor anda, kerana beliau akan dapat menilai dan membuat perbandingan mengenai keadaan anda/anak anda dalam setiap perjumpaan di klinik dan seterusnya akan dapat menyusun dos dan jenis ubat yang paling sesuai dengan tahap eczema anda/anak anda.

Namun , secara umumnya, langkah-langkah bagi merawat eczema adalah seperti di bawah : 

  • Penggunaan emolien adalah langkah pertama dalam mengurus eczema. Emolien membantu melembapkan kulit dan melindunginya dari bahan-bahan yang merengsa. Dapatkan emollien yang memenuhi ciri-ciri berikut- tiada pewangi atau pewarna atau bahan-bahan yang merengsa (irritant) kulit, mengandungi petroleum jelly atau minyak mineral (mineral oil) dan mengandungi lipids/ ceramides untuk menambahbaik lapisan kulit.
  • Krim steroid topikal (yang disapu) juga sering digunakan untuk mengurangkan keradangan dan gatal. Terdapat pelbagai tahap krim steroid yang boleh digunakan, namun kaedah penggunaannya berbeza mengikut keseriusan eczema dan kawasan eczema. Contohnya krim steroid yang kuat seperti betnovate atau dermovate tidak boleh digunakan di muka. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menyapu sebarang krim di kulit anak-anak anda.Krim steroid adalah selamat digunakan mengikut dose dan pada kawasan kulit yang ditetapkan.
  • Untuk kes lebih serius, doktor mungkin akan menetapkan ubat-ubatan sistemik yang membantu mengawal tindak balas imun yang berlebihan.⠀

Perubahan Gaya Hidup

Oleh kerana eczema ini merupakan keadaan yang berterusan, maka adalah sangat penting supaya gaya hidup anda/anak anda disesuaikan dengan situasi semasa bagi mengelakkan keadaan eczema tersebut flare up. Perubahan gaya hidup yang boleh dibuat adalah seperti - 

  • Elakkan bahan yang memulakan tindak balas (trigger) adalah aspek kritikal dalam mengurus eczema contohnya elakkan menggunakan sabun, pewangi,dan bahan pencuci baju seperti fabric softener yang boleh mengiritasi kulit. Trigger ini biasanya berbeza-beza antara setiap individu). Carilah sabun yang mengandungi pelembap (moisturiser) dan tidak mengandungi bahan iritasi boleh didapati di farmasi contohnya seperti Cetaphil, Queve, dan lain-lain. Manakala bagi sabun pencuci - dapatkan pencuci yang tertulis “hypoallergenic” bagi mengurangkan risiko anak-anak terengsa dengan bahan dalam produk berkenaan
  • Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas untuk mengelakkan iritasi kulit. Elakkan kain sintetik seberti nylon, polyester dan lain-lain
  • Menjaga suhu persekitaran agar tidak terlalu panas atau dingin, yang boleh memburukkan eczema.
  • Elakkan mandi air panas yang boleh mengeringkan kulit dan mengurangkan lembapan
  • Bawalah anak-anak mandi di kolam renang 2-3 kali seminggu kerana didapati klorin dalam air kolam sedikit sebanyak mengurangkan realsi eczema
  • Sapukan emollien sebaik saja anak anda habis mandi, dan diulangi 3-4 kali sehari.
  • Elakkan anak-anak menggaru atau menggosok kawasan eczema. Anda boleh membalut kawasan tersebut dengan crepe bandage, atau memakaikan stokin/mitten supaya tidak digaru.
  • Basuh baju/seluar/selimut anak anda yang baru dibeli sebelum memakainya
  • Berhati-hati membeli ubat sapu yang tidak diketahui senarai kandungannya - kerana bimbang mengandungi krim steroid yang kat dan berbahaya kepada kulit

Probiotik dalam Pengendalian Eczema

Yogurt adalah salah satu makanan yang menganduing probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu mengimbangi flora usus dan boleh memperkuat sistem imun. Probiotik boleh didapati dalam produk seperti yogurt, kefir, kimchi dan tempe.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa probiotik mungkin mempunyai potensi dalam membantu mengurus dan mungkin mencegah eczema, khususnya pada kanak-kanak. Walaupun kajian tersebut masih dijalankan, tiada salahnya jika ibu bapa ingin menjadikan pengambilan probiotik melalui diet atau suplemen sebagai satu rutin harian supaya menjadi sebahagian daripada pendekatan holistik untuk mengurus eczema.

Penutup

Eczema adalah satu keadaan yang boleh memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti hidup, namun dengan pengurusan yang betul, individu yang mengalami eczema boleh menjalani kehidupan yang sihat dan selesa. Tuan puan boleh membaca lagi mengenai eczema ini dengan lebih lanjut di link ini serta di sini. Kaedah rawatan berbeza dan mungkin perlu disesuaikan mengikut keperluan individu. Oleh itu, sangat penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk mengurus keadaan ini secara berkesan.

Rujukan:

1. https://www.doktorbudak.com/2013/07/22/eczema/

2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/318946

Bolehkah Probiotik Merawat Eczema?

Ahad, 12 Mei 2024

Adakah anda pernah mengalami kesukaran memahami seseorang kerana anak anda bercakap terlalu lembut atau tidak jelas? Adakah anak anda seorang yang bertutur terlalu lembut hingga orang lain tidak memahami beliau? Bertutur dengan tidak jelas atau /mumbling/adalah masalah biasa dalam perbualan harian, dan terdapat beberapa punca mengapa seseorang mungkin bertutur dengan tak jelas. Adakah anda tahu punca-punca anak anda bertutur dengan tidak jelas dan apa yang boleh anda lakukan untuk MEMBERHENTIKAN perkara tersebut? 

Kebimbangan atau merasa cemas

Apabila kita berasa gementar, tindak balas semula jadi badan kita adalah untuk mempercepatkan kelajuan percakapan kita atau bercakap dengan lebih perlahan. Kita juga mungkin mengalami kesukaran untuk mengekalkan kontak mata atau tidak selesa untuk bercakap dengan yakin, yang boleh menyumbang kepada mumbling atau bertutur dengan tidak jelas.

Ingatkan anak anda bahawa lebih baik untuk membuat kata-kata beliau lebih jelas dengan kelajuan yang perlahan. Ini kerana jika orang tersebut tidak dapat memahami apa yang anak anda katakan, anak anda mungkin berasa kecewa, terganggu, atau malu. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah -

  1. bantulah beliau untuk fokus bagi melambatkan kelajuan percakapan
  2. kekalkan pengucapan yang jelas

Kemudian seimbangkan dengan fokus pada menyesuaikan dengan kelajuan pemikiran beliau. Anda perlu terbuka terhadap maklum balas dan lihat di mana anda perlu menumpukan lebih banyak usaha untuk membantu membuatkan pertuturannya  lebih mudah difahami oleh orang lain.

