Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Sekiranya tuan puan perhatikan , kebelakangan ini isu dispensing separation amat hangat diperkatakan. Debat terbuka di televisyen, suratkhabar, media masa dan media sosial mendapat sambutan dari segenap masyarakat.

Kaunter pemberian ubat

Apakah Dispensing Separation?

Dispensing Separation ialah situasi di mana selepas pesakit  berjumpa dengan doktor, doktor akan menulis preskripsi dan pesakit akan pergi pula ke farmasi. Pegawai farmasi pula akan memberikan ubat mengikut slip preskripsi doktor. 

Apakah bezanya dengan sistem pada masa kini?

Di hospital swasta, hospital kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan, sistem ini telah lama menjadi amalan. Setelah pesakit diperiksa oleh doktor dan doktor memberikan nasihat serta preskripsi ubat di klinik pakar/ klinik ibu anak atau Jabatan Pesakit Luar, pesakit akan pergi ke Jabatan Farmasi dan menyerahkan slip preskripsi kepada pegawai farmasi. Pegawai farmasi akan memberikan ubat kepada pesakit mengikut apa yang ditulis oleh doktor di preskripsi tersebut, sambil memberikan nasihat yang bersesuaian.

Walau bagaimana pun, situasi di klinik swasta adalah berbeza. Memandangkan pada zaman dahulu, tidak banyak farmasi swasta yang wujud, doktor swasta menyimpan ubat dan memberikan sendiri ubat kepada pesakit. jika klinik tersebut mempunyai ramai pesakit, doktor akan meminta pembantu klinik memberikan ubat kepada pesakit.

Apakah isu yang menyebabkan Dispensing Separation perlu dijalankan?

Mengikut pandangan pegawai farmasi , ianya perlu dilaksanakan bagi:

  • mengurangkan medication error ; amalan yang berlaku pada masakini, di mana ubat diberikan oleh pembantu klinik dikhuatiri dapat mengakibatkan kesilapan pemberian ubat, kerana pembantu klinik mungkin tidak begitu arif dengan keadaan ubat tersebut, tindakbalas dengan makanan dan sebagainya
  • mengurangkan preskripsi ubat yang tidak perlu: pada masa ini, klinik swasta mengenakan konsultasi yang sangat rendah (RM5-RM15 sahaja, berbanding yang dibenarkan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 RM30-RM65 bagi klinik tanpa perkhidmatan farmaseutikal). Klinik ini mengambil sedikit keuntungan dari jualan ubat bagi menampung kos operasi klinik; sewa kedai, sewa utiliti, gaji pekerja dan lain-lain. Jika dispensing separation dilaksanakan, doktor akan memberikan ubat yang betul-betul perlu sahaja kerana caj yang dikenakan hanya caj konsultasi.
  • membolehkan pegawai farmasi menumpukan kemahiran mereka kepada mendispens ubat; pegawai farmasi belajar selama 4-5 tahun untuk menjadi pegawai farmasi. keadaan masakini menjadikan pegawai farmasi swasta terpaksa menjual barangan penjagaan kebersihan peribadi dan coklat, kerana kekurangan preskripsi yang diterima. terdapat 13,000 pegawai farmasi di seluruh Malaysia yang bersedia melaksanakan tugas ini.
  • amalan banyak negara di seluruh dunia; kebanyakan negara telah mengamalkan pengasingan ini seperti UK, USA, India , Eropah, Korea dan Jepun. Walau pun begitu, negara seperti USA sedang mencuba menggalakkan pendispensan oleh doktor yang didapati menjadikan lebih pesakit makan ubat dengan teratur dan seperti sepatutnya (compliance rate) dan menjimatkan perbelanjaan  

Mengikut pandangan doktor klinik swasta, ianya TIDAK PERLU dilaksanakan pada masa ini kerana;

