Makanan boleh tentukan mood?

Rabu, 11 Mac 2015


Percayakah tuan puan, bahawa jenis makanan yang kita ambil boleh tentukan mood atau perasaan kita setiap hari? Pelik tetapi benar. Mungkin tuan puan pernah merasa stress atau sangat sedih, kemudian apabila makan sesuatu, terus perasaan menjadi happy dan seronok. Atau pun selepas makan sesuatu seperti nasi lemak misalnya, kemudian rasa mengantuk, tak bersemangat dan tak bermaya.

Sebenarnya , jenis makanan yang kita ambil sememangnya boleh mempengaruhi mood dan perasaan kita. Ini kerana makanan kita akan mengawal tindakbalas neurotransmitter di dalam otak kita.

Apa itu neurotransmitter?


Neurotransmitter adalah ibarat kereta di tengah highway. Highway ini pula menyambungkan satu bahagian otak kita, dengan bahagian lain. Jadi , sekiranya kereta itu laju dan huru-hara, tentulah trafik menjadi kelam kabut. Sekiranya, kereta semuanya perlaha dan mengikut halaju, keadaan di highway pastilah tenang. Macam tu lah perumpamaannya...

Karbohidrat yang menenangkan jiwa

Keledek merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang sedap

Setengah makanan karbohidrat didapati dapat menenangkan jiwa dan fikiran, Contoh karbohidrat sebegini adalah karbohidrat kompleks yang mempunyai indeks glycemis yang rendah (seperti legum, buah-buahan dan roti wholemeal). Ini kerana makanan ini membebaskan gula ke dalam darah secara perlahan-lahan, oleh itu, hormon stress yang dirembeskan juga berkurangan. Kurang stress, lebih tenang!

Karbohidrat fast and furious

floats
Aiskrim floats; sedap tapi bahaya...

Karbohidrat sebegini dijumpai dalam gula yang biasa kita minum dalam minuman berkarbonat atau kuih-muih yang manis. Gula sebegini akan meninggikan paras gula dalam darah pada kadar yang tinggi dan kemudian turun dengan mendadak. Jadi mood orang yang suka minum minuman/ makanan manis ini juga, turun dan naik mengkit kadar gula tersebut. Kejap dia marah. Kejap dia sedih.

Kesan mood yang turun dan naik mendadak ini boleh dikurangkan apabila memakan makanan yang tinggi kandungan fiber seperti buah-buahan bersekali dengan makanan/minuman manis tersebut. Makanan yang kaya dengan serat akan memperlahankan penyerapan gula ke dalam salur darah, jadi kadar gula lebih sekata.

Kafein pembuka mata

cappucino-black-canyon
Saya sangat suka kopi di black canyon. Dapat biskut ikan percuma!
Kebanyakan orang gemar meminum kopi apabila ingin belajar atau perlu membuat kerja hingga lewat malam. Apabila badan kita penat, kita menghasilkan adenosine. Semakin letih, semakin banyak adenosine dihasilkan.

Kafein dalam bentuk kimia- sangat serupa dengan adenosine. Apabila kita minum kopi, kafein akan pergi ke reseptor adenosin, dan menghalang adenosin melekat dengan reseptor tersebut. Jadi badan kita seolah-olah ditipu, tidak merasa letih dan bersemangat!Kafein juga mengaktifkan adrenalin dan dopamin- menjadikan kita merasa alert dan gembira.

Walau bagaimanapun, badan kemudiannya akan menghasilkan lebih banyak reseptor. Dan kita perlukan lebih banyak kafein untuk menghalang reseptor-reseptor ini. Oleh itu, kita perlukan lebih banyak kopi atau kopi yang semakin kuat. Jika kita cuba berhenti meminum kopi, kita mungkin merasa sakit kepala/ mengalami withdrawal, kerana badan telah terbiasa dengan jumlah kafein tersebut. Apabila kesan kafein habis, kita akan mengalami rasa letih. Malah jangkahayat kafein yang panjang - iaitu selama 6 jam- boleh mengganggu kita dari mendapatkan tidur yang nyenyak.

Makanan yang menggembirakan


Pisang, yogurt, walnut, ikan- kesemua makanan ini didapati kaya dengan bahan tryptophan. Tryptophan didapati bertindakbalas dengan serotonin, menjadikan kita gembira dan ceria. Telur, susu dan tahu juga dapat membantu. Coklat juga didapati menggembirakan ramai orang dengan meningkatkan kadar dopamine dalam darah. Pilihlah coklat yang gelap (60%).

Air, air, air

Dalam kesibukan harian kita, selalunya kita terlupa untuk meminum air yang cukup. Air sebanyak 2-3 liter sehari dapat memastikan kita menumpukan perhatian terhadap urusan kerja dan pembelajaran serta mengurangkan rasa letih. Minumlah air kosong di antara waktu makan sehingga air kencing tidak berwarna kuning.




Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.