Tabiat

Sesetengah orang mungkin bertutur tidak jelas kerana telah menjadi tabiat semenjak kecil. Sekiranya tabiat tersebut tidak diperbetulkan, anak anda mungkin membesar dalam persekitaran di mana bercakap dengan perlahan adalah normal pada beliau.

Ibu bapa memainkan peranan yang besar membetulkan tabiat ini sebelum ianya menjadi sukar dibendung.

Sebagai contoh anak saya menunjukkan peningkatan dengan ketara apabila ayah mereka sentiasa menegur beliau apabila beliau mumble -untuk berhenti seketika dan membetulkan sebutan beliau supaya lebih jelas . Ini akan mengambil masa, tetapi lama-kelamaan anak anda akan berjaya meninggalkan tabiat itu. Ibu bapa perlu konsisten dan yakin, tegurlah dengan nada yang sayang dan pujilah anak anda apabila beliau mencuba serta menunjukkan kemajuan.

Halangan Bahasa

Di Malaysia, bukanlah suatu kejanggalan untuk belajar atau fasih bercakap dalam dua bahasa atau lebih. Kita biasanya mengajar anak-anak kita paling kurang dua bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terdapat juga ibubapa yang turut mengajar anak mereka Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab atau bahasa ibunda (bagi Orang Asal atau dari Sabah & Sarawak). Anak anda mungkin tidak fasih atau tidak biasa bertutur dalam bahasa yang sedang digunakan dalam perbualan tersebut, jadi beliau bercakap dengan tidak jelas, kerana mengalami kesukaran untuk mencari perkataan yang tepat atau melafazkannya dengan betul.

Jadi sebagai ibu bapa, apa yang boleh anda bantu?

a) Saya cadangkan jika anda lihat anak anda berada dalam situasi begini, ajarlah beliau untuk berkomunikasi dengan menggunakan medium lain juga seperti cuba gunakan bahasa tubuh, isyarat atau gambar. Jika beliau selesa, boleh ajar beliau gunakan Google Translate, walaupun ketepatan terjemahan yang diberikan boleh diragui.  Pernah suatu ketika, saya melihat ‘mak ko hijau’ diterjemahkan sebagai ‘ibu saya hijau’. Jadi jika anda tahu bahawa ia boleh menjadi sedikit keliru, dan anda meletakkan perkataan mudah di dalamnya, anda boleh menggunakan Google Translate untuk sedikit membantu.

b)  Selalulah gunakan Bahasa tersebut dalam perbualan harian anda. Aktiviti seperti membaca buku atau menonton rancangan menggunakan bahasa tersebut - untuk menambah kosa kata dan memahami lenggok bahasa boleh membantu anak anda.

Kurang Keyakinan

Apabila anak anda berasa sedar diri atau takut untuk dinilai, beliau mungkin bercakap dengan lembut untuk menyembunyikan pemikiran atau perasaan sebenar anda. Dalam kes ini, anda perlu membangunkan keyakinan diri beliau dan meningkatkan kemahiran komunikasi anak anda.

Anak yang yakin adalah anak-anak yang sentiasa merasa dihargai dan tahu bahawa beliau tidak akan dimalukan oleh ibu bapanya di khalayak ramai. Maka, bantulah beliau dengan memberi kata-kata galakan dan dorongan pada waktu yang bersesuaian. Bagi orang dewasa, mengambil kelas pengucapan awam, berlatih dengan kawan atau membaca buku berkaitan boleh membantu. 

Faktor Fizikal atau Perubatan

Beberapa keadaan fizikal atau perubatan turut boleh menyebabkan seseorang sukar untuk bercakap dengan jelas. Perkara-perkara tersebut adalah seperti kehilangan pendengaran, masalah pergigian, atau keadaan yang mempengaruhi otot untuk bercakap ,semuanya boleh menyumbang kepada mumbling. Jika anda mengesyaki bahawa keadaan fizikal atau perubatan menyebabkan mumbling bagi anak anda, dapatkan pemeriksaan doktor untuk mendapat kepastian.

Persekitaran

Akhirnya, ia adalah penting untuk mempertimbangkan keadaan di sekeliling di mana anda sedang bercakap. Persekitaran yang bising, seperti bilik yang sesak atau jalan yang sibuk, boleh membuatkan anak anda sukar untuk mendengar atau didengari dengan jelas. Cubalah bertukar ke persekitaran yang lebih tenang dan senyap, jika anda boleh. 

Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak mumbling semasa bercakap, dan terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anakanda. Semoga dengan bantuan anda sebagai ibu bapa, anak anda akan dapat mengamalkan tabiat bercakap yang baik dengan konsisten, dan seterusnya menjadi individu yang berkeyakinan tinggi, dan dapat menyampaikan pendapat beliau dengan jelas dan tepat.

6 punca anak bertutur tidak jelas atau mumbling

Isnin, 13 Mac 2023

Biji berair di keliling bibir

Adakah anda pernah melihat atau mengalami biji-biji kecil berisi air di bibir atau kawasan keliling mulut anak anda? Keadaan ini dipanggil herpes simplex, atau dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil cold sores.

Apakah yang menyebabkan biji-biji berair ini? 

Bagi kanak-kanak, kebiasaannya keadaan ini berpunca dari sejenis virus dinamakan herpes simplex (HSV-1). Terdapat satu lagi herpes simplex jenis ke-2 (HSV-2) yang biasa menjangkiti orang dewasa.

Apakah tanda-tanda herpes? 

1. Rasa perit terbakar atau gatal di kawasan keliling mulut atau bibir
2. Bintil-bintil kecil berisi air mulai tumbuh di kawasan bibir / mulut /gusi
3. sakit tekak dan kelenjar bengkak
4. menghasilkan air liur lebih banyak daripada biasa
5. kekurangan air dalam badan
6. loya dan sakit kepala 

Bagaimanakah virus herpes simplex ini boleh berjangkit? 

Virus ini sangat mudah menjangkiti orang lain! Cara jangkitannya adalah sentuhan secara langsung- mungkin ada orang yang menyentuh / mencium pipi anak yang mempunyai virus ini. Apabila seseorang dijangkiti virus ini, kebiasaannya virus ini akan menjadi tidak aktif (“tidur”) dalam badan orang tersebut.

Walau bagaimanapun, apabila orang tersebut berada dalam sesuatu situasi seperti keletihan, kecederaan pada kawasan dijangkiti ataupun bagi wanita, datang haid, virus tadi boleh “dikejutkan” dari tidur dan menjadi aktif.

Bolehkah seseorang mengalami keadaan ini berkali-kali? 