  • Malaysia belum sedia: pada masa kini, bilangan farmasi yang terdapat di negara ini belum mencukupi, apatah lagi farmasi yang dibuka 24 jam. Sekiranya ubat didispens pada waktu malam atau pun pada hari perayaan (contohnya Hari Raya Cina yang lalu di mana kebanyakan farmasi ditutup atau pegawai farmasi bercuti) 
  • Jarak antara klinik dan farmasi; jarak antara farmasi dan klinik yang jauh. Pesakit terpaksa berjalan/menaiki kereta dalam keadaan yang sakit dan kemudian mencari tempat parking, membayar kos parking berdekatan dengan farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat. Keadaan lebih teruk bagi rakyat yang tua/ orang kurang upaya/ kanak-kanak istimewa atau mereka yang terpaksa menggunakan kenderaan awam.
  • Penjagaan pesakit mungkin terjejas; Adalah dibimbangi pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asthma tidak lagi pergi ke klinik dan hanya mendapatkan bekalan ubat di farmasi bagi menjimatkan wang, masa dan tenaga. Kesan jangka panjang penyakit kronik seperti kebutaan, kegagalan buah pinggang, penyakit lemah jantung dan lain-lain tidak dapat dikesan dari awal. Walau pun terdapat Peraturan yang melarang pegawai farmasi mendispense ubat Kelas B tanpa preskripsi, tetapi penguatkuasaannya sangat longgar.
  • Fi konsultasi terpaksa dinaikkan; apabila para doktor tidak dapat mencari keuntungan melalui penjagaan ubat, kos konsultasi terpaksa dinaikkan , selaras dengan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi membolehkan mereka menampung kos operasi harian. Pesakit terpaksa membayar kos konsultasi + kos ubat ( contoh RM30+RM40) berbanding dengan masa kini ( RM5 + RM15). Harga ubat klinik biasanya lebih rendah kerana diberikan diskaun oleh syarikat pembekal ubat. 

Pandangan saya 

Pada pandangan saya, ada bagus dan buruknya sistem ini. Walau bagaimanapun, saya berpandangan bahawa sewajarnya rakyat diberi pilihan. Sekiranya mereka yang ingin mendapatkan ubat dari satu tempat, boleh memilih untuk mendapatkan ubat dari klinik. Sekiranya mereka ingin mendapatkan ubat di farmasi , doktor boleh memberikan preskripsi dan mengenakan caj konsultasi sewajarnya. Saya fikir kerajaan boleh memberikan tempoh percubaan dan menjalankan kajian yang menyeluruh- dari segi kos yang diperlukan, keadaan kesihatan rakyat, kemudahan rakyat dan impaknya pada semua pihak - kemudian boleh kita buat keputusan sistem yang manakah yang sesuai dengan Malaysia. 

Boleh ikuti perdebatan antara seorang pegawai perubatan dengan Cik Lovy Beh berkaitan isu ini di sini.

Apa pandangan anda? Mohon kongsikan bersama di sini. 

Jemput membaca pandangan rakyat Malaysia yang lain di pautan di bawah:

Dispensing Separation- kesan kepada pengguna

Sabtu, 28 Februari 2015

Ramai gadis yang datang berjumpa saya dan meminta agar mencucukkan vitamin c melalui salur darah di tangan. Mereka tidak mempunyai sakit apa-apa, tetapi mahu mengambilnya atas tujuan mencantikkan kulit. Walaupun secara prinsipnya,kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf suntikan vitamin C ini dan tidak membenarkan pegawai perubatan kerajaan memberikannya, saya fikir, selagi ada permintaan, pasti ada orang yang akan melakukannya. Tidak kiralah sama ada doktor pakar, doktor swasta, pekerja pusat kecantikan malah ada yang mencucuknya sendiri! Oleh itu , sebelum sesiapa mahu mengambil suntikan ini untuk dirinya, terdapat beberapa perkara yang patut difikirkan sehabis-habisnya oleh empunya badan sebelum memasukkan benda-benda ke dalam badan.

Apa itu vitamin C? 

Vitamin C adalah satu vitamin larut air, yang diproses melalui buah pinggang. Kadar keperluan seharian yang dicadangkan oleh FDA ialah 75mg/ sehari bagi wanita dan 90 mg/’sehari bagi lelaki, 45 mg sehari diperlukan bagi mencegah penyakit scurvy. Ianya diperlukan bagi kesihatan gusi, kulit dan tisu penyambung dalam badan yang lain.

