Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan

Dulu saya fikir bila umur masuk 40, hidup akan jadi tenang. Macam ramai perempuan-perempuan lain : anak dah besar, drama kerja pun dah jadi rutin harian, hormon pun patutnya behave. Tapi tiba-tiba datang satu fasa misteri — perimenopause.Belum menopause lagi, tapi hormon dah mula buat perangai. Macam jiran sebelah yang suka karaoke lagu dangdut pukul 11 malam — kita tak tahu bila dia nak berhenti, tapi kita tahu dia wujud. Dia mula bagi-bagi hint yang kita buat-buat tak nampak, tapi dia ada tunggu kita senyum-senyum tepi rumah bila kita buka pintu.

perempuan perimenopause runsing
Susah hati kalau period tak menentu..

Apa Itu Perimenopause?

Perimenopause ni secara mudahnya - macam trailer sebelum filem menopause. Estrogen mula turun naik macam harga durian Musang King. Kalau awal musim - harga memang naik melambung. Bila dah hujung musim, orang lelong lelong buat tempoyak je.

Biasanya perimenopause bermula antara umur 40-an ke 50-an, tapi ada juga yang bermula seawal 35. Antara tanda-tandanya terawal ialah period (haid) masih datang tapi pattern dia tak macam dulu.  Kadangkala pendek, kadangkala panjang. Kadangkala sedikit macam peanut butter, kadangkala macam paip pecah. 

Apa yang terjadi dalam badan ketika perimenopause?

Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya, masa setiap bayi perempuan lahir, kita semua ada lebih kurang 1 juta telur (ovum) dalam ovari kita. Ovari ni adalah macam mini-kilang yang simpan telur-telur kita. Setiap bulan, ovari ni akan keluarkan sebiji telur dan kalau ada rezeki, disenyawakan dan akan menjadi bayi. Kalau tiada persenyawaan terjadi, telur tu akan luruh bersama dengan dinding rahim keluar menjadi darah haid.

Tapi jangan happy sangat — sebab bila umur cecah 20-30 tahun, setiap wanita hanya tinggal lebih kurang 10%-20% telur je. Bila masuk umur 40, tinggal 3%. Bukan setakat bilangan berkurang, tapi kualiti telur pun mula merosot. Telur-telur ni dah macam biskut raya yang lama tak masuk balang — masih ada, tapi tak semua boleh diguna. Sebab tu ramai pasangan yang kahwin lewat, ada yang rasa susah nak dapat anak. Malah, kadar komplikasi pun agak tinggi jika mengandung pada usia begini seperti trisomy 21 dan lain-lain.

Estrogen & Progesteron – Dua Hormon Yang Dah Tak Cukup

Paras Estrogen dan Progesteron
dari laman: https://www.trainingpeaks.com/blog/understanding-your-cycle-and-performance/

Estrogen ni diva seantero dunia. Untuk kaum wanita, dia ni adalah queen kepada banyak hormon penting dalam badan. Dia jaga mood, kecantikan kulit, kekuatan tulang, dan kitaran haid. Dekat sendi-sendi pun banyak receptor estrogen. Malah dekat otak kita juga penuh dengan receptor untuk estrogen. Estrogen ni dibuat oleh telur-telur dalam ovari kita tadi.

Otak kita mengeluarkan hormon bernama FSH (Follicle Stimulating Hormone) dan LH (Luteinizing Hormone) di mana kalau LH ni tinggi, dia akan galakkan penghasilan estrogen yang banyak. Tapi bila telur-telur dalam ovari kita dah berkurang, estrogen yang dihasilkan juga semakin berkurangan.

Apabila estrogen mula merosot, otak panik dan hantar signal kuat-kuat dan semakin banyak hormon LH dan FSH dihantar: “Cepatlah ovulasi!” Tapi sebab telur dah makin kurang signal tu tak dilayan. Akibatnya, haid jadi tak menentu — jadi pendeklah, jadi panjanglah, kadang-kadang hilang terus macam ex yang ghosting.

Progesteron pula adalah best friend kepada estrogen. Kalau ada baby, progesteron lah yang akan menyiapkan rahim untuk bersedia menjadi tempat tumbesaran yang baik untuk si manja. Tetapi selain dari itu, progesteron juga ada banyak peranan lain seperti menenangkan perasaan, memberikan tidur yang nyenyak, bantu fungsi otak, kuatkan tulang dan menurunkan tekanan darah.

Progesteron akan dihasilkan apabila telur berjaya diovulasi (dikeluarkan daripada ovari). Dalam keadaan di mana tiada ovulasi berlaku, kadar progesteron dalam badan adalah rendah pada ketika estrogen masih tinggi. Kadangkala jika ovulasi berlaku, kadar progesteron akan naik. Keadaan ini menjadikan hormon tersebut tidak stabil.

GABA, Serotonin & Dopamin – Otak Pun Terjebak Dalam Drama

Estrogen bukan sekadar jaga rahim — dia juga jaga neurochemical dalam otak. Bila dia turun, GABA (si penenang), serotonin (si happy chemical), dan dopamine (si motivator) pun mula goyang. Kita akan mula rasa moody, anxious, brain fog, dan kadang-kadang rasa macam dunia ni tak adil. Padahal sebenarnya kita cuma nak tidur 8 jam tanpa bangun basah kuyup, macam Syed Saddiq baru lepas lari Ironman.

Simptom Yang Buat Kita Rasa “Eh Kenapa Aku Macam Ni?”

woman difficulty sleeping due to menopause
Simptom paling kerap adalah sukar tidur malam

• Hot flashes – Tengah meeting, tiba-tiba rasa macam duduk bawah lampu spotlight. Badan berpeluh-peluh tak tahu apa puncanya. Jantung berdebar-debar macam crush baru lalu.

• Mood swing – Pagi okay, tengah hari nak nangis, malam nak marah.

• Tidur terganggu – Mata penat, otak sibuk fikir benda random.

• Vaginal dryness – Tak selesa, rasa macam padang pasir. Pedih-pedih sentiasa.

• Brain fog – Nak cari kunci, tapi lupa kenapa masuk dapur. Nak kira barang dapur pun dunia macam slow motion.

• Berat badan naik – Walaupun makan sama, badan macam ada agenda sendiri.

Simptom ni tak sama untuk semua orang. Ada yang rasa macam naik roller coaster, ada yang cuma naik bas mini.

