Memaparkan catatan dengan label face mask. Papar semua catatan

Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian(Fabric Face Mask Jovian)

Hai semua, dalam entri kali ini, saya akan reviu pelitup muka fabrik Jovian (fabric face mask Jovian). Sepertimana yang kita semua maklum, tahun 2022 menyaksikan gelombang COVID-19 seperti tahun 2021, di mana jika tahun 2021, varian yang menjadi penyebab adalah Delta varian namun pada tahun ini, kita diancam oleh varian yang dinamakan Omicron pula. 

Jadi, pemakaian pelitup muka atau face mask kini merupakan satu keperluan bagi kita. Ada banyak jenama pelitup muka di pasaran tapi yang manakah yang paling selesa, menarik dan mudah digunakan? 

Jenama Jovian merupakan salah satu jenama pelitup muka yang popular dan menjadi kesukaan ramai. Jovian mengeluarkan banyak jenis pelitup muka - ada jenis kain, jenis pakai buang, KF94, N95 dan banyak lagi. Hari ini, jom kita lihat ciri-ciri pelitup muka jenis fabrik yang glamer ini.

Pelitup Muka Fabrik Jovian x Ria Miranda

Saya telah membeli sekeping Pelitup Muka dari siri Persahabatan (Friendship Series) yang direka bersama Ria Miranda berwarna hijau. Jom kita reviu.

1.    Urusan Pembelian

Di mana nak beli pelitup muka Jovian?

Pelitup muka Jovian boleh dibeli daripada pelbagai platform seperti - 

Website Jovian

website shopee Jovian

  • pembeli peribadi / personal shopper - kebanyakan pembeli peribadi akan mengiklankan diri di laman instagram Jovian - boleh pilih yang mana dekat dan bersesuaian. Kalau anda mahukan barang dengan cepat atau dihantar segera, pembeli peribadi adalah pilihan yang sesuai

Pilihan saya - shopee!

Bagi saya, saya suka menggunakan shopee. Saya dapati barangan Jovian yang dijual di shopee tidak sebanyak/ lengkap seperti di laman sesawang Jovian, tetapi kerana butiran saya telah pun ada di shopee, maka saya selesa dengan shopee.

2.    Penghantaran

Pilihan corak dan warna pelitup muka

Saya pilih warna hijau kerana hijau ni memang cantik sangat. Tak terang sangat, dia lebih kepada hijau army gitu. Tak banyak mask warna hijau seperti ini, tapi saya ada banyak baju yang boleh match dengan hijau army ni. Yang peliknya - nama mask ini adalah Jovian x Ria Miranda The Friendship Series Hijab Mask for Adult - Cement Grey. Kat mana grey tu- saya tak pasti pula 😅

Tempoh Penghantaran 

Tempoh penghantaran mengambil sedikit masa. Saya membuat pembayaran pada 12 Disember 2021. Barangan dipos keluar pada 14 Disember 2021 dan diterima pada 17 Disember 2021, menggunakan Shopee Express. Tempoh keseluruhan adalah 5 hari.

Kebiasaannya, kita boleh menerima barangan dalam 2-3 hari. Tapi saya faham mungkin tempahan Jovian agak banyak, tempoh 5 hari bagi saya adalah satu tempoh yang boleh diterima.

Syarikat penghantaran 

Jovian menggunakan Shopee Express - Standard Delivery. Setakat ini, saya tidak ada isu dengan Shopee Express

3.    Pembungkusan

Pembungkusan luar

Seperti biasa, barangan Jovian akan diletakkan dalam kotak Jovian. Kotaknya berkualiti, baru dan bukan diguna semula atau ditampal-tampal. Terdapat bubble wrap dalam kotak bagi memastikan pelitup muka tidak rosak. Kotak pelitup muka, diletakkan dalam kotak Jovian.

Kotak Pelitup Muka Jovian

Pembungkusan barangan 

Pelitup muka diletakkan dalam kotak kecil cantik yang sesuai dijadikan hadiah juga. Terdapat greeting card, pelitup muka dan 5 keping filter. Terasa seronok membuka pelitup muka ini- seperti menerima hadiah daripada tersayang.

