Reviu: Tudung Naelofar Hijab Lady Warda

Isnin, 13 Februari 2017

Saya pasti ramai antara kita yang telah membeli tudung yang dikeluarkan oleh Naelofar Hijab dari design Lady Warda. Semenjak Neelofa memakai tudung ini dalam drama bersiri "Suri Hati Mr Pilot" dengan aktor kacak Fattah Amin, jualan tudung dari design ini khabarnya mencecah 50 juta.

Drama Suri Hati Mr Pilot

Sebenarnya, saya adalah salah seorang yang ketinggalan keretapi. 😅. Saya beli dulu tudung baru tonton drama ini haha! Drama ini antara drama Melayu yang saya tonton sampai habis - saya tonton straight 24 jam sebab cerita dia memang penuh dengan suspense dan saya suka sangat tengok Fattah dan Neelofa bergurau macam best friend dalam drama tersebut.

Kalau sesiapa yang berminat, cerita drama ni berkenaan gadis bernama Warda yang meninggalkan ibubapa beliau kerana dipaksa kahwin dengan jejaka yang beliau tidak kenali. Warda juga telah mempunyai kekasih lain pada ketika itu. Malangnya, pengorbanan Warda tidak dihargai dan kekasih Warda tersebut telah meninggalkan Warda. Ketika itulah beliau berjumpa dengan Ejaz, dan alangkah terkejutnya Warda apabila mendapat tahu, Ejaz adalah lelaki yang sepatutnya menjadi tunangan beliau!

Haaa.. best tak? Memang twist cerita dia. Tapi serius, pada pandangan saya, memang tak bosan tengok drama ni. Fotografi dia pun cantik. Walaupun saya macam tak berapa faham tindakan Warda dan psikologi di sebaliknya (Warda bohong pada Ejaz pasal anak dia???? I dont get it....) tapi secara keseluruhan, drama ini lain dari yang lain. Siapa yang belum tengok boleh tengok di youtube (sokonglah drama tempatan selain daripada drama Korea haha!) dan komen di bawah ya.

Tudung Lady Warda

Walau pun begitu, bagi mereka yang belum lagi membeli tudung Lady Warda dan mungkin terpesona melihat kecantikan Neelofa ketika menggayakannya tudung ini, boleh terus baca post ini untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan tudung Lady Warda.

Bentuk dan Saiz tudung

Lady Warda adalah berbentuk half moon shawl.  Maksudnya dia lurus di satu sisi dan separa bulat di sisi satu lagi. Ukurannya adalah 70 cm panjang dan 26.5 cm lebar.

panjang dan lebar tudung lady warda

Jenis kain

Kain shawl ini dinamakan Korean chiffon. Saya suka sangat kain ini......😍.

Sebab-sebab kain Korean Chiffon ni best -

  1. Senang digosok. Kain yang tidak mudah renyuk.
  2. Cepat kering
  3. Lembut, bila pakai kain jatuh terletak atas bahu dan flow dengan lembut sekali, tak macam kain bubble atau sesetengah kain chiffon yang keras beku muka kita memakainya 
  4. Legap atau opaque
  5. Sejuk, tak panas

Kelegapan atau Opacity tudung

Yang bestnya kain ni, adalah dalam kebanyakan warna, anda tidak perlu gunakan inner, kerana material dia sendiri dah memang legap. Contohnya di bawah ini - 

Kelegapan/ opacity lady warda
Warna yang saya beli Botanical Green.  Memang Hijau macam daun warna dia, bila diletakkan atas buku, memang tidak nampak langsung tulisan buku tersebut.

Ciri-ciri ni memang penting bagi saya, sebab saya bukan seorang yang gemar memakai inner (sebab tak suka panas) dan sebab muka saya bulat/ bersegi dan pakai spek, jadi bila pakai inner memang serabai jadinya. 😅

Tapi saya berpendapat ianya bergantung juga kepada warna yang kita beli. Contohnya warna kuning air di bawah ini - 

Kelegapan Lady Warda warna kuning

Jika kita teliti, tulisan di buku tersebut masih kelihatan, tidak seperti di gambar di atas.
Kelegapan Lady Warda yang ini, saya kira hanya kurang sedikit daripada kelegapan tudung double loop Naelofar Hijab yang baru bernama Eva. 

Kelegapan /Opacity tudung Eva warna Plum Kitten (kelabu)

Walau apa pun, terpulang pada puan semua, jika warna yang dibeli agak kurang legap, puan boleh menjadikan shawl ini 2 lapis atau menggunakan inner untuk keselesaan tambahan.

Hiasan tudung

Tudung Lady Warda dihiasi dengan 13 batu Swarovski dan Pearl Hotfix. Saya dah basuh 4-5 kali, setakat ini belum tanggal batu atau pearl di tudung ini.

Hiasan tudung lady warda
Kalau nak pastikan original atau tidak, boleh juga teliti tag. Tag tudung Naelofar tiruan ada batu di tengah-tengah tag. Tapi saya tidak nasihatkan puan membeli tudung Naelofar tiruan. Kualiti kain memang seperti langit dan bumi, dan tak berbaloi dengan harganya juga.

Tag Naelofar Hijab

Tutorial Lady Warda

Okay, ramai kawan saya yang bertanya tutorial Lady Warda, sebab yang mereka lihat dalam drama dan tutorial rasmi Naelofar, pemakaian agak pendek. Tetapi sebenarnya, jika tudung tersebut ditarik melabuhi dada, pun tetap cantik dan kemas, kerana panjang shawl ini lebih daripada shawl half moon biasa.



Jadi boleh je ikut tutorial di atas, cuma tarik tudung tersebut labuh ke depan. Saya dah cuba cara pemakaian lain seperti jahit dan jadikan double loop , pun boleh juga, cuma ianya kelihatan kurang kemas (pada pandangan mata saya lah...).

Mana nak beli?

Opp... saya tak jual tudung ni 😅. Setakat sharing maklumat yang ada sebagai panduan jika ada pembaca yang ingin membeli. Barang yang baik dan best, apa salahnya kita kongsi bersama. Saya pun bukan stokis Naelofar Hijab dan tidak dibayar untuk promote tudung ini. Harganya RM73 sehelai.

Puan-puan (atau tuan-tuan yang ingin beli shawl ini untuk wifey tersayang supaya tampak menawan kababoom) boleh beli melalui online di sini atau beli di cawangan Naelofar di TTDI/ Publika atau mana-mana stokis yang diiktiraf. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.