Bila Pendarahan Berpanjangan, Jangan Tunggu! Jumpa Doktor Segera

Kalau anda sedang lalui fasa perimenopause macam ni dan tiba-tiba haid jadi panjang gila — bukan 7 hari, tapi sampai 2 minggu lebih — itu bukan benda yang patut dibiarkan. Jangan fikir “alah, hormon tengah buat drama - ini perimenopaus je....”

Bila pendarahan berpanjangan, langkah pertama yang paling penting ialah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan buat check-up, mungkin ambil darah, scan rahim, atau buat pap smear untuk pastikan bukan kanser serviks (kalau minat nak baca mengenai hubungkait kanser serviks dan tuala wanita, boleh baca di sini.) Ini penting sebab bukan semua pendarahan panjang datang dari ketidakstabilan hormon semata-mata.

Apa Yang Doktor Akan Fikir (Differential Diagnoses) Selain Perimenopause

1. Fibroid rahim – Ketumbuhan dalam rahim (bukan kanser) yang boleh buat haid jadi banyak dan panjang.

2. Polip endometrium – Tisu kecil yang tumbuh dalam rahim, kadang-kadang boleh jadi punca spotting atau pendarahan berlebihan.

3. Endometrial hyperplasia – Lapisan rahim menjadi terlalu tebal sebab hormon estrogen lebih dominan daripada progesteron.

4. Kanser endometrium – Walaupun jarang, doktor kena pastikan pendarahan bukan tanda awal kanser rahim.

5. Gangguan tiroid – Hormon tiroid pun boleh ganggu kitaran haid.

6. Gangguan pembekuan darah – Ada wanita yang ada masalah clotting, jadi haid susah nak berhenti.

Jadi kalau Doktor dah ambil sejarah, check perut, buat ultrasound scan, check pangkal rahim - semuanya tiada masalah lain, barulah kita boleh katakan insya-Allah, ini disebabkan perimenopause saja, dan bukan perkara lain.

Kenapa Penting Buat Check-Up?

Sebab kalau dibiarkan sahaja, kehilangan banyak darah boleh memberi komplikasi anemia (letih, pucat, pening, tekanan darah rendah, pengsan). Lagi bahaya kalau punca sebenar ialah kanser rahim atau masalah hormon yang perlukan rawatan segera. Doktor boleh bagi ubat hormon, rawatan untuk fibroid, atau cadangan lain bergantung pada diagnosis.

Cara Nak Hadap Fasa Ni Tanpa Menjerit Kat Orang dan Marah Pada Dunia

Okay, kalau isu pendarahan tak ada atau dah diperiksa, jom kita fokus pada cara untuk atasi simptom perimenopause ni. Kalau kita tak jaga diri kita, sapa lagi nak jaga kan. Kita orang perempuan pun kena sihat kena cantik dan kena kuat sebab kita kena jaga ramai orang, kan?

1. Banyakkan Fiber, Omega 3, Phytoestrogen

Perimenopause bukan masa untuk diet ekstrem, tapi adalah masa untuk pilih makanan yang boleh membantu stabilkan hormon dalam badan. Sayuran hijau macam bayam, kangkung, sawi - kaya dengan zat besi dan magnesium, juga bagus untuk tambah tenaga dan kekalkan mood yang konsisten. Buah tempatan macam betik, pisang, jambu batu pula kaya dengan vitamin C dan serat, bantu sistem imun dan pencernaan. Jangan lupa sumber phytoestrogen seperti tempe, tauhu, kacang soya yang mudah didapati di pasar malam atau kedai runcit — ia boleh bantu seimbangkan estrogen bila hormon mula turun naik.

2. Kurangkan Makanan Proses Tapi Jangan Tinggalkan Nasi

Ramai wanita Malaysia takut bila doktor kata “kurangkan karbohidrat.” Hakikatnya, nasi putih masih boleh dimakan, cuma kita perlu kawal portion. Cuba tukar sekali-sekala kepada beras perang atau oatmeal yang lebih tinggi serat. Elakkan makanan proses macam mee segera, keropok paket, minuman bergula yang boleh buat berat badan naik dan hormon makin kacau. Kalau nak kudap, pilih kacang tanah rebus, ubi rebus, atau buah potong — lebih sihat dan tetap rasa “snack time.”

3. Senaman Ringan – Sesuai Dengan Jadual Wanita Malaysia

Tak semua orang ada masa nak pergi gym. Tapi senaman boleh jadi mudah kalau disesuaikan dengan rutin harian. Contohnya, jalan kaki di taman perumahan selepas hantar anak sekolah, atau buat senaman ringan ikut YouTube dalam ruang tamu. Yoga atau senaman pernafasan boleh bantu kurangkan stress dan hot flashes. Weight training juga adalah senaman yang baik untuk bina kekuatan tulang dan otot. Kalau suka aktiviti sosial, boleh cuba senamrobik di surau atau komuniti taman — sambil berpeluh, sambil bersembang dengan kawan-kawan.

4. Tidur Cukup – Bukan Sekadar Tutup Mata

Ramai wanita Malaysia tidur lewat sebab uruskan rumah, anak, atau kerja. Tapi bila hormon mula kacau, tidur jadi lebih penting. Cuba buat rutin tidur: minum teh herba tanpa kafein macam teh bunga atau chamomile sebelum tidur, elakkan kopi atau teh tarik selepas pukul 2 petang. 

Pastikan bilik tidur selesa — kipas atau aircond cukup, gelapkan persekitaran bilik, dan kalau perlu guna essential oil lavender untuk bantu relaks. Tidur yang cukup boleh kurangkan mood swing dan brain fog. Jangan lupa baca post ini untuk ketahui tip-tip supaya boleh tidur malam yang nyenyak dan lena. 

5. Sokongan Sosial – Jangan Hadap Seorang Diri

Perimenopause boleh buat wanita rasa aneh dengan diri sendiri. Tapi bila ada kawan atau komuniti, perasaan tu jadi "Aku ni tak la pelik sangat. Ramai je yang sama macam aku". Di Malaysia, sokongan boleh datang dari grup WhatsApp mak-mak, kelas agama di surau, atau komuniti senaman pagi di taman. Berkongsi pengalaman dengan wanita lain bukan sahaja buat kita rasa normal, tapi juga beri tips praktikal yang sesuai dengan budaya kita.

6. Bincang dengan doktor yang Dipercayai

Berjumpalah dengan doktor jika ada kerisauan atau kebimbangan. Ada pelbagai ubat-ubatan sementara yang boleh membantu untuk dapatkan kualiti hidup yang baik demi ketenteraman diri dan keluarga kita. Jangan malu dan segan! 

