Pelbagai perkara yang boleh menyebabkan stres |
Fasa-fasa stress
Menurut Hans Selye, seorang pakar endokrinologi dari Hungary terdapat 3 fasa stress1.Alarm
pada peringkat awal, badan memberikan tanda-tanda awal bahawa ia sedang mengalami stress2.Resistance
seterusnya terdapat tindakbalas cuba melawan penyebab stress tersebut yang berterusan.3.Exhaustion
apabila stress menjadi tidak dapat terkawal, seseorang akan merasa letih dan mengalami pelbagai masalah seperti: penyakit jantung, penyakit kemurungan dan anzieti dan boleh menyebabkan seseorang mencari outlet seperti merokok atau meminum arak.Jadi bagaimana cara untuk menghilangkan stress?
Aha! Ini soalan cepumas.Sebenarnya kita ada dua pilihan;
hilangkan stress dalam hidup kita - MUSTAHIL
belajar kendalikan stress- BOLEH!
Bagaimana cara menghalang stress yang terlampau?
Pakar-pakar mencadangkan acronym PRAISES bagi mengurangkan stressP- Physical - Penjagaan diri secara fizikal
R-Recreational -fun/relaxation- Senaman atau bermain sukan secara tetap
A-Artistic-Menghargai /melibatkan diri dalam seni seperti melukis/ bermain alat muzik/mendengar muzik
I-Intellectual- Direct/indirect learning- belajar perkara baru
S-Spiritual - Dekatkan diri dengan Tuhan, keluarga dan masyarakat
E-Employment- Pastikan ada pekerjaan supaya tidak tertekan dengan masalah kewangan
S-Social- Luahkan perasaan / masalah kepada orang yang rapat seperti keluarga / kawan baik
2 prinsip utama;
Tiada jalan mudah bagi mengurangkan stress !
Tiada cara gerenti jadi !
Setiap manusia melihat stress dalam cara yang berbeza. Sesuatu perkara hanya menjadi stress jika anda merasakan ianya stress bagi anada. Bagi orang lain, mungkin perkara tersebut tidak memberikan stress langsung! Begitu juga, cara mengurangkan stress seseorang akan berbeza dari orang yang lain, Encik Musa misalnya mungkin gemar berenang tetapi Cik Linda mungkin suka bermain game komputer bagi menenangkan fikiran.
Strategi menangani stress
Ha, ingatkan main bolasepak saja ke perlu strategi? nak tangani stress pun perlu strategi! Jom lihat strategi di bawah;1.Fikir positif!
Lihatlah setiap halangan atau cabaran sebagai pengalaman baru untuk mematangkan atau menambah pengetahuan anda tentang kehidupan. Mungkin pada satu masa nanti, anda boleh menceritakan pengalaman tersebut kepada orang lain, dan dapat dimanfaatkan pula oleh mereka.2.Pilihlah untuk tidak over-react dan hadapinya satu persatu.
Maksudnya bertenang, tarik nafas dengan dalam, baca Bismillah dan bertawakkallah. Komunikasi dengan Tuhan. Percayalah bahawa sesuatu itu takkan terjadi tanpa keizinan Tuhan dan Tuhan itu lebih mengetahui perkara yang lebih baik yang berlaku kepada kita. Oleh itu, dalam situasi yang memberi tekanan, kekalkan komunikasi kita dengan Tuhan dengan sentiasa berzikir dan berdoa agar Dia memberi pertolongan dan menguatkan diri kita semasa diberikan ujian.3.Luahkan kepada rakan /famili.
Jangan simpan semua perasaan tertekan di dalam hati, satu hari nanti ianya boleh meletup tiba-tiba dan memberikan penyesalan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata……..menyesal badan……4.Terima kenyataan bahawa anda (dan orang lain) tidak sempurna.
Semua orang boleh melakukan kesalahan. Yang paling penting ialah kita belajar dari kesilapan tersebut.5.Terima kejayaan.
Sekiranya anda mencapai kejayaan, berikan sedikit sambutan bagi memberikan sedikit rasa yakin bagi diri anda.6.Disiplin.
Memang mudah nak jadi susah tapi Bukan mudah nak jadi senang. Jadi latihlah diri untuk berdisiplin dan membuat persiapan bagi perkara yang dijangka akan menimbulkan stress.Semoga entri ini dapat membantu tuan puan semua. Jika ada perkara lain yang biasanya tuan puan lakukan untuk kurangkan stress, boleh dikongsi di sini untuk bacaan orang lain. Mana tahu ianya boleh membantu!
====
sumber rujukan dan bacaan lanjut;
1. understand your stress
2. chronic stress
3. stress busters
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.