7 cara saya elakkan anak ketagih iPad atau tablet

Sabtu, 21 Mac 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, baru-baru ni saya terbaca satu artikel menarik berkaitan cara-cara elakkan anak ketagih iPad dan tablet. Almaklumlah, sekarang cuti sekolah pun dah habis, trip percutian ke tepi laut/kampung/ Legoland ( wah bestnya Legoland...saya pun belum berkesempatan nak pergi ...tsk tsk)... Pun dah berakhir...takut-takut anak-anak kita ketagihan ipad/ tablet/ iPhone kembali, sebab dah mulai boring...

iPad
iPad anak lelaki saya yang berwarna hitam dan dah retak seribu, dan iPad Mini anak perempuan saya yang berwarna pink

Anak-anak saya dan iPad

Untuk makluman, anak-anak saya memang membesar dengan iPad. Suami saya seorang yang percaya bahawa penguasaan teknologi dan komputer adalah kunci kejayaan masa depan kita. Pada masa ini, dah ramai orang yang tak perlu bekerja, hanya post video di Youtube sahaja pun boleh dapat juta-juta! Siapa yang tak cemburu kan? Tak perlu hadapi traffic jam , tak perlu ngadap boss, duit terus masuk ching ching ching dalam akaun bank....hehehe...

Jadi, suami saya memang rajin membeli iPad. Daripada iPad pertama yang dilancarkan oleh Steve Jobs sehingga iPad3, dia confirm beli. Cuma iPad Air dan iPad Air2 sahaja yang tidak dibeli sebab dia merasakan tidak perlu menggunakan iPad lagi, kerana dia telah mula mengajar anak lelaki saya berkaitan coding Javascript yang menggunakan desktop. Apabila iPad generasi baru dibeli, maka iPad yang terdahulu akan diberikan kepada anak-anak saya. Anak lelaki saya yang berumur 10 tahun memiliki sebuah iPad3 dan anak perempuan saya berumur 6 tahun menggunakan iPad Mini yang lebih ringan- sesuai dengan usia beliau.

Untuk anak-anak yang kecil boleh aplikasikan cara-cara yang disebutkan oleh Sis Jiji dalam blog beliau di atas. Tapi bagi mereka yang ada anak yang telah besar sedikit seperti saya, mungkin boleh cuba cara-cara ini juga....

Bagaimana cara kami mengawal ketagihan iPad/iPhone?

1. Aturkan rutin harian


Kami tetapkan rutin harian dan sedaya upaya, kami akan stick pada rutin tersebut. Misalnya, pada hari sekolah, Abang akan pergi sekolah pada sesi pagi, balik rumah petang mesti mandi, solat, mengaji, basuh baju dan siapkan homework. Hanya benarkan sekejap pada waktu malam dalam setengah jam untuk main iPad sekiranya semua tugasan telah siap. Begitu juga dengan Adik, hanya waktu malam dibenarkan main iPad jika semua sudah siap. Pada hari minggu juga , kami ada rutin yang tetap. Bangun pagi , uruskan diri, solat dan sarapan. Selepas sarapan , boleh main iPad/ komputer sebentar. Selepas makan tengahari, mesti tidur. Kemudian, jogging atau main playground di   taman.

Apabila kita telah menetapkan rutin, secara automatik mereka telah tahu bila waktu boleh main iPad dan bila tak boleh. Kerja kita jadi mudah dan tak perlu nak terjerit-jerit marah-marah. Mummy pun boleh senyum sentiasa...

2. Banyakkan aktiviti lain bersama-sama


Sebagai ibubapa, kita perlu teliti apakah minat anak-anak dan libatkan diri dalam aktiviti yang menarik minat dia. Contohnya macam Adik, dia minat melukis. Jadi saya akan ajak dia mewarna guna warna air atau sama-sama kaler buku warna Frozen. Jadi secara semulajadi dia akan lupa pada iPad. Abang pula minat main Chess, jadi saya akan ajak dia main Chess ( dan selalunya saya akan kalah teruk.....). Kami juga main Monopoly Board Game, atau buat flashcard. Apabila saya buat cookies, saya ajak kedua-duanya tolong saya bersama.