Penutup – Bukannya Gila, Sedang Transition Saja

Kalau kita tiba-tiba rasa pelik, cepat marah, atau tiba-tiba menangis tengok iklan — ketahuilah itu bukannya gila. Itu cuma perimenopause, fasa yang ramai wanita Malaysia tak tahu tapi patut tahu.

Jangan biarkan hormon jadi boss. Kita boleh kawal, dan pastinya kita boleh adapt. Jangan putus asa cuba untuk dapatkan yang terbaik untuk diri kita sebab semestinya kita sangat berharga.

Perimenopause – Bila Hormon Buat Drama

Jumaat, 14 November 2025

Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian(Fabric Face Mask Jovian)

Hai semua, dalam entri kali ini, saya akan reviu pelitup muka fabrik Jovian (fabric face mask Jovian). Sepertimana yang kita semua maklum, tahun 2022 menyaksikan gelombang COVID-19 seperti tahun 2021, di mana jika tahun 2021, varian yang menjadi penyebab adalah Delta varian namun pada tahun ini, kita diancam oleh varian yang dinamakan Omicron pula. 

Jadi, pemakaian pelitup muka atau face mask kini merupakan satu keperluan bagi kita. Ada banyak jenama pelitup muka di pasaran tapi yang manakah yang paling selesa, menarik dan mudah digunakan? 

Jenama Jovian merupakan salah satu jenama pelitup muka yang popular dan menjadi kesukaan ramai. Jovian mengeluarkan banyak jenis pelitup muka - ada jenis kain, jenis pakai buang, KF94, N95 dan banyak lagi. Hari ini, jom kita lihat ciri-ciri pelitup muka jenis fabrik yang glamer ini.

Pelitup Muka Fabrik Jovian x Ria Miranda

Saya telah membeli sekeping Pelitup Muka dari siri Persahabatan (Friendship Series) yang direka bersama Ria Miranda berwarna hijau. Jom kita reviu.

1.    Urusan Pembelian

Di mana nak beli pelitup muka Jovian?

Pelitup muka Jovian boleh dibeli daripada pelbagai platform seperti - 

Website Jovian

website shopee Jovian

  • pembeli peribadi / personal shopper - kebanyakan pembeli peribadi akan mengiklankan diri di laman instagram Jovian - boleh pilih yang mana dekat dan bersesuaian. Kalau anda mahukan barang dengan cepat atau dihantar segera, pembeli peribadi adalah pilihan yang sesuai

Pilihan saya - shopee!

Bagi saya, saya suka menggunakan shopee. Saya dapati barangan Jovian yang dijual di shopee tidak sebanyak/ lengkap seperti di laman sesawang Jovian, tetapi kerana butiran saya telah pun ada di shopee, maka saya selesa dengan shopee.

2.    Penghantaran

Pilihan corak dan warna pelitup muka

Saya pilih warna hijau kerana hijau ni memang cantik sangat. Tak terang sangat, dia lebih kepada hijau army gitu. Tak banyak mask warna hijau seperti ini, tapi saya ada banyak baju yang boleh match dengan hijau army ni. Yang peliknya - nama mask ini adalah Jovian x Ria Miranda The Friendship Series Hijab Mask for Adult - Cement Grey. Kat mana grey tu- saya tak pasti pula 😅

Tempoh Penghantaran 

Tempoh penghantaran mengambil sedikit masa. Saya membuat pembayaran pada 12 Disember 2021. Barangan dipos keluar pada 14 Disember 2021 dan diterima pada 17 Disember 2021, menggunakan Shopee Express. Tempoh keseluruhan adalah 5 hari.

Kebiasaannya, kita boleh menerima barangan dalam 2-3 hari. Tapi saya faham mungkin tempahan Jovian agak banyak, tempoh 5 hari bagi saya adalah satu tempoh yang boleh diterima.

Syarikat penghantaran 

Jovian menggunakan Shopee Express - Standard Delivery. Setakat ini, saya tidak ada isu dengan Shopee Express

3.    Pembungkusan

Pembungkusan luar

Seperti biasa, barangan Jovian akan diletakkan dalam kotak Jovian. Kotaknya berkualiti, baru dan bukan diguna semula atau ditampal-tampal. Terdapat bubble wrap dalam kotak bagi memastikan pelitup muka tidak rosak. Kotak pelitup muka, diletakkan dalam kotak Jovian.

Kotak Pelitup Muka Jovian

Pembungkusan barangan 

Pelitup muka diletakkan dalam kotak kecil cantik yang sesuai dijadikan hadiah juga. Terdapat greeting card, pelitup muka dan 5 keping filter. Terasa seronok membuka pelitup muka ini- seperti menerima hadiah daripada tersayang.

Kotak Pelitup Muka Jovian

4.    Kualiti Material

Lapisan luar pelitup muka

Merujuk kepada laman shopee Jovian, lapisan luar pelitup muka ini dibuat daripada kain neoprene yang mudah untuk pemakainya bernafas. Kain neoprene diperbuat daripada getah sintetik, kalis air, serta tahan lasak.

Kain pengikat pelitup muka ini jenis tie-in yang panjang. Jahitannya kemas dan teliti. Corak pada pelitup muka, terang dan sharp - bukan kabur dan pudar seperti jika kita membeli produk tiruan.

Pelitup Muka Fabrik Face Mask Jovian

Lapisan dalam

Pada agakan saya, lapisan dalam pelitup muka ini dibuat daripada kain kapas lembut. Memang sangat lembut, bila bersentuh dengan pipi rasa licin saja. 

Lapisan dalam Pelitup Muka Jovian

Bukaan dan filter

Pelitup muka ini mempunyai satu saja bukaan di belah kiri. Jadi proses memasukkan filter sedikit tricky. Boleh saja kita masukkan seperti mana kita masukkan bantal ke dalam sarung bantal - tarik perlahan-lahan filter hingga ke hujung mask

Filter yang diberikan adalah jenis melt blown, maka tujuannya adalah untuk dibuang selepas sekali pakai. Boleh beli tambahan filter untuk refill di link ini  , harganya RM26 untuk 50 keping. Ada juga filter dari jenis nanofilter, yang boleh dibasuh berkali-kali, yang boleh dibeli di link ini  harganya RM10 bagi 3 keping.