Terdapat mereka yang mengalami biji-biji berair ini 2-3 kali setahun, dan ada yang sekali sahaja sepanjang hayat mereka. Ada juga yang tidak pernah mendapat biji-biji berair ini langsung kerana ianya tidak pernah diaktifkan!

Apakah rawatan untuk biji-biji berair ini? 

Keadaan ini akan baik sendiri tanpa rawatan dalam tempoh 7-10 hari. Walau bagaimanapun, krim sapu antiviral (seperti acyclovir). Krim ini sebaik-baiknya disapu apabila tanda-tanda awal biji-biji air ini muncul. Jika krim ini lewat disapu, ia mungkin tidak akan berkesan. Krim tersebut perlu disapu 5 kali sehari selama 4-5 hari.

Krim ini berfungsi untuk menyembuhkan biji-biji air tersebut. Ianya tidak menghilangkan virus HSV-1 atau menghalang biji-biji berair tersebut dari berulang.

Ubat antivirus makan pula hanya diperlukan dalam kes-kes yang teruk.

Sekiranya anak anda mengadu sakit, boleh diberikan paracetamol bagi mengurangkan sakit.
Galakkan anak minum air banyak dan makanan lembut sepanjang mereka mengalami biji-biji berair ini.
Elakkan makan berasid dan masin
Jika anak anda mengadu sakit ketika memberus gigi, gunakan mouthwash antiseptik
Basuh tangan dengan sabun dan air selepas menyapu krim pada biji berair tersebut
Jangan menyentuh biji-berair tersebut kecuali untuk menyapu ubat
Jangan berkongsi krim antivirus dengan orang lain.  

Bolehkah keadaan ini menjadi bertambah buruk? 

Sekiranya anak anda tidak dapat minum, badan mereka mungkin kekurangan air dan ini boleh menjadi berbahaya kepada mereka. Virus ini juga boleh merebak ke bahagian lain badan seperti ke kawasan jari.

Bolehkah keadaan ini dicegah? 

Penyakit ini agak sukar dicegah kerana ia sangat mudah berjangkit. Ianya paling mudah berjangkit apabila biji berair telah pecah, tetapi masih boleh berjangkit kepada orang lain sehingga betul-betul sembuh. Hindari daripada mencium orang lain terutamanya bayi kecil atau pun orang yang mengalami sistem pertahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi).

Bilakah saya perlu membawa anak berjumpa doktor? 

Bawalah anda berjumpa doktor jika:

1) pertama kali mengalami keadaan ini

2) anak tidak dapat makan/minum kerana sakit di bahagian mulut

3) anak menunjukkan tanda kekurangan air (dehidrasi) seperti sakit kepala, asyik merengek/menangis, keletihan, tidak kencing untuk tempoh 24 jam atau kencing kurang dari biasa dan tidak aktif.

4) anak mengalami gusi bengkak dan sakit

Biji berair di sekeliling bibir- herpes simplex

Jumaat, 17 Februari 2017

"Mommy, I have a toothache...It's here" Danial told me as I was getting ready to work. 

He pointed to his left cheek. I was quiet. It was a Thursday morning in the middle of a week and this week, particularly, I was rather busy.

"How painful is it? Can you eat? Can you sleep?" I asked him. Dentists usually ask those questions.

"Not too much. I can sleep.." He said nonchalantly. 

"Okay , maybe we will see the dentist one of these days ya..." and that day is today.

Where to find dentist in Cyberjaya/Putrajaya

If you stay in Cyberjaya/Putrajaya, you can go to a huge Government Dental Clinic in Putrajaya in Presinct 9. It costs RM1, no matter what procedure you do. The health system in Malaysia is heavily subsidized. However, you need to know that, because it is DIRT CHEAP, there will be a lot of people there. So the queue can be long and you may need to make an appointment. Well, we have to accept that there will be compromise in terms of comfort at the expense of cost.

So if you value your time and and do not mind paying a little bit for fast service, you can visit private dental clinics instead. You can get the list of private dental clinics registered with Ministry of Health at this link : http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=SENARAI_KLINIK_PERGIGIAN_SWASTA For me, we went to this private dental clinic -Drs Wong and Partners Dental Surgery, in Cyberjaya. It is situated at Shaftsbury Square, 5th floor. P5-07 to P5-08.

The waiting are is cozy with a lot of sofas. If you have made an appointment, the clinic will serve you first. Consultation and checkup is FREE OF CHARGE. You only pay for procedure and medications.

Today we did not even have to wait. The dentist was polite, professional and empathic. She explained what was the problem, and what needed to be done clearly.

In my son's case, he had a large cavity over his left upper molar. There were even pockets of pus ( shown by the dentist). So she had to clean the cavity first ( a procedure called pulpectomy) then put in some antibiotics, before putting in some temporary filling, She will review the tooth again next week and if everything is okay, a permanent filling is put in. There was also a cavity in the lower left molar, but this is not so bad, hence only filling was required.

The procedure was done gently. My son did not even cry. The dentist periodically asked him " Are you OK ?" which some how assured both of us. It was over in about 40 minutes.

The whole procedure and medications ( antibiotics ) costs RM160 which I think is fair (RM60 for 2 fillings, RM100 for pulpectomy, free medications). The last time, We came here for tooth extraction, it costs me RM75 for the procedure, painkiller and a plastic of cotton gauze.

I am not paid for this post. I just thought, maybe one of the readers probably is searching for where-to-go in Cyberjaya/ Putrajaya and I am just sharing this for those interested to know. You can contact the clinic to make an appointment here. 

Private Dentist in Cyberjaya

Ahad, 12 Februari 2017

Anak saya tertidur selepas menjalani imunisasi

"Doktor, saya dengar imunisasi ni tak bagus untuk bayi. Ada yang boleh menyebabkan kecacatan bayi. Betul ke? Patut ke saya cucuk anak saya?"

Pada masakini , banyak perdebatan di antara ibubapa yang terjadi kerana dilema sama ada mahu memberikan vaksin mengikut jadual Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak. Vaksin disediakan untuk semua bayi secara percuma di semua klinik kesihatan ibu dan anak di seluruh Malaysia dan ibubapa hanya perlu membawa anak ke klinik-klinik ini. Di klinik swasta , harga vaksin ini sendiri tidak murah , harga kos setiap vaksin berbeza-beza : antara RM50-RM100 setiap satu. Jika ibubapa agak kesuntukan masa untuk pergi ke klinik kesihatan yang tentunya ramai pelanggan, ibubapa boleh pergi ke kebanyakan klinik swasta.

"Macam- macam yang saya baca di Internet sampai dah jadi pening..."

