Memaparkan catatan dengan label motivasi diri. Papar semua catatan

Saya pasti ramai yang telah terlihat iklan berkenaan video ini di newsfeed masing-masing - video ini adalah berkenaan penemuan yang ditemui hasil dari kajian selama 75 tahun berkaitan kebahagiaan dan kesejahteraan manusia.

Penemuan dari kajian ini dibentangkan oleh Robert Waldinger. Beliau merupakan seorang pakar psikiatri di Harvard Study of Adult Development.

Rahsia bahagia:kaya dan terkenal?

Melihat trend di newsfeed facebook dan suratkhabar, jelas sekali bahawa kebanyakan kita inginkan kekayaan dan menjadi terkenal. Iklan mengenai kursus kewangan, temuramah dengan artis, ahli politik dan jutawan penuh di dada-dada majalah dan portal berita di internet, menggambarkan hasrat masyarakat masakini yang mengidolakan kekayaan dan populariti. Apatah lagi jika individu tersebut terkenal kerana kaya. Tak percaya? Cuba tanya anak-anak kecil masakini- siapa tak kenal Dato' Vida? Qu Puteh!

Kita diberitahu bahawa, kalau kita kaya dan terkenal, kita akan bahagia selama-lamanya...
Kalau kita kaya dan terkenal, kita akan sejahtera hingga akhir hayat...

Betulkah?

Methodologi kajian

Kajian ini mengkaji kehidupan 724  orang lelaki selama 75 tahun. Sehingga kini, hanya 60 lelaki yang masih hidup dan setia berada dalam kajian ini. Terdapat dua kumpulan lelaki yang dikaji- kumpulan pertama adalah mereka yang belajar di Kolej Harvard, kebanyakan mereka menyertai Perang Dunia selepas itu. Kumpulan kedua pula adalah mereka yang berasal dari kumpulan yang paling miskin di Boston, di mana air panas pun tiada di rumah mereka.

Budak-budak lelaki belasan tahun ini menjalani pemeriksaan perubatan, dan ibubapa mereka ditemuramah. Selanjutnya, mereka membesar dan menyertai dunia pekerjaan. Ada yang menjadi doktor, peguam, pembina rumah malah seorang dari mereka menjadi Presiden Amerika Syarikat!

Selain daripada menjawab soalan, para pengkaji juga menemuramah isteri mereka dan merakam perbualan mereka dengan ahli keluarga yang lain. Subjek juga menjalani pemeriksaan fizikal, menjalani scan otak dan anak-anak mereka juga ditanya.

Penemuan #1:perhubungan sosial penting untuk kebahagiaan

Kajian ini menemui bahawa, perkara yang paling penting dalam menentukan kebahagiaan adalah perhubungan sosial. Individu yang lebih kuat pertaliannya dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, lebih GEMBIRA, lebih SIHAT secara FIZIKAL dan HIDUP lebih lama. Individu yang hidup bersendirian lebih sering mengalami kesedihan, pemikiran mereka merosot dengan lebih cepat dan mereka meninggal dunia lebih awal.

Penemuan #2:kualiti hubungan sosial adalah penting

Di samping memiliki keluarga dan rakan-rakan, apa yang lebih penting adalah kualiti hubungan tersebut. Berada dalam satu perkahwinan tanpa kasih sayang, adalah lebih berbahaya dan mendukacitakan daripada penceraian. Perkahwinan yang hangat dan penuh persefahaman, didapati melindungi lelaki-lelaki tersebut daripada kesihatan yang buruk.

Pengkaji kajian ini menganalisa keputusan darah dan keadaan subjek pada usia 50 tahun, dan membandingkan dengan keadaan subjek semasa berumur 80 tahun. Apa yang mereka dapati adalah kadar kolesterol subjek tidak menentukan tahap kesihatan subjek pada usia 80 tahun. Sebaliknya, tahap kepuasan subjek dengan hubungan sosial - memainkan peranan utama.

Apabila kita menginjak usia emas, kesihatan kita merosot secara semulajadi- mata menjadi kurang nampak, pendengaran berkurangan, sendi-sendi mulai sakit dan penyakit kronik mulai mengetuk pintu kehidupan kita. Perkahwinan yang penuh cinta dan persefahaman, akan membolehkan pasangan tersebut merasa gembira dan tenang - dalam menghadapi apa cabaran yang datang. Sebaliknya, sekiranya perhubungan tersebut tidak stabil, masalah kesihatan sebegini akan menjadi lebih besar daripada yang sebenarnya.

bersiar-siar_di_taman
Berlibur bersama keluarga pada hari minggu

Apabila kita mempunyai perhubungan yang stabil dengan seseorang, kita merasakan kita boleh bergantung kepada individu tersebut dalam waktu kesusahan, ingatan dan fungsi otak kita akan bertahan lebih lama. Perhubungan tersebut tidak semestinya "aman damai macam Shahrukh Khan-Kajol" sepanjang masa, kita masih boleh bergaduh sepanjang hari, asalkan kita tahu di saat kita memerlukan pasangan kita, beliau akan berada bersama kita.