5.    Senang Bernafas/ Bercakap

Dari segi kebolehan bernafas, pelitup muka ini mudah untuk dilalui udara. Juga terdapat sedikit ruang di hadapan muka, jadi dia tak terlalu ketat sampai melekat ke muka.

Namun , jujurnya saya dapati kain di bahagian dalam senang tertarik ke hidung apabila kita menyedut udara. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu pernafasan dan menyukarkan percakapan. Pelitup muka ini juga tidak mempunyai besi untuk kita laraskan di bahagian hidung. Jadi jika anda berkaca mata, sekali sekala kaca mata anda akan berwap.

6.    Harga 

Harga asal pelitup muka ini adalah RM50. Tetapi semasa saya beli, ada offer RM44. Ada juga Jovian beri voucher RM5, dan saya redeem coin sebanyak 799 (jadi tolak RM7.99 lagi). Jadi saya beli dengan harga RM39.50, yang pada pandangan saya , bersesuaian dengan kualiti pelitup muka tersebut.

7.    Praktikaliti

Sebenarnya saya hanya menggunakan pelitup muka ini beberapa kali sahaja. Saya gunakan sebagai mask kedua (untuk double masking). Tapi punca utama saya tidak dapat gunakan selalu adalah kerana fogging (cermin mata saya berwap) apabila memakai pelitup muka ini.

Kesimpulan

Pro

  • pelitup muka fabrik Jovian memang sangat cantik. 
  • Jahitan kemas
  • material lembut, boleh bernafas tahan lasak.
  • Kotak cantik macam hadiah

Kontra

  • tiada nose bridge - jadi menyebabkan berwap
  • hanya satu lubang bukaan filter - mungkin sukar untuk masukkan filter bagi sesetengah orang
  • kain di sebelah dalam melekat di hidung ketika bernafas

Keseluruhannya, jika anda ingin bergaya, pelitup mask ini memang cantik, sesuai digayakan di pejabat atau majlis. Tapi sebab sekarang kita dilanda Omicron, saya cadangkan untuk digunakan bersama 3-ply mask di dalam. Dari segi practicality, boleh ditambah baik lagi dengan menambah nose bridge dan menggunakan kain yang kurang melekat ketika bernafas.

saya berikan 4/5 bintang.

Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian (Fabric Face Mask Jovian)

Sabtu, 26 Februari 2022

Saya pasti ramai yang telah terlihat iklan berkenaan video ini di newsfeed masing-masing - video ini adalah berkenaan penemuan yang ditemui hasil dari kajian selama 75 tahun berkaitan kebahagiaan dan kesejahteraan manusia.

Penemuan dari kajian ini dibentangkan oleh Robert Waldinger. Beliau merupakan seorang pakar psikiatri di Harvard Study of Adult Development.

Rahsia bahagia:kaya dan terkenal?

Melihat trend di newsfeed facebook dan suratkhabar, jelas sekali bahawa kebanyakan kita inginkan kekayaan dan menjadi terkenal. Iklan mengenai kursus kewangan, temuramah dengan artis, ahli politik dan jutawan penuh di dada-dada majalah dan portal berita di internet, menggambarkan hasrat masyarakat masakini yang mengidolakan kekayaan dan populariti. Apatah lagi jika individu tersebut terkenal kerana kaya. Tak percaya? Cuba tanya anak-anak kecil masakini- siapa tak kenal Dato' Vida? Qu Puteh!

Kita diberitahu bahawa, kalau kita kaya dan terkenal, kita akan bahagia selama-lamanya...
Kalau kita kaya dan terkenal, kita akan sejahtera hingga akhir hayat...

Betulkah?

Methodologi kajian

Kajian ini mengkaji kehidupan 724  orang lelaki selama 75 tahun. Sehingga kini, hanya 60 lelaki yang masih hidup dan setia berada dalam kajian ini. Terdapat dua kumpulan lelaki yang dikaji- kumpulan pertama adalah mereka yang belajar di Kolej Harvard, kebanyakan mereka menyertai Perang Dunia selepas itu. Kumpulan kedua pula adalah mereka yang berasal dari kumpulan yang paling miskin di Boston, di mana air panas pun tiada di rumah mereka.

Budak-budak lelaki belasan tahun ini menjalani pemeriksaan perubatan, dan ibubapa mereka ditemuramah. Selanjutnya, mereka membesar dan menyertai dunia pekerjaan. Ada yang menjadi doktor, peguam, pembina rumah malah seorang dari mereka menjadi Presiden Amerika Syarikat!

Selain daripada menjawab soalan, para pengkaji juga menemuramah isteri mereka dan merakam perbualan mereka dengan ahli keluarga yang lain. Subjek juga menjalani pemeriksaan fizikal, menjalani scan otak dan anak-anak mereka juga ditanya.

Penemuan #1:perhubungan sosial penting untuk kebahagiaan

Kajian ini menemui bahawa, perkara yang paling penting dalam menentukan kebahagiaan adalah perhubungan sosial. Individu yang lebih kuat pertaliannya dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, lebih GEMBIRA, lebih SIHAT secara FIZIKAL dan HIDUP lebih lama. Individu yang hidup bersendirian lebih sering mengalami kesedihan, pemikiran mereka merosot dengan lebih cepat dan mereka meninggal dunia lebih awal.

Penemuan #2:kualiti hubungan sosial adalah penting

Di samping memiliki keluarga dan rakan-rakan, apa yang lebih penting adalah kualiti hubungan tersebut. Berada dalam satu perkahwinan tanpa kasih sayang, adalah lebih berbahaya dan mendukacitakan daripada penceraian. Perkahwinan yang hangat dan penuh persefahaman, didapati melindungi lelaki-lelaki tersebut daripada kesihatan yang buruk.

Pengkaji kajian ini menganalisa keputusan darah dan keadaan subjek pada usia 50 tahun, dan membandingkan dengan keadaan subjek semasa berumur 80 tahun. Apa yang mereka dapati adalah kadar kolesterol subjek tidak menentukan tahap kesihatan subjek pada usia 80 tahun. Sebaliknya, tahap kepuasan subjek dengan hubungan sosial - memainkan peranan utama.