Seperti apa juga keputusan yang kita ambil dalam kehidupan, sebelum kita membuat keputusan , seelok-eloknya kita mengetahui terlebih dahulu , semua maklumat yang ada. Tentulah kita tak tahu apa keputusan kajian di masa hadapan: mungkin kajian 2 tahun lagi menunjukkan epal baik untuk menyembuhkan demam, atau mungkin kajian 5 tahun lagi menunjukkan vaksinasi membawa lebih banyak kemudaratan dari kebaikan, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tetapi pada masa sekarang, data yang ada bolehlah kita analisa dan fahami, supaya kita BERTANGGUNGJAWAB dengan keputusan yang kita buat. 

"Adakah vaksinasi boleh menyebabkan penyakit autism , doktor?"

Isu ini timbul apabila kajian menunjukkan peningkatan bilangan kanak-kanak yang mengidap autism daripada tahun awal 1990-an. Oleh itu, ada yang membuat prasangka bahawa ini adalah kesan pemberian vaksin. Salah satu bahan pengawet yang digunakan dahulu ialah thimerosal. 

 Walau bagaimanapun, semenjak tahun 2001, thimerosal telah tidak digunakan dalam vaksin kanak-kanak kecuali satu jenis vaksin influenza ( vaksin influenza TIDAK diberikan dalam jadual imunisasi KKM). Beberapa kajian yang dijalankan juga menunjukkan tiada kaitan antara thimerosal dan autism. Antaranya ialah VSD Thimerosal and Autism Case Control Study yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, September 2010. Di Denmark, sebuah kajian yang mengkaji 500,000 kanak-kanak mendapati tiada kena mengena antara vaksin dengan autism. Kesimpulan dari kajian ini ialah vaksin adalah SELAMAT diberikan. 

"Kalau banyak kajian dah dilakukan , kenapa ramai yang mengatakan vaksin ini punca autism? Ada pelakon barat yang tulis buku , masuk TV Oprah Show bermati- matian mengatakan vaksin menyebabkan autism?" 

Masalah utama yang kita hadapi ialah tiada sesiapa yang dapat mengenalpasti dengan tepat punca autism. Anak- anak yang sebelum ini normal, aktif dan ceria tiba- tiba mendiamkan diri, tidak memandang orang ketika bercakap dan tidak bercakap. Keadaan ini terjadi antara 2-3 tahun. Dan kerana vaksin diberikan semasa umur kurang 18 bulan, ibubapa memikirkan bahawa vaksin adalah punca perubahan anak mereka. Keadaan ini dinamakan "regressive autism". 

Ibubapa yang tertekan dan tidak tahu mengapa anak kesayangan mereka berubah akan tercari-cari puncanya. Terdapat banyak kumpulan di Barat yang menolak hasil kajian perubatan ini dan juga percaya bahawa, banyak fakta dan statistik disorokkan oleh kerajaan. Mereka ini aktif menyebarkan pandangan mereka melalui semua media yang ada, dan ramai ibubapa yang terpengaruh dengan pandangan kumpulan ini.

Namun begitu, banyak kajian perubatan yang sedang berterusan dijalankan contohnya kajian The Childhood Autism Risks From Genetic and the Environment (CHARGE) di Universiti of California. Begitu juga, pihak CDC dan Institute of Medicine juga ada menjalankan kajian berterusan tentang perkara ini. 

"Ramai kawan saya yang tidak mencucuk anak mereka. Tak ada apa-apa terjadi pun. Sihat walafiat dan cergas sahaja nampaknya. Kenapa saya perlu cucuk anak saya?"

Kebanyakan penyakit yang cuba dicegah telah dikawal dengan baik melalui program vaksinasi , Alhamdulillah. Satu ketika dahulu, penyakit TB dan kusta sangat berleluasa di Malaysia, sehingga kerajaan pada masa itu membuka pusat kesihatan khas ( di Sungai Buloh) bagi menempatkan pesakit-pesakit ini. Selepas program vaksinasi, bilangan pesakit TB dan kusta semakin berkurangan, pusat ini semakin kosong dan akan ditutup!

Apabila sesebuah masyarakat mempunyai sebilangan besar yang telah diimunisasi, masyarakat tersebut akan mempunyai herd immunity ( ketahanan kelompok) dan melindungi mereka yang tidak diimunisasi.  Secara amnya, apabila orang yang menerima imunisasi, dijangkiti penyakit berjangkit seperti measles, difteria, pertussis ( batuk kokol) dan rubella, penyakit itu akan 

Namun begitu, semakin ramai warganegara asing membanjiri Malaysia, dan program kesihatan di negara-negara ini tidak sebaik kita. Mereka membawa kembali penyakit yang hampir tiada seperti TB ( batuk kering) dan rakyat Malaysia semakin rama yang mendapat penyakit TB semula. 

Begitu juga dengan penyakit campak ( measles ). Pada tahun- tahun yang lepas , bilangan pesakit measles sangat sedikit namun pada tahun ini, jumlahnya semakin meningkat terutama di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2011 , Selangor mencatatkan kes measles tertinggi di Malaysia dengan 106 kes dalam 1 juta penduduk kerana ramai ibubapa di sini yang tidak memberi vaksinasi kepada anak mereka. Kebanyakan pesakit ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak diberikan imunisasi semasa kecil. 

Melihat pada keadaan ini, mantan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato Seri Hasan yang merupakan Pakar Kesihatan Awam pernah membuat rayuan secara terbuka agar ibubapa memberikan kerjasama dalam memberikan vaksin pada anak-anak mereka.

jadual imunisasi terbaru 2016 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Dilemma imunisasi: nak cucuk ke tak?

Rabu, 1 Februari 2017

Setiap hari kita berusaha supaya keluarga kita dijauhkan daripada penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria. Siapa tahu, rupa-rupanya tempat awam yang kita fikirkan selamat dan bersih, sebenarnya penuh dengan bakteria! Nak tahu tempat-tempat awam yang banyak bakteria?

1. Taman Tema Air

Satu kajian yang dijalankan oleh CDC menunjukkan taman tema air yang mempunyai 1000 kanak-kanak boleh mengandungi sebanyak 22 pounds tinja di dalam kolam! Kebanyakan kanak-kanak tidak membilas dengan bersih selepas mereka pergi ke tandas dan mempunyai 10 gram tinja tertinggal di kulit mereka. CDC juga mendapati 50% daripada kolam renang yang mereka uji mengandungi bakteria Escherichia coli.
batu pahat waterpark
Berhati-hati ketika mandi-manda di taman tema air

pencegahan:

Jadi apakah cara terbaik bagi mengelakkan jangkitan bakteria? Cubalah sedaya upaya supaya tidak menelan air dari kolam tersebut. Jangan benarkan anak anda yang mengalami masalah cirit birit berenang dalam kolam awam. Basuh tangan dengan bersih selepas ke tandas sebelum berenang dalam kolam renang awam.