Kotak Pelitup Muka Jovian

4.    Kualiti Material

Lapisan luar pelitup muka

Merujuk kepada laman shopee Jovian, lapisan luar pelitup muka ini dibuat daripada kain neoprene yang mudah untuk pemakainya bernafas. Kain neoprene diperbuat daripada getah sintetik, kalis air, serta tahan lasak.

Kain pengikat pelitup muka ini jenis tie-in yang panjang. Jahitannya kemas dan teliti. Corak pada pelitup muka, terang dan sharp - bukan kabur dan pudar seperti jika kita membeli produk tiruan.

Pelitup Muka Fabrik Face Mask Jovian

Lapisan dalam

Pada agakan saya, lapisan dalam pelitup muka ini dibuat daripada kain kapas lembut. Memang sangat lembut, bila bersentuh dengan pipi rasa licin saja. 

Lapisan dalam Pelitup Muka Jovian

Bukaan dan filter

Pelitup muka ini mempunyai satu saja bukaan di belah kiri. Jadi proses memasukkan filter sedikit tricky. Boleh saja kita masukkan seperti mana kita masukkan bantal ke dalam sarung bantal - tarik perlahan-lahan filter hingga ke hujung mask

Filter yang diberikan adalah jenis melt blown, maka tujuannya adalah untuk dibuang selepas sekali pakai. Boleh beli tambahan filter untuk refill di link ini  , harganya RM26 untuk 50 keping. Ada juga filter dari jenis nanofilter, yang boleh dibasuh berkali-kali, yang boleh dibeli di link ini  harganya RM10 bagi 3 keping.

5.    Senang Bernafas/ Bercakap

Dari segi kebolehan bernafas, pelitup muka ini mudah untuk dilalui udara. Juga terdapat sedikit ruang di hadapan muka, jadi dia tak terlalu ketat sampai melekat ke muka.

Namun , jujurnya saya dapati kain di bahagian dalam senang tertarik ke hidung apabila kita menyedut udara. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu pernafasan dan menyukarkan percakapan. Pelitup muka ini juga tidak mempunyai besi untuk kita laraskan di bahagian hidung. Jadi jika anda berkaca mata, sekali sekala kaca mata anda akan berwap.

6.    Harga 

Harga asal pelitup muka ini adalah RM50. Tetapi semasa saya beli, ada offer RM44. Ada juga Jovian beri voucher RM5, dan saya redeem coin sebanyak 799 (jadi tolak RM7.99 lagi). Jadi saya beli dengan harga RM39.50, yang pada pandangan saya , bersesuaian dengan kualiti pelitup muka tersebut.

7.    Praktikaliti

Sebenarnya saya hanya menggunakan pelitup muka ini beberapa kali sahaja. Saya gunakan sebagai mask kedua (untuk double masking). Tapi punca utama saya tidak dapat gunakan selalu adalah kerana fogging (cermin mata saya berwap) apabila memakai pelitup muka ini.

Kesimpulan

Pro

  • pelitup muka fabrik Jovian memang sangat cantik. 
  • Jahitan kemas
  • material lembut, boleh bernafas tahan lasak.
  • Kotak cantik macam hadiah

Kontra

  • tiada nose bridge - jadi menyebabkan berwap
  • hanya satu lubang bukaan filter - mungkin sukar untuk masukkan filter bagi sesetengah orang
  • kain di sebelah dalam melekat di hidung ketika bernafas

Keseluruhannya, jika anda ingin bergaya, pelitup mask ini memang cantik, sesuai digayakan di pejabat atau majlis. Tapi sebab sekarang kita dilanda Omicron, saya cadangkan untuk digunakan bersama 3-ply mask di dalam. Dari segi practicality, boleh ditambah baik lagi dengan menambah nose bridge dan menggunakan kain yang kurang melekat ketika bernafas.

saya berikan 4/5 bintang.

Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian (Fabric Face Mask Jovian)

Sabtu, 26 Februari 2022

Adakah anda perlu menjalani ujian COVID-19? Mungkin anda akan pulang ke Malaysia? Ataupun syarikat minta anda buat ujian sebelum boleh bekerja? Ataupun Mak Kiah sebelah rumah punya menantu hari tu “suspect” COVID-19? Mungkin juga anda kena buat apa-apa pembedahan atau jaga sedara mara di hospital swasta, dan mereka minta buat ujian tersebut? Jom baca pengalaman saya buat ujian COVID-19 menggunakan teknik rt-PCR (ala yang masukkan dalam hidung tu.....😣)

Kenapa saya perlu buat ujian COVID-19?

Suami oh suami

Seperti yang kita semua tahu, wabak COVID-19 ni mula merebak di Malaysia awal Februari tempohari. Susulan itu, kerajaan Abah (TS Muhyiddin Yassin) pun umumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020. Masa tu, ofis saya pun agak huru-hara. Almaklumlah, walaupun ofis tapi berkaitan dengan kesihatan. Maka tetap perlu datang ofis, malah terpaksa overtime dan balik malam-malam pula lagi (dah la ada roadblock pula tu 👮🏻‍♂️seriau betul sis tengok abang -abang polis ni)...

Alkisah, selang 2-3 selepas PKP tu, suami saya beritahu dengan rileknya
Hari ni, dekat xxxxx ada orang diagnosed COVID-19..”
Awalnya, saya tak kisah lagi. Duk ralit lipat kain masuk dalam almari.
Minggu lepas I baru pergi meeting kat situ... Orang yang hadir meeting tu semua kena skrin..”
Berderau darah saya mendengar komen beliau. Saya apa lagi..terus tanya dia macam-macam.. Ada demam tak? Meeting berapa lama? Duduk berapa jauh dengan orang yang positif tu? Ada batuk / sakit tekak?

Simptom awal

3 hari selepas tu, saya mulai alami demam. Tak berapa panas tapi confirm demam. Dalam 37.5-38 darjah macam tu. Sakit kepala yang amat.Tekak mulai perit. Batuk yang kering. Tiba-tiba, deria bau pun berkurangan. Tapi yang paling teruk adalah sakit-sakit badan. Terasa seperti ada harimau yang menggigit-gigit sendi - lutut, siku, belakang - sehingga nak bangun dari katil pun terasa sengsaranya.

Ah sudah.... COVID-19 ke ni?

Saya pergi klinik kesihatan kerajaan. Dekat saja. Layanan pun baik. Mereka periksa suhu, check tekak dan paru-paru. Tapi disebabkan saya tidak termasuk dalam 3 kategori yang perlu disaring untuk COVID-19 [balik dari luar negara, ada kontak dengan golongan tabligh,  ada close contact dengan orang yang telah confirmed COVID-19], maka klinik kerajaan tidak dapat jalankan ujian terhadap saya.

Test COVID-19

Keesokannya, simptom makin teruk. Namun saya lebih risaukan orang-orang di rumah. Saya juga ada rakan sekerja yang baru didiagnos dengan barah. Bimbang pula kalau saya datang bekerja dan mendedahkan rakan-rakan kepada COVID-19 pula. Boss juga minta saya jalankan tugas dari rumah saja.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya kuarantinkan diri dalam bilik. Hanya keluar untuk makan /minum dan amalkan penjarakan dengan ahli keluarga. Sanitizer tak lekang dari tangan.

Saya cuba buat tempahan dengan beberapa syarikat swasta yang buat saringan di rumah. Semuanya penuh ditempah hingga minggu hadapan. Akhirnya, terjumpa satu iklan saringan yang dibuat di klinik swasta berdekatan. Saya terus whatsapp, isi butiran di google form yang diberikan, buat pembayaran secara online (dalam RM590) dan mereka beri temujanji untuk pagi esok jam 10.30 pagi.