Apabila kita menginjak usia emas, kesihatan kita merosot secara semulajadi- mata menjadi kurang nampak, pendengaran berkurangan, sendi-sendi mulai sakit dan penyakit kronik mulai mengetuk pintu kehidupan kita. Perkahwinan yang penuh cinta dan persefahaman, akan membolehkan pasangan tersebut merasa gembira dan tenang - dalam menghadapi apa cabaran yang datang. Sebaliknya, sekiranya perhubungan tersebut tidak stabil, masalah kesihatan sebegini akan menjadi lebih besar daripada yang sebenarnya.

bersiar-siar_di_taman
Berlibur bersama keluarga pada hari minggu

Apabila kita mempunyai perhubungan yang stabil dengan seseorang, kita merasakan kita boleh bergantung kepada individu tersebut dalam waktu kesusahan, ingatan dan fungsi otak kita akan bertahan lebih lama. Perhubungan tersebut tidak semestinya "aman damai macam Shahrukh Khan-Kajol" sepanjang masa, kita masih boleh bergaduh sepanjang hari, asalkan kita tahu di saat kita memerlukan pasangan kita, beliau akan berada bersama kita.

Dr Robert menyatakan, dalam kehidupan kita sehari-harian, kita sukakan perkara yang instant, yang cepat,yang mudah (macam mi segera dan kopi 3-dalam-1 eh?). Kita sering terlupa perkara-perkara seperti keluarga dan kawan, kerana membina hubungan bukanlah mudah. Ianya tidak seksi dan glamer, juga tidak memberikan wang ke dalam akaun bank kita. Ianya adalah kerja sepanjang hayat- kita perlu berusaha membina perhubungan yang baik.

Oleh itu, jom kita mulakan...Angkatlah telefon dan bersembang dengan ibubapa kita, atau buatkan kek untuk adik-beradik kita. Berjumpa rakan-rakan lama dan bertanya khabar berita. Libatkan diri dalam aktiviti kejiranan. Mana tahu, perkara-perkara ini sebenarnya boleh membantu kita mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan yang selama ini kita impikan ....

3 RAHSIA kebahagiaan dan kesejahteraan daripada kajian Harvard selama 75 tahun

Jumaat, 26 Februari 2016

Kebelakangan ini kita kerap membaca berita-berita yang menyatakan bahawa penggunaan tuala wanita boleh menyebabkan kanser, terutamanya kanser serviks dan uterus. Malah terdapat satu emel yang tersebar yang menyatakan 56 wanita menemui ajal kerana tuala wanita. Apakah berita ini benar?

Hujah yang menyokong tuala wanita komersial sebagai penyebab kanser serviks

Terdapat pelbagai pendapat yang menjurus kepada penggunaan tuala wanita komersial sebagai penyebab kanser serviks, antaranya adalah ;
1. penggunaan Dioxin sebagai bahan peluntur tuala wanita boleh menyebabkan kanser;
2. Tuala wanita komersial memerangkap peluh dan suhu, menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

Fakta dari dunia perubatan

Hakikatnya, masih tiada satu kajian klinikal yang konklusif yang menyatakan bahawa tuala wanita adalah penyebab kanser. Sebuah kajian di Mali di mana kanser serviks merupakan kanser nombor satu di kalangan wanita di Mali, didapati bahawa virus HPV dan bilangan anak merupakan faktor risiko utama kanser serviks. Di negara tersebut, tuala wanita komersial tidak digunakan langsung kerana tahap ekonomi yang rendah. Begitu juga dengan kajian di Kerala, India yang menunjukkan tiada kaitan antara penggunaan tuala wanita komersial dengan kanser serviks. 

Vaksin Kanser Serviks

Vaksin bagi HPV diberikan secara percuma di Malaysia kepada gadis-gadis di sekolah menengah. Vaksin ini adalah untuk perlindungan khasnya strain 16, dan strain 18. Walaupun telah divaksinasi dengan vaksin ini, pemeriksaan berkala dengan doktor masih diperlukan mengambilkira strain lain yang tidak dilindungi oleh vaksin.

Kajian keselamatan ke atas tuala wanita

Satu kajian telah dijalankan ke atas tuala wanita komersial dan kandungannya. Kajian tersebut mendapati bahawa tiada kesan sampingan berbahaya ditemui. Malah dalam tempoh 5 tahun, hanya 1 aduan dilaporkan bagi 2 juta produk yang dipasarkan.

Faktor risiko lain bagi kanser serviks

Selain dari virus HPV, perkara-perkara yang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser serviks adalah :
1. merokok
2. Mengidap HIV
3. Penggunaan pil perancang kehamilan untuk tempoh yang lama (5 tahun atau lebih)
4. Melahirkan anak seramai 3 orang atau lebih; dan
5. Mempunyai beberapa orang pasangan.

Perkara-perkara yang tidak dikaitkan dengan kanser serviks

1. Kegemukan (obesiti)
2. Penggunaan HRT selepas menopaus
3. Penerima organ
4. Ubat tahan sakit NSAIDs
5. Ubat kolesterol seperti statin
6. Prosedur persenyawaan in-vitro (IVF)

Tuala wanita kain (cloth pads)

Walau bagaimanapun, penggunaan tuala wanita kain kini mendapat sambutan ramai.  Penggunaan tuala wanita kain kian popular kerana :
cloth pads
Tuala wanita kain yang menarik

1. Corak yang menarik

Tuala wanita kain dijahit dengan pelbagai corak dan material. Selain dari kain minky yang lembut, material seperti microfleece juga kerap digunakan bagi menyerap lembapan dari kulit dan menjadikannya kering serta selesa. Malah, banyak tuala wanita komersial yang telah meniru trend ini dan menghasilkan tuala wanita dengan corak-corak yang cantik bagi menarik perhatian pelanggan.

2. Penjimatan ekonomi

Tuala wanita kain dapat digunakan berkali-kali dan merupakan satu penjimatan dalam keadaan ekonomi yang gawat pada masakini.

3. Memelihara alam sekitar

Tuala wanita komersial perlu dibuang dan ini menyumbang kepada peningkatan sampah di tapak pembuangan sampah. Malah lapisan plastik di dalam tuala wanita menjadikan tuala wanita komersial tidak dapat dibiodegradasi secara semulajadi.

4. Keselesaan

Tuala wanita kain memberikan keselesaan kepada pemakai melebihi tuala wanita biasa. Ini kerana material kain membolehkan pengudaraan berlaku dan kulit boleh "bernafas". Tuala wanita kain juga tiada pelekat yang boleh "tersalah dilekatkan" serta plastik yang merengsakan kulit pengguna.