2. Buku menu restoran

Tahukah tuan puan bahawa buku menu restoran mempunyai 100 kali ganda bakteria daripada kerusi tandas? Buku menu restoran disentuh dan dipegang oleh bermacam-macam orang dari pagi sehingga ke malam tetapi dibersihkan hanya sekali sehari. Dan biasanya dilap menggunakan kain buruk yang telah digunakan.
Buku menu Restoran Oldtown Cyberjaya. Kami suka makan di Oldtown- makanannya sedap dan persekitaran pun bersih.

pencegahan:

Lap buku menu anda sebelum menyentuhnya dan jangan letakkan sudu garfu anda di atas buku menu.

3. Buah-buahan di tepi gelas dan pinggan mangkuk di restoran

Kebanyakkan restoran akan menggunakan potongan buah untuk diletakkan di tepi gelas bagi mencantikkan minuman. 70% daripada potongan buah lemon tersebut didapati mempunyai bakteria E.coli yang boleh menyebabkan kita semua cirit-birit dan sakit perut. Pinggan mangkuk di restoran juga boleh dicemarkan oleh pengendali makanan yang tidak membasuh tangan dengan baik. Masih ingat lagi wabak typhoid yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini?

pencegahan:

Pilihlah restoran dengan teliti dan pastikan tahap kebersihan restoran memuaskan sebelum makan di situ. Mintalah minuman tanpa potongan buah sebagai hiasan. Elakkan memesan makanan yang mentah (raw) atau kurang masak bagi mengelakkan jangkitan kuman /virus seperti Salmonella dan Campylobacter.

4. Water cooler di tempat awam

Kebanyakan water cooler di tempat umum jarang dibersihkan tetapi digunakan dan disentuh oleh ramai orang. Water cooler ini biasanya terdapat di sekolah, taman permainan atau pejabat.

pencegahan:

Bawalah bekalan air minuman sendiri yang lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya.

5. Bekas sabun di tandas awam

Ramai pengguna tandas awam (sama ada di kompleks membeli belah, restoran atau pejabat-pejabat) tidak membersihkan tangan sebelum mereka menyentuh bekas sabun di tandas awam. Bekas ini penuh dengan bakteria! Begitu juga dengan pemegang pintu tandas. Anggaplah kesemua permukaan di dalam tandas awam penuh dengan bakteria dan virus.

pencegahan:

Pastikan tangan anda dibasuh dengan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas menggunakan tandas awam atau gunakan hand sanitizer sendiri. Gunaka tisu bagi menutup paip selepas anda mencuci tangan supaya tangan tidak kotor semula.

6. Troli membeli belah

Aha! Pernahkah anda mencuci tangan selepas menyentuh troli membeli belah? Terdapat 11 juta mikroorganisma yang hidup di troli tersebut, kerana ramai yang menyentuh daging mentah, ikan atau ayam dan kemudiannya terus memgang troli tersebut. Troli tersebut juga boleh mempunyai bakteria daripada lampin bayi yang diletakkan di kerusi troli!

pencegahan:

Bawa sepeket tisu lembap anti-bakteria dalam tas tangan anda dan lap tangan dengan tisu lembap anti-bakteria selepas menyentuh troli membeli-belah anda. Hand sanitizer juga boleh digunakan.

7. Butang lif

Butang lif merupakan salah satu tempat yang sangat kerap disentuh oleh ramai orang dan kekerapan pembersihan butang-butang lif boleh dipertikaikan.

pencegahan:

Kita boleh sama-sama menguruskan badan dengan menggunakan tangga atau menekan butang lif dengan siku. Atau pastikan tangan dibersihkan dengan hand sanitizer atau tisu lembap selepas menggunakan lif.

8. Bilik hotel

Bilih hotel juga dipenuhi dengan peralatan yang mempunyai banyak bakteria sekiranya tidak dibersihkan dengan betul. Antara peralatan tersebut adalah remote control televisyen, suis lampu tidur, pengering rambut dan telefon.
Bilik hotel memang kelihatan cantik tapi berhati-hati apabila menyentuh peralatan dalam bilik tersebut....

pencegahan: 

Lap peralatan di atas dengan tisu lembap setiap kali anda check-in ke mana-mana bilik hotel, sebelum menggunakan bilik tersebut. Sekiranya anda meragui kebersihan bilik hotel, jangan teragak-agak untuk meminta ditukarkan ke bilik lain.

9. Taman permainan kanak-kanak

Taman permainan kanak-kanak sangat jarang dibersihkan dan dikunjungi oleh beratus-ratus kanak-kanak sehari. Entah apa yang mereka sentuh dan kesemua kuman-kuman ini akan melekat pada peralatan permainan di taman.
Jangan lupa bersihkan tangan anak-anak anda setiap kali pergi ke taman permainan.

pencegahan:

Bawa hand sanitizer ke taman permainan sentiasa!

10. Duit dan mesin ATM

Tahukah anda bahawa virus selesema boleh hidup selama 17 hari di atas sekeping duit kertas? tak hairanlah pada masa kini, senang sangat kita mendapat jangkitan selesema dan batuk kan? Mesin ATM dan pintu bank juga kerap disentuh oleh ramai orang sepanjang hari.

pencegahan:

Bersihkan tangan selalu selepas melakukan apa-apa transaksi kewangan. Walau bagaimanapun, jika anda atau anak anda telah terkena jangkitan selesema dan batuk, boleh baca post ini berkaitan cara-cara melegakan simptom batuk selesema di kalangan kanak-kanak.

11. Meja ofis

Satu kajian yang dijalankan di Arizona menunjukkan bahawa meja guru, akauntan dan pekerja bank mempunyai paling banyak kuman. Tempat-tempat di mana kuman biasa ditemui adalah telefon, permukaan meja dan keyboard komputer.

pencegahan:

Pastikan tempat bekerja anda dilap dengan disinfektan sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Pawagam

Pawagam adalah satu tempat di mana ramai orang berkumpul dalam tempat tertutup untuk beberapa jam. Virus dan bakteria boleh merebak dengan mudah dalam situasi ini.

pencegahan:

Jangan menyentuh hidung atau mata anda ketika menonton filem di panggung wayang. Basuh tangan selepas keluar dari pawagam. Tonton filem di rumah sendiri jika anda mengalami selesema/batuk/sakit tekak supaya tidak menjangkiti orang lain.

Kesimpulan

Di mana sahaja anda pergi, famili kita akan sentiasa terdedah pada pelbagai jangkitan virus dan bakteria, sama ada melalui sentuhan atau melalui udara. Pastikan tangan kita dibersihkan selalu dengan tisu lembap anti-bakteria atau hand sanitizer apabila berada atau pulang dari tempat awam, sebelum kita menyentuh peralatan dalam rumah kita atau anak-anak kita.