Kaedah pemberian ubat

Suntikan vitamin C yang terkenal pada masakini ialah suntikan melalui salur darah vena ( intravenous) dan bukannya terus pada kulit. Suntikan pada kulit banyak diamalkan oleh para artis dan selebriti. Suntikan secara masuk ke dalam darah ini terkenal kerana mudah didapati dari internet/ farmasi / individu persendirian dan harganya mampumilik antara RM100-300 ( sekotak). Setiap ampul mengandungi kandungan vitamin C yang jauh melebihi daripada kadar yang disarankan dari oeperluan harian iaitu 1000 mg ke atas, dan kadangkala dicampur dengan bahan lain seperti glutathione, plasenta, collagen dan lain- lain.

Apa-apa suntikan menggunakan jarum ke dalam salur darah, baik air garam/ ubat-ubatan/ darah dan lain-lain, mempunyai risiko:

1) risiko air embolism

Apabila menggunakan picagari / jarum butterfly, paling penting mestilah mengeluarkan semua udara di dalam bekas sebelum dicucuk ke dalam salur darah. Sekiranya terdapat walau sedikit udara di dalam saluran tersebut, udara tersebut boleh pergi ke jantung dan menyumbatkan salur darah di situ. Risiko ini boleh menyebabkan kematian. Walaupun boleh berhati-hati, namun jarum butterfly sangat mudah di masuki udara, dan orang yang mencucuknya pula perlu memerhati dengan teliti bagi memastikan tiada udara. Jika ada gelembung udara, harus dibuang dengan membuang ubatan yang berada di hadapan udara tersebut. Simptom yang dialami ialah sakit dada dan susah bernafas, dan air embolism boleh menyebabkan kematian yang cepat.

Risiko ini mudah dipantau jika orang yang dicucuk berada di hospital, yang lengkap dengan kemudahan menyelamat seperti alatan intubasi , ada pakar , jururawat dan sebagainya. Sekiranya tuan puan, dicucuk , kemudian balik ke rumah, dan perkara sebegini berlaku, adakah tuan puan sempat untuk pergi ke klinik/ hospital untuk diselamatkan?

2)  Risiko jangkitan pada salur darah/ kulit

Phlebitis ialah jangkitan kepada salur darah yang terjadi apabila kuman dari permukaan kulit masuk ke dalam salur darah. Kuman ini memang sentiasa ada di permukaan kulit, tetapi apabila ia masuk melalui jarum yang digunakan, ia boleh menyebabkan jangkitan dan radang pada salur darah atau pun kulit (cellulitis). Walaupun langkah berjaga-jaga seperti menyapu kulit dengan alcohol swab dan menggunakan jarum serta alatan steril , tetapi risiko kuman tersebut menjangkiti salur darah tetap ada, apatah lagi jika dicucuk setiap minggu. Sekiranya alatan yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, risiko ini meningkat lagi. Simptom yang dialami ialah rasa sakit, kulit berwarna kemerahan, bengkak dan panas pada kawasan kulit yang dicucuk.

3) risiko tersalah tempat cucuk

Vitamin ini biasanya dicucuk di antecubital fossa, ( iaitu ruangan antara lengan, bertentang dengan siku). Di tempat ini , selain vena , terdapat salur darah arteri yang menghala ke jantung, ada saraf-saraf dan otot-otot. Sekiranya suntikan ini terkena pada tempat lain seperti tidak masuk ke dalam salur darah dan berkumpul di bawah tisu, ia boleh menyebabkan bengkak, sakit, dan rasa kebas tangan. Sekiranya ianya terkena pada arteri, iaitu saluran yang membawa darah beroksigen, ada risiko tisu tangan tidak mendapat bekalan darah beroksigen dan boleh menjadikan ianya gangren (bertukar menjadi hitam dan mati, terpaksa dipotong seperti yang terjadi pada seorang kanak- kanak tidak lama dahulu).