Kesimpulan

Secara amnya, tiada kajian klinikal yang menunjukkan bahawa penggunaan tuala wanita komersial mencetuskan kanser serviks. Walaupun begitu, penggunaan tuala wanita kain memberikan faedah-faedah lain dari aspek kelestarian alam sekitar, penjimatan ekonomi dan nilai estetik serta keselesaan pengguna.

----

Rujukan:

Woeller KE1, Hochwalt AE2.Safety assessment of sanitary pads with a polymeric foam absorbent core.  2015 Oct;73(1):419-24. doi: 10.1016/j.yrtph.2015.07.028. Epub 2015 Aug 5.

Raychaudhuri S1, Mandal S. Socio-demographic and behavioural risk factors for cervical cancer and knowledge, attitude and practice in rural and urban areas of North Bengal, India.
 2012;13(4):1093-6.

Siné Bayo et al. Risk factors of invasive cervical cancer in Mali. Int. J. Epidemiol. (2002) 31 (1): 202-209 doi:10.1093/ije/31.1.202

Tuala Wanita Penyebab Kanser Serviks?

Ahad, 7 Februari 2016

Pernahkah tuan puan tiba-tiba terdengar bunyi berdesing di telinga, tanpa apa-apa punca di persekitaran kita? Atau pun kadang kala, ibu bapa kita mengadu “ Lan, telinga mak sebelah kanan ni, ada dengar bunyi lah , macam ada meletup-letup kat dalam telinga ni…”

Struktur telinga

Untuk memahami kejadian ini- mari kita lihat struktur telinga….

Bahagian luar telinga bermula dari cuping telinga sehingga gegendang telinga.
Bahagian tengah telinga bermula dari gegendang telinga sehingga tulang-tulang kecil.
Bahagian dalam telinga terdiri daripada saraf-saraf , tiub Eustachio dan koklea.

Apakah kejadian ini?

Kejadian ini kita panggil TINNITUS (mendengar bunyi di dalam telinga yang tidak disebabkan oleh punca luaran).

Kebanyakan orang mengalami masalah ini yang tidak mengganggu kehidupan harian mereka. Ianya boleh terjadi pada semua peringkat umur. Kebanyakan kita mengalami tinnitus setelah terdedah pada bunyi yang kuat (seperti muzik yang kuat di disko dan sebagainya) dan ianya akan hilang sendiri dalam tempoh masa yang singkat.

Tetapi seramai 1 dalam 100 orang akan mengalami masalah tinnitus yang agak teruk sehingga menghalang mereka menjalankan kegiatan harian.

Apakah bentuk bunyi yang boleh didengar?

Bunyi berdering / berdehis (macam ular) atau “buzzing” boleh berpunca dari dalam telinga (inner ear) atau masalah dengan saraf di otak.

Bunyi meletup, klik atau mengetuk boleh berpunca dari saluran telinga atau masalah di bahagian tengah telinga (middle ear).

Bunyi berdenyut (pulsatile) boleh berpunca dari rasa anzieti (cemas/panik) atau sebarang radang dalam telinga. Ianya juga boleh berpunca dari masalah dengan salur darah, contohnya ketumbuhan (glomus / carotid body) , penyempitan pada salur darah carotid, salur darah yang bengkak dalam kepala (intracranial aneurysms) atau kecacatan pada salur arteri-vena (arteriovenous malformations). 

Sekiranya mendengar suara-suara, perlulah dirujuk kepada pakar psikiatri untuk pemeriksaan lanjut.

Selalunya bunyi ini lebih kuat didengar ketika keadaan keliling sunyi sepi, seperti ketika tuan puan ingin tidur. Kadang kala ianya lebih kuat ketika tuan puan berada dalam keadaan letih.

Saya mendengar bunyi di kedua-dua telinga. Adakah ini bahaya?

Tinnitus di kedua-dua telinga biasanya tidak bahaya. Tinnitus di sebelah telinga perlu diperiksa bagi memastikan ianya bukan ketumbuhan pada saraf yang dipanggil acoustic neuroma.

Apakah punca-punca kejadian ini?

Tinnitus boleh berpunca dari apa-apa masalah telinga contohnya pendedahan kepada bunyi untuk jangkamasa yang lama, kecederaan kepala atau pembedahan pada telinga. 

Ia juga boleh disebabkan oleh demam panas, darah tinggi, lemah jantung, kurang darah merah (anaemia) , terlebih hormon thyroid (thyrotoxicosis), mengandung, ketagihan alkohol dan masalah saraf (neuropathy).

Kadang kala ia juga boleh berpunca daripada ubatan seperti salicylate, aminoglycosides, ubat darah tinggi seperti loop diuretics dan beta blockers.

Bilakah saya harus berjumpa pakar ENT?

Sekiranya salah satu daripada perkara berikut terjadi, tuan harus diperiksa oleh pakar ENT -
  • mengalami kurang pendengaran atau pekak
  • mendengar bunyi berdenyut yang tidak disebabkan oleh radang dalam telinga
  • tinnitus di satu belah telinga berpanjangan melebihi 3 bulan
  • tinnitus yang berpanjangan mengganggu kehidupan harian

Sekiranya saya berjumpa doktor, apakah yang akan dilakukan?

Pemeriksaan fizikal

Doktor akan memeriksa telinga menggunakan otoscope bagi memastikan tiada tahi telinga , benda asing atau jangkitan kuman. Doktor akan menguji sama ada terdapat kurang pendengaran. Pemeriksaan saraf kranial juga perlu dilakukan. 

Ujian darah

Sekiranya perlu, ujian darah bagi memeriksa gula, tahap thyroid dalam darah juga akan dilakukan. 

Pengimejan

Pakar ENT mungkin akan menjalankan ujian lanjut seperti MRI, CT scan atau angiogram bagi menentukan tiada masalah dengan salur darah.

Apakah rawatan terbaik untuk masalah ini?

Ubatan

Antidepressant boleh mengurangkan kemurungan tetapi tidak menghilangkan tinnitus. rawatan menggunakan ubat sawan, vasodilator, hipnosis, ubat herba dan akupuntur belum terbukti berkesan. hanya terdapat beberapa punca tinnitus yang boleh dirawat dnegan cara pembedahan.

Rawatan tanpa ubat

Mereka yang mengalami tinnitus boleh mengurangkan kejadian ini dengan mengurangkan tekanan mental, bersenam dengan kerap, mencuba teknik berehat (relaxation techniques), mengurangkan rokok dan mengamalkan diet yang sihat. Mereka juga dinasihatkan agar memasang bunyi latarbelakang ( seperti kipas/ tingkap yang terbuka/ bunyi statik radio) bagi mengurangkan keheningan suasana, terutamanya sebelum tidur.