12 tempat awam yang anda tidak sangka penuh dengan kuman

Selasa, 16 Februari 2016

sad girl
Bila anak dibuli

Petang itu, anak perempuan saya keluar dari sekolahnya dengan muka yang sangat sayu. Matanya berkaca-kaca, longlai langkahnya.

“Ibu, tak boleh beli aiskrim hari ni….students took my money….” katanya sebelum air mata berhamburan bagai hujan di bulan November.

Saya peluk dia. Anak saya itu baru seminggu menjejak kaki ke sekolah rendah. Baru hendak belajar tentang dunia dan manusia. Setiap hari saya mendengar kisah-kisahnya. Tentang “kawan” yang suka mengambil air minuman. “Kawan” yang meminjam buku tulis kosong lalu menconteng sesuka hati. “Kawan” yang memeriksa beg setiap hari dan mengambil wang/ makanan yang ada.

Apa itu buli?

Kebanyakan kanak-kanak selalu bergurau dengan adik beradik atau kawan-kawan setiap masa. Ianya tidak memberi kesan buruk sekiranya kedua-dua pihak merasakan gurauan tersebut kelakar. Walau bagaimanapun, sekiranya dilakukan berterusan dengan cara yang menyinggung perasaan, ianya perlu dihentikan.

Perbuatan membuli adalah satu penyeksaan (fizikal,perkataan atau secara psikologi) yang sengaja dilakukan. Contoh perbuatan buli adalah seperti mengejek,memukul, menggertak atau menyebarkan fitnah untuk menyinggung perasaan orang yang dibuli.

Sebagai ibubapa, kita perlu mengambil berat berkaitan buli dan bukannya sesuatu yang anak-anak kita perlu “kuatkan diri” dan menelan semuanya bersendirian. Perbuatan buli boleh menggugat keselamatan peribadi dan nilai diri.

Kenapa kanak-kanak membuli

Kadangkala, kanak-kanak yang membuli memerlukan mangsa. Oleh itu, mereka mencari rakan-rakan yang lebih lemah dari mereka secara fizikal atau emosi, atau seseorang yang berbezå dari mereka. Tujuan perbuatan buli ini adalah supaya mereka merasa in-control, atau ingin popular atau pun lebih penting dari orang lain.

Sesetengah kanak-kanak mula membuli kerana perbuatan tersebut adalah perkara biasa dilihatnya di rumah atau di kalangan ahli keluarga. Mereka melihatnya sebagai sesuatu yang normal di mana ahli keluarga dipanggil dengan panggilan mengejek atau tidak disukai.

Bagaimana mengetahui anak anda dibuli?

Kecuali anak anda dibuli secara fizikal, pembulian secara emosi lebih sukar dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan perlakuan seperti kelihatan risau, tidak mahu makan/minum seperti biasa atau cuba mengelak dari pergi sekolah- adalah tanda-tanda yang biasa ditemui bagi kanak-kanak yang dibuli di sekolah.

Perkara yang boleh dilakukan jika anda mengesyaki anak anda dibuli:

  • Beritahu beliau, bahawa beliau boleh mempercayai anda- atau orang yang boleh dipercayai seperti guru/abang atau kakak.
  • Sekiranya beliau keberatan bercerita, anda boleh bertanya pendapat beliau sekiranya ada drama/filem di tv berkaitan pendapat beliau tentang situasi tersebut.
  • Jika anak anda memberitahu anda keadaan sebenar, jelaskan kepadanya bahawa ianya bukanlah salah beliau. Berikan galakan dan yakinkan beliau bahawa anda akan mencari jalan penyelesaian bersama-sama dengannya. Jadilah pendengar yang baik dan neutral, kerana jika anda menunjukkan reaksi marah, anak anda mungkin tidak mahu menceritakan apa-apa lagi kepada anda.
  • Maklumkan guru di sekolah (guru kelas/guru besar) tentang situasi tersebut. Biasanya mereka boleh menghalang masalah tersebut dari menjadi bertambah buruk.

Nasihat anda kepada anak yang dibuli

Kebanyakan ibubapa akan menyuruh anak mereka untuk melawan semula apabila mereka dibuli. Walau pun begitu, nasihatkan anak anda supaya jangan bergaduh atau melawan semula. Ianya boleh menjadi teruk dan mencederakan anak anda/orang lain. Nasihatkan anak anda supaya beredar dari tempat itu, dan beritahu seorang dewasa seperti guru.

Guru boleh memainkan peranan yang besar dalam mengelakkan buli terjadi di sekolah. Artikel ini menyentuh berkaitan langkah-langkah yang dijamin berkesan bagi mengelakkan kejadian buli di sekolah. Walaupun saya berdoa agar semua guru dapat bertindak begini, kita juga mesti realistik bahawa dengan bilangan murid yang ramai di setiap kelas, keupayaan guru di sekolah-sekolah Malaysia mungkin terhad.

Kebanyakan orang yang membuli suka membuli orang-orang yang senang merasa sedih dan tersinggung. Ajarkan anak anda bagaimana mengawal perasaan dan tidak menunjukkan emosi terhadap perkataan atau perbuatan buli tersebut.

Akhir sekali, selalulah berdoa kepada-Nya agar memelihara anak kita sentiasa, kerana sesungguhnya Dia adalah yang Maha Melindung lagi Maha Mengetahui. Usahakanlah semaksimum mungkin dan kita serahkan keputusannya kepada Tuhan supaya memberkati usaha kita dan memudahkan segala urusan anak kita ketika beliau tiada dalam penjagaan kita.

Bila anak dibuli...

Selasa, 2 Februari 2016

kacang parang G6PD
Pesakit yang mengalami kekurangan G6PD dinasihatkan agar elak dari memakan kacang parang

"Anak saya telah didiagnos mengalami G6PD deficiency. Apakah penyakit itu?"

G6PD deficiency merupakan satu keadaan yang kerap ditemui di kalangan bayi di Asia. Anak saya yang kedua juga telah mengalami keadaan ini. Dalam artikel ini, saya cuba menjelaskan tentang penyakit ini dalam bahasa yang mudah, agar mudah difahami oleh semua pembaca.

Apakah penyakit kekurangan glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?

Dalam badan kita, sel darah merah diperlukan bagi mengangkut oksigen yang diperlukan oleh badan ke seluruh anggota badan. Jangkahayat bermaksud tempoh dari masa sel darah merah dihasilkan sehingga ianya "mati". Jangkahayat sel darah merah biasanya adalah 3 bulan. Jangkahayat ini adalah antaranya disebabkan oleh enzim G6PD.

Apabila seseorang mengidap kekurangan enzim G6PD, sel darah merah mereka akan pecah (istilah perubatan bagi proses ini dipanggil "hemolisis") apabila mereka memakan sesetengah kacang atau ubat-ubatan. Sel darah merah yang pecah akan "mati" dan sisa-sisa darah ini akan berkumpul dalam darah, menyebabkan penyakit kuning (jaundice).