Setiap petang Sabtu dan Ahad, kami akan pergi ke taman dan jogging atau main di playground. Kadangkala Abang akan bermain bolasepak. Kami juga akan pergi berenang di Kolam renang berdekatan jika ada kesempatan.

Kata kunci di sini adalah penglibatan ibubapa bersama dan suatu yang baru. Mereka pasti akan berminat dan ingin nak join bersama.

3. Tarik privilege sebagai pengajaran


Bagi kami, salah satu cara untuk mengingatkan anak-anak yang iPad adalah satu Privilege dan bukannya hak, ialah sekiranya mereka membuat kesalahan yang berulang, kami akan tarik privilege untuk satu tempoh. Misal kata untuk sehari atau seminggu, bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Alhamdulillah, setakat ini mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama lepas didenda seperti itu.

4. Gunakan iPad sebagai alat pengajaran dan bukan hanya untuk keseronokan


Kita juga boleh corakkan penggunaan iPad untuk menggalakkan pembelajaran - contohnya terdapat satu game bertajuk Plaque yang agak popular sekarang. Semenjak main game tersebut, Abang sangat minat mendalami jenis-jenis mikrobe - apa itu parasite, apa itu bakteria, apa itu virus. Saya dnegan gembiranya mengajar dengan mudah, sebab dia sendiri dah minat dan bertanya. Penguaasaan Bahasa Inggeris adik juga bertambah baik dan banyak bertanya perkataan yang dia tak tahu apabila menonton Oomizoomi di Youtube.

5. Kawal ketagihan sendiri


Kadangkala, kita sebenarnya yang ketagih memberikan mereka iPad daripada mereka sendiri. Contohnya dalam perjalanan kereta yang lama dan panjang kita yang berikan mereka iPad supaya mereka diam. Suami saya tidak benarkan main iPad dalam kereta, sebaliknya dalam kereta mereka dimestikan memandang jauh. Kita boleh ajak mereka main siapa nampak warna merah dahulu, atau pun tunjukkan perkara yang mungkin menarik minat mereka seperti "Eh Adik, menara tu macam rumah Saruman lah...". Selain dari menggalakkan mereka menjadi aware pada sekeliling, ianya berfungsi mengelakkan rabun jauh.

6. Pancarkan apa yang ditonton ke televisyen


Salah satu cara bagi mengawal apa yang ditonton dan mengelakkan rabun jauh (boleh baca tentang punca-punca rabun jauh di sini) , kami mengarahkan mereka agar memancarkan apa yang mereka tonton ke televisyen. Anda boleh menggunakan kaedah ini jika anda boleh sambungkan AppleTV ke televisyen set anda. iPad anak-anak boleh diAirPlay ke televiyen, dan seluruh keluarga boleh tonton dan berikan input bersama.

7. Berikan task untuk dilakukan menggunakan iPad


Kami juga berikan task untuk anak-anak lakukan dengan menggunakan iPad. Contohnya kami minta Abang untuk menulis satu karangan pendek berkaitan pelbagai topik dan minta beliau cari maklumat di iPad. Jadi beliau tahu cara mendapatkan maklumat dari iPad dan cara penggunaan yang sepatutnya.

Kesimpulannya


Saya berpendapat dalam apa juga perkara berkaitan anak-anak kita, mereka memerlukan pengawasan dan kawalan. Kita sebagai perlu ibubapa, perlu menetapkan rutin yang akan menjadi habit ( tabiat) supaya mereka membesar dengan habit yang baik, dan kerja kita juga menjadi senang. Tuan puan juga pastinya mempunyai cara-cara tersendiri mengawal ketagihan anak-anak kepada iPad dan Tablet. Mungkin boleh dikongsikan di ruangan Comment, mana tahu ada ibubapa lain yang boleh gunakan juga!

 Selamat berhari minggu!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.