----
Rujukan / Bacaan lanjut:
1. S Alam Hannan et al. Tinnitus. BMJ 2005; 330:237.
2. Wareing MJ. Clinical review: tinnitus. GP Magazine 2 Feb 2004: 41-2.
3. Lockwood AH, Salvi RJ, Burkhard RF. Current concepts: tinnitus. N Eng J Med 2001;347:904-10.

Sering mengalami telinga berdesing tanpa sebab? Ketahui puncanya

Isnin, 22 Jun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni kita sambung sedikit lagi sembang-sembang tentang stress. Entri yang lepas kita telah tahu apa itu stress, kenapa stress terjadi dan perkara-perkara yang menyebabkan stress.

Pelbagai perkara yang boleh menyebabkan stres

Fasa-fasa stress 

Menurut Hans Selye, seorang pakar endokrinologi dari Hungary terdapat 3 fasa stress

1.Alarm

pada peringkat awal, badan memberikan tanda-tanda awal bahawa ia sedang mengalami stress

2.Resistance

seterusnya terdapat tindakbalas cuba melawan penyebab stress tersebut yang berterusan.

3.Exhaustion

apabila stress menjadi tidak dapat terkawal, seseorang akan merasa letih dan mengalami pelbagai masalah seperti: penyakit jantung, penyakit kemurungan dan anzieti dan boleh menyebabkan seseorang mencari outlet seperti merokok atau meminum arak.

Jadi bagaimana cara untuk menghilangkan stress?

Aha! Ini soalan cepumas.
Sebenarnya kita ada dua pilihan;
hilangkan stress dalam hidup kita - MUSTAHIL
belajar kendalikan stress- BOLEH!

Bagaimana cara menghalang stress yang terlampau? 

Pakar-pakar mencadangkan acronym PRAISES bagi mengurangkan stress
P- Physical - Penjagaan diri secara fizikal
R-Recreational -fun/relaxation- Senaman atau bermain sukan secara tetap
A-Artistic-Menghargai /melibatkan diri dalam seni seperti melukis/ bermain alat muzik/mendengar muzik
I-Intellectual- Direct/indirect learning- belajar perkara baru
S-Spiritual - Dekatkan diri dengan Tuhan, keluarga dan masyarakat
E-Employment- Pastikan ada pekerjaan supaya tidak tertekan dengan masalah kewangan
S-Social- Luahkan perasaan / masalah kepada orang yang rapat seperti keluarga / kawan baik

2 prinsip utama;
Tiada jalan mudah bagi mengurangkan stress !
Tiada cara gerenti jadi !

Setiap manusia melihat stress dalam cara yang berbeza. Sesuatu perkara hanya menjadi stress jika anda merasakan ianya stress bagi anada. Bagi orang lain, mungkin perkara tersebut tidak memberikan stress langsung! Begitu juga, cara mengurangkan stress seseorang akan berbeza dari orang yang lain, Encik Musa misalnya mungkin gemar berenang tetapi Cik Linda mungkin suka bermain game komputer bagi menenangkan fikiran.

Strategi menangani stress 

Ha, ingatkan main bolasepak saja ke perlu strategi? nak tangani stress pun perlu strategi! Jom lihat strategi di bawah;

1.Fikir positif! 

Lihatlah setiap halangan atau cabaran sebagai pengalaman baru untuk mematangkan atau menambah pengetahuan anda tentang kehidupan. Mungkin pada satu masa nanti, anda boleh menceritakan pengalaman tersebut kepada orang lain, dan dapat dimanfaatkan pula oleh mereka.

2.Pilihlah untuk tidak over-react dan hadapinya satu persatu. 

Maksudnya bertenang, tarik nafas dengan dalam, baca Bismillah dan bertawakkallah. Komunikasi dengan Tuhan. Percayalah bahawa sesuatu itu takkan terjadi tanpa keizinan Tuhan dan Tuhan itu lebih mengetahui perkara yang lebih baik yang berlaku kepada kita. Oleh itu, dalam situasi yang memberi tekanan, kekalkan komunikasi kita dengan Tuhan dengan sentiasa berzikir dan berdoa agar Dia memberi pertolongan dan menguatkan diri kita semasa diberikan ujian.

3.Luahkan kepada rakan /famili. 

Jangan simpan semua perasaan tertekan di dalam hati, satu hari nanti ianya boleh meletup tiba-tiba dan memberikan penyesalan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata……..menyesal badan……

4.Terima kenyataan bahawa anda (dan orang lain) tidak sempurna.

Semua orang boleh melakukan kesalahan. Yang paling penting ialah kita belajar dari kesilapan tersebut.

5.Terima kejayaan.

Sekiranya anda mencapai kejayaan, berikan sedikit sambutan bagi memberikan sedikit rasa yakin bagi diri anda.

6.Disiplin.

Memang mudah nak jadi susah tapi Bukan mudah nak jadi senang. Jadi latihlah diri untuk berdisiplin dan membuat persiapan bagi perkara yang dijangka akan menimbulkan stress.

Semoga entri ini dapat membantu tuan puan semua. Jika ada perkara lain yang biasanya tuan puan lakukan untuk kurangkan stress, boleh dikongsi di sini untuk bacaan orang lain. Mana tahu ianya boleh membantu!

====

sumber rujukan dan bacaan lanjut;
1. understand your stress
2. chronic stress
3. stress busters

Perkara perlu tahu jika anda serius nak kurangkan stress 2

Khamis, 26 Mac 2015

“Doktor, saya rasa saya perlu nasihat tentang cara mengurangkan stress. Saya rasa dua-tiga menjak ni, stress sangat lah. Sebab tu tekanan darah saya ni naik. Kat tempat kerja saya stress, kat Rumah stres, sepanjang masa saya rasa stress. Apa patut saya buat Dr?”

Apa itu stress? 

Stres ialah satu keadaan apabila kita merasakan sumber yang kita ada tidak dapat menampung permintaan yang harus kita penuhi. Kita semua pasti pernah mengalami situasi ini.

Sumber yang saya maksudkan seperti masa, tenaga, kemahiran atau tenaga. 

Kenapa kita stres? 