Dr Robert menyatakan, dalam kehidupan kita sehari-harian, kita sukakan perkara yang instant, yang cepat,yang mudah (macam mi segera dan kopi 3-dalam-1 eh?). Kita sering terlupa perkara-perkara seperti keluarga dan kawan, kerana membina hubungan bukanlah mudah. Ianya tidak seksi dan glamer, juga tidak memberikan wang ke dalam akaun bank kita. Ianya adalah kerja sepanjang hayat- kita perlu berusaha membina perhubungan yang baik.

Oleh itu, jom kita mulakan...Angkatlah telefon dan bersembang dengan ibubapa kita, atau buatkan kek untuk adik-beradik kita. Berjumpa rakan-rakan lama dan bertanya khabar berita. Libatkan diri dalam aktiviti kejiranan. Mana tahu, perkara-perkara ini sebenarnya boleh membantu kita mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan yang selama ini kita impikan ....

3 RAHSIA kebahagiaan dan kesejahteraan daripada kajian Harvard selama 75 tahun

Jumaat, 26 Februari 2016

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, saya pasti kita semua ada sedikit kegusaran di hati kita tentang keadaan semasa serta masa depan anak-annak kit. Nilai ringgit yang merudum, harga barangan yang mencanak naik tidak nampak ada penghujungnya, ramai antara kita yang kehilangan pekerjaan ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu- sekejap panas yang amat, sekejap hujan lebat sehingga banjir.

Tuhan seakan mengerti perasaan ini, dan saya sampai ke post ini yang telah dipostkan oleh Ustaz Zamri di wall beliau. Marilah kita sama-sama baca dan hayati mesej dalam post ini..Mohon klik imej untuk membaca post penuh..

bersyukur1

syukur sentiasa

syukur

syukur

syukur

Bersyukur dalam apa juga keadaan

Ahad, 7 Februari 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni kita sambung sedikit lagi sembang-sembang tentang stress. Entri yang lepas kita telah tahu apa itu stress, kenapa stress terjadi dan perkara-perkara yang menyebabkan stress.

Pelbagai perkara yang boleh menyebabkan stres

Fasa-fasa stress 

Menurut Hans Selye, seorang pakar endokrinologi dari Hungary terdapat 3 fasa stress

1.Alarm

pada peringkat awal, badan memberikan tanda-tanda awal bahawa ia sedang mengalami stress

2.Resistance

seterusnya terdapat tindakbalas cuba melawan penyebab stress tersebut yang berterusan.

3.Exhaustion

apabila stress menjadi tidak dapat terkawal, seseorang akan merasa letih dan mengalami pelbagai masalah seperti: penyakit jantung, penyakit kemurungan dan anzieti dan boleh menyebabkan seseorang mencari outlet seperti merokok atau meminum arak.

Jadi bagaimana cara untuk menghilangkan stress?

Aha! Ini soalan cepumas.
Sebenarnya kita ada dua pilihan;
hilangkan stress dalam hidup kita - MUSTAHIL
belajar kendalikan stress- BOLEH!

Bagaimana cara menghalang stress yang terlampau? 

Pakar-pakar mencadangkan acronym PRAISES bagi mengurangkan stress
P- Physical - Penjagaan diri secara fizikal
R-Recreational -fun/relaxation- Senaman atau bermain sukan secara tetap
A-Artistic-Menghargai /melibatkan diri dalam seni seperti melukis/ bermain alat muzik/mendengar muzik
I-Intellectual- Direct/indirect learning- belajar perkara baru
S-Spiritual - Dekatkan diri dengan Tuhan, keluarga dan masyarakat
E-Employment- Pastikan ada pekerjaan supaya tidak tertekan dengan masalah kewangan
S-Social- Luahkan perasaan / masalah kepada orang yang rapat seperti keluarga / kawan baik

2 prinsip utama;
Tiada jalan mudah bagi mengurangkan stress !
Tiada cara gerenti jadi !

Setiap manusia melihat stress dalam cara yang berbeza. Sesuatu perkara hanya menjadi stress jika anda merasakan ianya stress bagi anada. Bagi orang lain, mungkin perkara tersebut tidak memberikan stress langsung! Begitu juga, cara mengurangkan stress seseorang akan berbeza dari orang yang lain, Encik Musa misalnya mungkin gemar berenang tetapi Cik Linda mungkin suka bermain game komputer bagi menenangkan fikiran.