4) risiko salur darah menjadi keras

Apabila dicucuk berkali- kali, saluran darah akan menjadi berparut dan sempit. Ini kerap kali terjadi kepada penagih dadah yang menggunakan ubatan yang dicucuk dan pesakit kemoterapi. Kesannya , saluran darah tersebut menjadi keras dan tidak boleh digunakan lagi. Akibatnya, jika keadaan memerlukan seperti kecemasan (kemalangan jalanraya dan sebagainya) saluran darah terpaksa dipilih dari kawasan seperti leher, paha atau dada.

Isu bahan yang dicucuk

1)Produk tidak berdaftar

Kebanyakan para penjual mencanangkan bahawa mereka menjual Laroscorbine platinum yang dikeluarkan oleh syarikat Swiss ternama iaitu Roche. Pembungkusan yang menarik dengan logo Roche meyakinkan pengguna bahawa ia adalah produk berkualiti dan asli. Namun begitu, mengapakah ianya tidak wujud dalam senarai produk Roche ?Malah ada pengguna yang menyatakan dia telah menghubungi pihak Roche, dan Roche menyatakan mereka tidak mengeluarkan produk tersebut. Jadi adakah produk ini palsu? Oleh kerana , produk ini memang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, dan pihak Roche pula tidak mengeluarkan produk ini siapakah yang mengeluarkannya? Jika ada perkara buruk terjadi, kepada siapa pengguna akan meminta pertolongan?

2)Kesan jangka panjang

Vitamin C yang dimakan merupakan vitamin yang tidak boleh disimpan di dalam badan. Sebarang lebihan akan dikumuhkan melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Serapannya berkurangan walaupun diambil pada dos yang tinggi (63% saja daripada dos 500 mg yang diserap ke dalam badan). Namun begitu, vitamin C yang dicucuk tidak diproses oleh hati dan berada dalam badan dalam kepekatan yang tinggi. Vitamin C pada dos yang melebihi 2000 mg amnya boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit- birit dan sakit perut ( gastrik) kerana sifatnya yang berasid. Pada ketika ini, tidak diketahui lagi sama ada dos vitamin C yang tinggi yang diberikan secara intravena boleh menyebabkan kesan sampingan yang sama kerana tiada kajian yang terperinci jangka panjang dilakukan. Namun mungkin para pengambil suntikan juga perlu memikirkan kesan sampingan jangka panjang yang boleh terjadi.

3) Status halal 

Kerapkali masyarakat kita mempersoalkan status halal ubat yang digunakan. Baik insulin, vaksin, ubat cair darah untuk pesakit jantung dan lain-lain. Majlis Fatwa amnya menyatakan sekiranya ubat tersebut diperlukan bagi menyambung nyawa, dan tiada pilihan lain, maka penggunaan ubat tersebut diharuskan. Namun saya dapati, tidak ramai pula yang mengambil berat isu halal dalam vitamin C ini. Tambahan pula banyak campuran yang kita tidak ketahui asal usulnya, contohnya plasenta : diambil dari manusiakah? Collagen : berasal dari haiwankah? Vitamin C ini bukanlah ubat menyambung nyawa ( bagi yang mengambilnya untuk tujuan kecantikan) , tidak mahu tunggu pengesahan haram halal dahulu sebelum digunakan?

Tidak dinafikan, terdapat kajian saintifik yang menunjukkan suntikan vitamin C dapat meningkatkan kualiti pesakit kanser . Namun, seperti juga setiap perbuatan dan keputusan yang kita ambik di dalam hidup ini, adakah risiko perbuatan tersebut berbaloi dengan faedah yang didapati. Secara jujurnya, sebagai pengamal perubatan yang biasa berurusan dengan suntikan dan komplikasinya, seboleh-bolehnya saya akan elakkan dari menggunakan kaedah ini. Banyak cara lain dan ubatan lain yang lebih selamat dan terbukti berkesan mencantikkan wajah yang boleh dipraktikkan.

Selamatkah amalkan suntikan vitamin C untuk cantik?

Rabu, 11 Februari 2015