Stres adalah satu mekanisma mempertahankan diri yang dicipta oleh Allah SWT agar kita dapat melindungi diri ketika keselamatan kita diancam. Mekanisma ini dipanggil “fight or flight response”, Maksudnya , badan kita akan membuat penilaian adakah kita boleh melawan atau lebih selamat , untuk kita melarikan diri dari ancaman pada masa tersebut.

Contohnya jika kita bertembung dengan harimau, mekanisma ini akan diaktifkan serta merta. Hormon seperti adrenalin dan cortisol akan dirembeskan. Jantung kita akan berdegup dengan lebih pantas. Otot-otot menjadi tegang. Pancaindera menjadi lebih sensitif. Tekanan darah meningkat. Kesannya ialah kita menjadi lebih bertenaga, kekuatan dan stamina bertambah, tindakbalas menjadi cepat dan kita bersedia bertindak dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, dalam kehidupan harian kita sekarang, sangat jarang kita memerlukan respon sebegini kerana kita pun tidak lagi tinggal di hutan dan berhadapan dengan harimau! Jadi adakah kita masih perlukan tindakbalas tersebut?

Mengapa saya menjadi stres? 

Menurut Dr Christopher Hogan, BBS, DipRACOG, FRACGP, stres berpunca dari 4 perkara:

1. “Novelty”

- sesuatu yang baru/ luar biasa : contohnya anda terpaksa mempelajari sistem komputer yang baru atau pun anda akan menyambut kelahiran bayi pertama

2. “Unpredictability”

- sesuatu yang tidak dijangka; contohnya anda mempunyai seorang boss yang “moody” dan memberi tugasan yang tidak dapat dijangka setiap hari

3. “Threat to ego” 

– ancaman kepada ego kita: contohnya seseorang mempersoalkan pengetahuan atau kemahiran kita

4. “Sense Of control”

- ketiadaan kawalan terhadap keadaan : contohnya terperangkap dalam kesesakan lalulintas atau terkena jangkitan penyakit yang teruk.

Adakah stres berbahaya kepada kesihatan? 

Keadaan stres yang berpanjangan telah dibuktikan boleh mengakibatkan penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau penyakit mental seperti anzieti dan kemurungan.

Ikuti Bahagian 2 Dalam entri berikutnya berkaitan cara-cara untuk kurangkan stress…

Perkara yang anda perlu tahu kalau anda serius nak kurangkan stress

Rabu, 25 Mac 2015

Tentunya ramai di antara kita yang pernah diberitahu bahawa kita mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan kita perlu mengambil makanan bagi mengurangkan kolesterol. Walaupun sebahagian besar dari kolesterol dalam badan dihasilkan oleh hati, tetapi kawalan pemakanan didapati berkesan menurunkan kadar kolesterol sebanyak 10-15 %. Jom ikuti apakah makanan yang mengurangkan kolesterol yang sesuai diambil.

1. Oatmeal 

Oat sedap dimakan bersama pisang dan kekacang

Oatmeal , psyllium dan pectin sememangnya tersohor sebagai pilihan nombor satu makanan yang mengurangkan kolesterol. Oat mengandungi beta-glucan ( serat larut air ) yang membantu menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Oat yang tidak diproses mengandungi khasiat yang lebih tinggi.

2. Kekacang 

Beberapa jenis kacang kaya dengan sterols yang sangat berkesan sebagai salah satu makanan yang mengurangkan kolesterol. Kacang juga mempunyai lemak tidak tepu yang menurunkan kadar kolesterol. Contoh kacang-kacang ini seperti biji bunga matahari, kacang almond, kacang pistachios, bijan dan lain-lain.

3. Minyak sayuran 

Penggunaan minyak sayuran seperti minyak zaitun yang kaya dengan lemak tidak tepu juga boleh menurunkan kolesterol. Diet Mediterranean yang banyak menggunakan minyak zaitun dalam masakan dan salad didapati sangat berkesan sebagai makanan bagi mengurangkan kolesterol.(1)

4. Buah- buahan dan sayuran 

Pelbagaikan buah-buahan supaya tidak bosan 

Pemakanan yang sihat mengandungi 5 hidangan buah dan 2 hidangan sayuran setiap hari. Sebiji epal adalah lebih kurang sama dengan satu hidangan buah. Hidangan buah yang mencukupi akan mengelakkan kita dari mengambil makanan yang tidak sihat, dan membekalkan tubuh dengan serat, anti – oksidan dan vitamin yang diperlukan oleh badan secara semulajadi.

Makanan yang patut dielakkan 

1. Makanan yang mengandungi lemak tepu 

Perkara yang paling penting dan harus ditekankan lagi dan lagi ialah mengurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi. Contoh makanan seperti ini ialah pastry, mentega, susu penuh krim, kek, biskut, pizza dan kentang lecek.

2. Gula 

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan pengambilan gula dan high fructose corn syrup ( satu bahan yang banyak ditambah dalam makanan dan minuman kita) meningkatkan kadar lemak TG dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung. (2)

Mulalah hari ini, kurangkan gula dan high fructose corn syrup dalam makanan kita. American Heart Association mencadangkan agar pengambilan gula tidak melebihi 100 kalori (6 sudu kecil) bagi wanita dan 150 kalori (9 sudu kecil) bagi lelaki.

------

Rujukan:

1. N Engl J Med. 2013 Apr 4;368(14):1279-90. doi: 10.1056/NEJMoa1200303. Epub 2013 Feb 25.Primary prevention of cardiovascular disease with a Mediterranean diet. Estruch R1, Ros E, Salas-Salvadó J, Covas MI, Corella D, Arós F, Gómez-Gracia E, Ruiz-Gutiérrez V, Fiol M, Lapetra J, Lamuela-Raventos RM, Serra-Majem L, Pintó X, Basora J, Muñoz MA, Sorlí JV, Martínez JA, Martínez-González MA; PREDIMED Study Investigators.
 2.  Consumption of fructose and high fructose corn syrup increase postprandial triglycerides, LDL-cholesterol, and apolipoprotein-B in young men and womenKimber L. Stanhope, PhD; Andrew A. Bremer MD, PhD; Valentina Medici, MD; Katsuyuki Nakajima, PhD; Yasuki Ito, PhD; Takamitsu Nakano, PhD; Guoxia Chen, BS; Tak Hou Fong, BS; Vivien Lee, BS;Roseanne I. Menorca, BS; Nancy L. Keim, PhD; Peter J. Havel, DVM, PhD
 3. http://www.eatingacademy.com

Makanan bagi menurunkan kadar kolesterol

Isnin, 9 Mac 2015