Berapa ramai orang yang mengidap kekurangan G6PD?

Kebanyakan penyakit ini ditemui di Afrika (20%), negara-negara Mediterranean dan kawasan Asia Tenggara. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia mengalami penyakit kekurangan G6PD ini. Walau bagaimanapun, terdapat hampir 400 varian bagi penyakit ini.

Bagaimana anak saya boleh mendapat penyakit ini?

Penyakit ini merupakan penyakit keturunan. Biasanya, ianya diwariskan melalui ibu yang merupakan pembawa. Pembawa bermaksud, walau pun beliau mempunyai gen untuk penyakit tersebut, beliau tidak mempunyai apa-apa simptom. Ini kerana penyakit ini terletak di kromosom X.

Oleh itu, jika tuan diberitahu bahawa anak tuan mengidap kekurangan G6PD, sekiranya anak tuan seorang lelaki ( yang bermaksud beliau memiliki gen XY- kromosom X diperoleh daripada ibu - maka beliau akan mengalami simptom kekurangan G6PD).

Tetapi sekiranya anak tuan adalah seorang perempuan ( yang bermaksud beliau mempunyai gen XX- satu X dari ibu, dan satu X daripada bapa), beliau tidak akan mengalami simptom dan hanya menjadi pembawa. Ini kerana beliau mempunyai 2 jenis sel darah merah dalam badan - separuh sel darah yang normal dan sebahagian lagi yang kekurangan enzim G6PD.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD?

Bagi bayi baru lahir, kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. 
Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. Kesan-kesan sampingan seperti kernicterus (jaundis terlampau tinggi hingga menyebabkan kerosakan otak) dan kerosakan pendengaran boleh berlaku.

Punca- punca sel darah merah pecah di kalangan orang yang kekurangan G6PD yang dikenalpasti adalah seperti:
  • 1. Jangkitan kuman
  • 2. Makanan
  • 3. Ubat-ubatan
Bahan-bahan pengoksida yang boleh menyebabkan sel darah merah menjadi pecah adalah seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). 

Tanda-tanda sel darah merah telah pecah adalah : 

  • suhu badan tiba-tiba meningkat
  • kulit dan mata menjadi warna kuning
  • air kuning bertukar menjadi kuning / oren
  • muka menjadi pucat
  • rasa letih, susah nafas, sakit dada, rentak jantung menjadi laju
  • rasa susah bernafas

Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Ujian makmal yang perlu dilakukan adalah seperti :
1. Full blood count- ianya akan menunjukkan bacaan hemoglobin (sel darah merah yang berkurangan)
2. Bilirubin - unconjugated indirect bilirubin akan meningkat kerana sel darah merah telah pecah
3. Retic Count- menunjukkan kadar yang tinggi, kerana badan cuba menghasilkan sel darah merah yang baru bagi menggantikan sel darah merah yang telah pecah.
4. Ujian G6PD- ketika mengalami acute hemolisis (ketika sel darah merah telah pecah) , ujian G6PD tidak akan menunjukkan berlaku kekurangan. Sebab itulah ujian saringan G6PD dilakukan ke atas semua bayi yang baru lahir dan perlu dilakukan ke atas pesakit semasa mereka sihat.

Sekiranya ujian air kencing dilakukan, ianya boleh menunjukkan kehadiran sel darah merah yang telah pecah dalam air kencing.

Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD?

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan
  • Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Jangan risau , ianya tidak menyakitkan langsung! Dan hanya sedikit sahaja contoh bayi yang diambil, dalam 2-3 titik untuk dicalitkan pada kertas dan diletakkan bawah lampu khas. Itu saja! Para ibu-bapa tidak perlu bimbang ujian ini akan membahayakan bayi mereka. Kebiasaannya, bayi- bayi tidak dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya. Sekiranya G6PD didapati positif, sesetengah hospital akan meminta bayi diperhatikan di hospital selama 5 hari, bagi memastikan bayi tersebut tidak mengalami penyakit kuning yang teruk atau dapat dikesan awal.
  • Jika diagnosis penyakit kekurangan G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara mengajar ibu bapa dan penjaga berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD (tetapi rantai ini tidak terdapat di Malaysia). Ibu bapa akan dibekalkan dengan satu senarai makanan dan ubat-ubatan yang harus dielakkan.
  • Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

jaundice G6PD deficiency
bayi yang mengalami kekurangan G6PD akan diletakkan di bawah lampu fototerapi sekiranya kadar TSB dalam darah meningkat

Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Di negara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kebanyakan hospital kerajaan di Malaysia akan menasihatkan ibu bapa supaya tinggal di hospital selama 5 hari supaya dapat mengesan sekiranya bayi mengalami penyakit kuning , dan dapat memulakan rawatan segera bagi mengelakkan kesan kuning yang teruk seperti kerosakan otak atau pendengaran.

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital?

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD. Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doktor dengan serta-merta. Boleh rujuk entri ini untuk mengetahui cara-cara menurunkan jaundis bayi dengan cepat.

Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD?

Memang boleh. Walau bagaimanapun, ibu yang menyusu mesti mengelakkan dari memakan ubat yang yang boleh menyebabkan hemolisis.

Bolehkah bayi yang mengalami kekurangan G6PD menjadi orang dewasa yang sempurna?

Tidak ada halangan bayi yang kurang G6PD menjadi orang dewasa yang sihat jika mereka tidak terdedah kepada ubat-ubat oksidan. Cuma mereka tidak dibenarkan untuk menderma darah.

Apakah ubat-ubat yang patut dielakkan oleh orang yang kekurangan G6PD?

  • Primaquine 
  • Chloroquine 
  • Quinine 
  • Sulfanilamide 
  • Sulphacetamide 
  • Sulphapyridine 
  • Sulphamethoxazole (Bactrim) -  sejenis antibiotik
  • Dapsone 
  • Nitrofurantoin 
  • Ciprofloxacin - sejenis antibiotik
  • Methylene Blue 
  • Nalidixic Acid 
  • Napthalene ( Moth balls) - ubat gegat  
  • ubat-ubatan tradisional Cina dan Melayu
  
sumber:

Apa itu kekurangan G6PD?

Selasa, 25 Ogos 2015

Sudahkah anda membawa anak-anak anda menonton filem “Inside Out” yang diterbitkan oleh Disney/Pixar? Anak sulung saya telah menanti filem ini selama 2 bulan dan setiap hari dalam minggu lepas, beliau mengira hari untuk kami menontonnya! Jadi untuk tidak mengecewakan beliau, kami sekeluarga telah menonton filem ini pada malam Jumaat lepas.

Apakah kisah yang disampaikan dalam filem ini?