Strategi menangani stress 

Ha, ingatkan main bolasepak saja ke perlu strategi? nak tangani stress pun perlu strategi! Jom lihat strategi di bawah;

1.Fikir positif! 

Lihatlah setiap halangan atau cabaran sebagai pengalaman baru untuk mematangkan atau menambah pengetahuan anda tentang kehidupan. Mungkin pada satu masa nanti, anda boleh menceritakan pengalaman tersebut kepada orang lain, dan dapat dimanfaatkan pula oleh mereka.

2.Pilihlah untuk tidak over-react dan hadapinya satu persatu. 

Maksudnya bertenang, tarik nafas dengan dalam, baca Bismillah dan bertawakkallah. Komunikasi dengan Tuhan. Percayalah bahawa sesuatu itu takkan terjadi tanpa keizinan Tuhan dan Tuhan itu lebih mengetahui perkara yang lebih baik yang berlaku kepada kita. Oleh itu, dalam situasi yang memberi tekanan, kekalkan komunikasi kita dengan Tuhan dengan sentiasa berzikir dan berdoa agar Dia memberi pertolongan dan menguatkan diri kita semasa diberikan ujian.

3.Luahkan kepada rakan /famili. 

Jangan simpan semua perasaan tertekan di dalam hati, satu hari nanti ianya boleh meletup tiba-tiba dan memberikan penyesalan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata……..menyesal badan……

4.Terima kenyataan bahawa anda (dan orang lain) tidak sempurna.

Semua orang boleh melakukan kesalahan. Yang paling penting ialah kita belajar dari kesilapan tersebut.

5.Terima kejayaan.

Sekiranya anda mencapai kejayaan, berikan sedikit sambutan bagi memberikan sedikit rasa yakin bagi diri anda.

6.Disiplin.

Memang mudah nak jadi susah tapi Bukan mudah nak jadi senang. Jadi latihlah diri untuk berdisiplin dan membuat persiapan bagi perkara yang dijangka akan menimbulkan stress.

Semoga entri ini dapat membantu tuan puan semua. Jika ada perkara lain yang biasanya tuan puan lakukan untuk kurangkan stress, boleh dikongsi di sini untuk bacaan orang lain. Mana tahu ianya boleh membantu!

====

sumber rujukan dan bacaan lanjut;
1. understand your stress
2. chronic stress
3. stress busters

Perkara perlu tahu jika anda serius nak kurangkan stress 2

Khamis, 26 Mac 2015

“Doktor, saya rasa saya perlu nasihat tentang cara mengurangkan stress. Saya rasa dua-tiga menjak ni, stress sangat lah. Sebab tu tekanan darah saya ni naik. Kat tempat kerja saya stress, kat Rumah stres, sepanjang masa saya rasa stress. Apa patut saya buat Dr?”

Apa itu stress? 

Stres ialah satu keadaan apabila kita merasakan sumber yang kita ada tidak dapat menampung permintaan yang harus kita penuhi. Kita semua pasti pernah mengalami situasi ini.

Sumber yang saya maksudkan seperti masa, tenaga, kemahiran atau tenaga. 

Kenapa kita stres? 

Stres adalah satu mekanisma mempertahankan diri yang dicipta oleh Allah SWT agar kita dapat melindungi diri ketika keselamatan kita diancam. Mekanisma ini dipanggil “fight or flight response”, Maksudnya , badan kita akan membuat penilaian adakah kita boleh melawan atau lebih selamat , untuk kita melarikan diri dari ancaman pada masa tersebut.

Contohnya jika kita bertembung dengan harimau, mekanisma ini akan diaktifkan serta merta. Hormon seperti adrenalin dan cortisol akan dirembeskan. Jantung kita akan berdegup dengan lebih pantas. Otot-otot menjadi tegang. Pancaindera menjadi lebih sensitif. Tekanan darah meningkat. Kesannya ialah kita menjadi lebih bertenaga, kekuatan dan stamina bertambah, tindakbalas menjadi cepat dan kita bersedia bertindak dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan harian kita sekarang, sangat jarang kita memerlukan respon sebegini kerana kita pun tidak lagi tinggal di hutan dan berhadapan dengan harimau! Jadi adakah kita masih perlukan tindakbalas tersebut?

Mengapa saya menjadi stres? 