Klinik yang menjalankan ujian drive thru COVID-19

Klinik tersebut telah sediakan khemah di hadapan ruang parkir depan klinik. Saya parkir kereta di hadapan klinik tepat jam 10.30 pagi. Seorang doktor lengkap dengan personal protective equipment, datang memastikan butiran saya. Beliau memperkenalkan diri dan menjelaskan berkenaan prosedur ujian.

Saya akan ambil sampel dari rongga belakang hidung. Rasa dia tak sakit tetapi mungkin kurang selesa. Puan tahan sekejap ya. Kemudian, saya akan ambil sampel dari belakang tekak pula.

Selepas meminta saya menghembus hidung, beliau minta saya mendongak sedikit. Kemudian terasa satu stick dimasukkan dalam hidung. Awalnya, tidak rasa apa-apa. Namun apabila sampai ke belakang hidung, terasa perit sedikit dan mata mulai berair. Doktor tersebut memusing-musingkan sedikit stick berkenaan sebelum menarik keluar stick tersebut. Diulangi pula di rongga hidung satu lagi.

Selepas selesai rongga hidung, doktor tersebut ambil stick yang lain dan minta saya buka mulut. Masa ni, dua- dua mata dah berair dan memang tak nampak dia pegang apa, Tapi masih boleh rasa stick masuk ke tekak dan mengambil sampel di tekak. Kali ni tidak rasa apa-apa pun.

Sakit ke buat test?

Setelah selesai prosedur, saya pun pulang ke rumah. Alhamdulillah, tak ada pendarahan atau kesakitan berpanjangan selepas prosedur tersebut. Pengalaman saya - tidak sakit tetapi tidak selesa semasa sampel hidung diambil.

Pihak klinik memaklumkan keputusan akan siap dalam 24 jam.

Tunggu keputusan

Yang paling menyeksakan sebenarnya adalah menunggu keputusan, Risaunya jika saya positif COVID-19. Kalau perlu masuk hospital, siapakah yang akan menguruskan makan minum anak anak di rumah? Bagaimanakah suasana di tempat kuarantin nanti? Kuatkah diri ini nak melawan wabak misteri dalam keadaan banyak hal masih belum kita ketahui?

Selepas 36 jam, pihak klinik telefon saya ..

Puan Zue, saya Dr. xxx dari klinik xxx. Ini berkenaan ujian COVID-19 puan tempohari. Keputusannya negatif ya.

Alhamdulillah! Syukur yang amat dengan keputusan tersebut. Keesokan harinya , pihak klinik menghantar keputusan ujian ke emel saya.

Beransur pulih

Saya tidaklah terus baik selepas ujian tersebut. Demam, batuk dan sakit sendi tersebut masih berlarutan selama beberapa hari. Tetapi syukur, selepas itu saya beransur sihat dan dapat bekerja seperti biasa.

Kesimpulannya

Sebenarnya, ujian COVID-19 menggunakan kaedah rt-PCR di mana sampel diambil daripada nasopharynx dan oropharynx tidaklah seteruk yang disangka. Namun, kaedah pengambilan masih perlu dijalankan dengan betul supaya keputusan yang dihasilkan adalah tepat.

Jika kerajaan telah membenarkan penggunaan rapid test kelak Antigen kelak, sampel masih diambil dari hidung dan tekak, cuma ujian tersebut boleh dibuat sebagai point of care testing. di mana keputusan boleh diperoleh dalam tempoh setengah jam sahaja. [Sehingga post ini ditulis, belum ada SOP berkenaan penggunaan RTK ini lagi di klinik swasta.]

Harapan saya, sekiranya anda merupakan salah seorang yang perlu menjalani ujian ini, janganlah takut sakit dan sebagainya. Insya Allah anda boleh lakukannya. Cuma banyakkan berdoa, supaya anda dilindungi daripada COVID-19 dan mendapat keputusan yang tepat.

Pengalaman buat test COVID-19 - sakit tak?

Khamis, 2 Julai 2020