Kenal-kenalan




Nama saya Zue dan saya merupakan seorang pegawai perubatan. Saya mempunyai dua orang anak. Di samping tugasan harian, saya meminati fotografi dan teknologi. Saya gemar membaca novel dan menonton filem atau drama Korea pada masa lapang.

Kaum wanita adalah orang yang terpenting dalam sesebuah keluarga. Merekalah yang mengasuh anak kecil dan menjaga kebajikan ahli famili yang lain. Kebanyakannya turut bekerja untuk mencari rezeki demi keluarga di samping menjalankan kewajipan sebagai ibu, isteri dan anak. Oleh itu, sewajarnya kaum wanita mempunyai pengetahuan yang luas dan tepat dalam semua bidang demi kesejahteraan keluarga dan diri mereka sendiri. Harapan saya ialah ramai yang akan mendapat manfaat dari blog ini, khasnya pembaca wanita yang telah berkeluarga.

Walau pun begitu, segala pandangan di blog ini adalah sekadar menambah pengetahuan dan tidak menggantikan nasihat doktor. Entri di blog ini sama sekali tidak boleh digunakan sebarang dalam urusan perundangan/ medicolegal.

Sekiranya ada pandangan/ komen boleh dihantar kepada acyclovir21@gmail.com


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.