Inside Out berkisar tentang Riley, seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang baru pindah ke San Francisco dari Minnesota. 
kartun inside out

Walau bagaimana pun, Riley bukanlah watak utama dalam filem ini! Watak utama dalam filem ini adalah 5 “perasaan” yang tinggal dalam fikiran Riley - Joy ( kegembiraan), Sadness (kesedihan), Anger (kemarahan), Fear (ketakutan) dan Disgust (perasaan jijik). Konflik dalam filem ini terjadi apabila Sadness secara tidak sengaja telah menghilangkan Core Memories (Ingatan teras) Riley yang merupakan asas kepada personaliti Riley dan Joy bersama Sadness terpaksa membawa semula Core Memories tersebut pulang ke Ibu Pejabat.

Apakah perkara yang boleh kita pelajari dari filem ini?

Sangat banyak perkara yang boleh kita pelajari dari filem ini. Kebanyakan perkara yang dipaparkan adalah berkaitan dengan fisiologi otak manusia - dari segi ingatan, personaliti diri dan psikologi. Antara yang menarik adalah -

1. 5 Emosi yang dipaparkan

5 emosi yang menjadi watak utama filem ini merupakan 5 perasaan utama yang dialami oleh semua manusia- tidak kira bangsa atau negara. Terdapat satu lagi emosi utama - Surprise (terperanjat) yang tidak dimasukkan dalam filem ini. Menurut pakar psikologi dan saintis, Paul Eckman, kajian beliau di seluruh dunia menunjukkan perasaan yang sama dialami oleh manusia di seluruh dunia dan ekpresi wajah yang dihasilkan juga sama. Penemuan Paul Eckman ini telah digunakan dalam banyak kajian psikologi dan menjadi sumber inspirasi siri televisyen terkenal, “Lie To Me”.

2. Personaliti utama 

Dalam filem ini, personaliti utama Riley adalah Joy (kegembiraan). Dari aspek saintifik, personaliti setiap kita ditentukan oleh perasaan utama ; perasaan ini mempengaruhi bagaimana kita melihat dunia persekitaran kita, bagaimana kita menyatakan pandangan kita dan apakah perasaan yang dibangkitkan dalam diri orang lain berkaitan kita.

3.Peranan Sadness

Sadness (kesedihan) dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang gemuk, malas dan menyusahkan Joy ( kerana terpaksa mengheret beliau sepanjang perjalanan pulang ke Ibu Pejabat). Dari segi psikologi, perasaan sedih sebenarnya membangkitkan kesan fisiologi bagi memberikan tindak balas terhadap sesuatu kehilangan. Perasaan sedih juga biasanya akan menarik perhatian orang lain, terutamanya ahli keluarga atau rakan rapat untuk datang memberikan sokongan dan pertolongan.

Kajian menunjukkan bahawa perasaan kita pada sesuatu masa memberikan kesan terhadap apa yang kita ingat tentang masa lalu.Emosi kita juga akan memberikan panduan tentang apa yang patut kita lakukan- contohnya apabila kita melihat kucing dipukul oleh seorang budak misalnya, kita merasa marah dan otak kita akan berfikir apakah yang patut kita lakukan pada masa itu ( menasihatkan budak tersebut? menyelamatkan kucing tersebut?) atau pun jangka panjang ( mengadakan kempen kesedaran? menyokong rumah perlindungan haiwan? mencadangkan akta perlindungan haiwan?).

4. Personaliti manusia terbina dari memori teras

Dalam filem ini, personaliti Riley digambarkan terdiri daripada pulau-pulau (Goofball island, Honesty Island, family Island) yang berasal dari memori teras. Dari aspek psikologi, personaliti manusia terbina daripada ingatan kita terhadap kejadian penting yang pernah terjadi kepada diri kita. Dalam filem ini, Riley dipaparkan menghadiri sesi pemilihan hoki di San Francisco. Walau bagaimanapun, Riley tidak dapat mengingat kembali memori teras beliau yang menggambarkan betapa bagusnya beliau ketika bermain hoki. Keyakinan Riley hilang dan Riley putus asa dalam pemilihan tersebut.

5. Pertukaran ingatan jangka pendek menjadi jangka panjang

Apabila sesuatu ingatan dianggap penting atau diulang banyak kali, neurotransmitters dopamin dan glutamate akan memastikan ingatan tersebut menjadi ingatan jangka panjang. Begitu juga, apabila sesuatu ingatan tidak diulang, ingatan tersebut boleh menjadi ‘hilang” dan dilupai.

6. Cara mengendalikan Sadness 

Masyarakat masakini amnya, tidak menggemari kesedihan. Dunia di sekeliling kita memberikan penekanan yang lebih ke arah kegembiraan yang terbukti dari segi media hiburan dan media cetak yang kita dengar dan lihat sehari-hari. 

Apabila Riley gagal merasakan kesedihan , Riley menjadi pemarah, dan bergaduh dengan ibu baoa dan kawan-kawannya, sebelum menjadi numb- gagal merasa apa-apa langsung. Simptom-simptom ini, sekiranya berlarutan lebih dari 2 minggu - boleh didiagnos sebagai Major Depressive Disorder (Kemurungan) dan memerlukan rawatan pakar psikiatri untuk mengembalikan Riley kepada keadaan normal.

Filem ini walau bagaimanapun, memberi saranan baru iaitu Kesedihan (Sadness) perlu diberi ruang dalam kehidupan seharian kita bagi membolehkan kita menjalani kehidupan yang normal dan seimbang. Apabila kita cuba menidakkan satu jenis perasaan, lama-kelamaan kita akan gagal merasa apa-apa. Kehidupan manusia sememangnya dipenuhi dengan pelbagai kejadian yang menimbulkan kesedihan- kegagalan, kehilangan, kematian, perpindahan dan lain-lain. Filem Inside Out ini mencadangkan agar kita menerima kesedihan, dan biarkanlah para remaja / anak-anak kita meluahkan kesedihan mereka. Apabila kesedihan dikongsi , ia menimbulkan perasaan empathy dan seterusnya akan mengurangkan kesedihan yang ditanggung oleh remaja/ anak-anak. Proses ini akan mengenalpasti perkara-perkara yang hilang dan anak-anak kita akan dapat melangkah ke hadapan untuk membentuk dunia yang baru, tanpa terbeban dengan perasaan yang terbuku dalam fikiran dan hati mereka.

------
bacaan lanjut bagi pembaca yang berminat:
1. https://www.psychologytoday.com/blog/beyond-heroes-and-villains/201506/inside-out-emotional-truths-way-pixar
2.http://www.quora.com/How-realistic-is-the-psychology-behind-Inside-Out
3.http://www.empireonline.com/empireblogs/empire-states/post/p1463

6 perkara mengenai emosi manusia yang boleh dipelajari dari filem Inside Out

Ahad, 23 Ogos 2015