Elakkan penyakit jantung dengan makanan laut

Rabu, 4 Mac 2015



Kita disarankan untuk mengambil makanan laut sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Menurut 2010 Dietary Guidelines for Americans, pengambilan makanan laut sebanyak 8 oz setiap minggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

1.Variasikan makanan laut anda

Pilihlah makanan laut yang bervariasi bagi menambah minat makan keluarga – ikan, kerang, ketam, udang , sotong dan lain-lain. Sotong dan kepah juga mempunyai omega-3 yang baik untuk kesihatan!

2.Gunakan kaedah makanan yang sihat

Memasak menggunakan kaedah yang sihat seperti mengukus atau membakar sangat baik untuk kesihatan. Elakkan kaedah “deep fry” dan tambahkan bahan seperti jus limau, cili, kunyit bagi menambah rasa tanpa menggunakan banyak garam.

3.Stok simpanan tuna dan sardin

Sentiasa mempunyai tuna atau sardin dalam simpanan merupakan satu amalan yang baik. Selain mengandungi omega-3, tuna atau sardin dalam tin merupakan makanan yang mudah disediakan.

4. Memasak dengan teliti

Jika memasak kepah/ lala/ kerang misalnya, buangkan kepah/ lala/ kerang yang tidak terbuka selepas dimasak. Kemungkinan besar isinya tidak elok untuk dimakan. Udang seeloknya dimasak hingga berwarna putih susu.

5. Pelbagaikan hidangan

Tuna atau sardin juga boleh dibuat sandwic atau diletakkan di dalam croissant. Udang dan sotong boleh ditambah di dalam salad atau sos spagheti. Terpulang kepada kreativiti anda!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.