Menurut Dr Christopher Hogan, BBS, DipRACOG, FRACGP, stres berpunca dari 4 perkara:

1. “Novelty”

- sesuatu yang baru/ luar biasa : contohnya anda terpaksa mempelajari sistem komputer yang baru atau pun anda akan menyambut kelahiran bayi pertama

2. “Unpredictability”

- sesuatu yang tidak dijangka; contohnya anda mempunyai seorang boss yang “moody” dan memberi tugasan yang tidak dapat dijangka setiap hari

3. “Threat to ego” 

– ancaman kepada ego kita: contohnya seseorang mempersoalkan pengetahuan atau kemahiran kita

4. “Sense Of control”

- ketiadaan kawalan terhadap keadaan : contohnya terperangkap dalam kesesakan lalulintas atau terkena jangkitan penyakit yang teruk.

Adakah stres berbahaya kepada kesihatan? 

Keadaan stres yang berpanjangan telah dibuktikan boleh mengakibatkan penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau penyakit mental seperti anzieti dan kemurungan.

Ikuti Bahagian 2 Dalam entri berikutnya berkaitan cara-cara untuk kurangkan stress…

Perkara yang anda perlu tahu kalau anda serius nak kurangkan stress

Rabu, 25 Mac 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada pagi Jumaat yang berkah ini, suka saya kongsikan bersama tip-tip bekerja sebagai peniup semangat bekerja minggu ini.

Tip-tip ini asalnya dari video "Rahsia Pekerja Bahagia" disampaikan oleh Prof Dr Muhaya yang merupakan seorang pakar mata. Namun video ini bukan bercerita tentang masalah kesihatan mata, tetapi tentang diri setiap manusia yang bekerja , khasnya untuk mukmin dan mukminah semua

Antara perkara menarik yang disebut oleh beliau ialah 4 perkara yang wajib ada dalam setiap jiwa pekerja. Saya ringkaskan di sini sebagai nota dan peringatan untuk kita bersama.

Bahagia di tempat kerja merupakan perkara asas ketenangan bagi setiap manusia

4 perkara yang wajib ada dalam setiap jiwa pekerja

1. Ubudiyah

-iaitu perasaan kehambaan kepada Allah
- Allah ialah boss nombor satu
-dalam mencari penghargaan manusia, mesti utamakan perintah Allah dahulu

2. Masburiyah

- perasaan tanggungjawab
- tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya mencari penyelesaian dan berusaha sendiri untuk membaiki keadaan
- juga ada saya sentuh di sini.

3. Amanah

- melaksanakan tugas mengikut kehendak pekerjaan
- kita dibayar mengikut tugasan kita
- jika kita bekerja tanpa menyelesaikan tugas seperti sepatutnya, hukum gaji yang diterima dan dibawa ke rumah adalah haram

4.Merasakan pekerjaan sebagai ladang pahala

- pekerjaan adalah satu sumber mendapatkan pahala
- pastikan pekerjaan itu tidak mendekatkan manusia dengan perkara haram/ dosa
- bekerja dengan integriti - apa yang dicakap mesti dilaksanakan
- layari pelanggan LEBIH DARI DIRI SENDIRI mahu dilayan ( konsep ini sangat menarik, biasanya layan orang seperti kita mahu dilayan)
- itqaan - teliti dan bersungguh- sungguh dalam pekerjaan

Undang -undang compensation

: jika gaji kita rm2000, tapi kita bekerja seperti gaji rm20, 000, Allah akan balas dengan nikmat dan rezeki dalam bentuk lain. Begitu juga , kalau gaji rm 2000, tapi bekerja seperti gaji rm1000, Allah akan tarik semula rezeki tersebut seperti rumahtangga tak aman, anak tak dengar kata, kesihatan yang tidak baik dan sebagainya.

3 jenis pekerja:

1. Mereka yang buat sesuatu berlaku
2. Mereka yang melihat sesuatu berlaku
3. Mereka yang tak tahu apa yang berlaku

Sikap kita menentukan pangkat kita.

Jika kita berkira tenaga, satu hari nanti orang juga akan berkira dengan kita.

Kebahagiaan rumahtangga dan keselamatan anak-anak kita semasa kita bekerja bukan ditentukan oleh kita: tetapi jika kita bermanfaat semasa bekerja, Allah akan pelihara untuk kita, jadi kita pulang ke rumah sangat bahagia.

4 M perlu dielakkan:

Mengeluh
Merungut
Menyesal
Mengumpat

Gunakan alat pejabat untuk kepentingan diri - hukumnya HARAM

Konsep - ada-beri-dapat

Jika ada sesuatu negatif terjadi, jangan salahkan orang yang melakukannya, tengok diri sendiri ada tak lakukan perkara tersebut. Jadikan perkara negatif batu loncatan , bukan batu penghalang.

----

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wallahu 'alam.

Rahsia pekerja bahagia dari Prof Dr Muhaya

Jumaat, 27 Februari 2015