Tip mudah tidur malam

Khamis, 25 September 2014


pencahayaan yang sesuai dapat membantu mendapatkan tidur yang baik


Setiap manusia memerlukan tidur malam yang cukup dan lena untuk memastikan kita boleh berfungsi dengan baik pada siang hari. Tidur yang tidak cukup atau tidak lena menjadikan kita cepat letih, cepat marah , sukar membuat keputusan yang tepat dan mudah diserang sakit kepala.

Bagaimanakah cara memperoleh tidur yang benar- benar lena? Jom ikuti tip-tip di bawah bagi memudahkan kita tidur dan mendapat tidur yang berkualiti.

1. Tidur pada waktu yang tetap setiap malam.

Apabila kita membiasakan badan tidur pada waktu yang sama, otak kita akan mudah untuk tertidur pada waktu tersebut setiap malam.

2. Rutin tidur

Buatlah rutin tidur setiap hari. Membaca buku setengah jam sebelum tidur setiap malam atau menonton filem yang menenangkan fikiran : contoh perkara rutin yang boleh dilakukan untuk menimbulkan rasa mengantuk.


3. Minum susu suam sebelum tidur.

Susu mengandungi bahan kimia serotonin yang boleh menenangkan fikiran dan menggalakkan kita tidur.

4. Elakkan makan berat atau bersenam sejam atau dua jam sebelum tidur.

Namun begitu, senaman ringan pada waktu petang didapati dapat menghasilkan tidur yang lebih baik di waktu malam.

5.Elakkan berfikir tentang masalah harian semasa sebelum tidur

Fokuskan kepada sesuatu yang membosankan dan berulang- ulang, contohnya mengira "satu" apabila menarik nafas dan mengira "dua" apabila menghembus nafas. Ulang sehingga tertidur. Satu kaedah yang diamalkan oleh Dr Miriam Stoppard dalam bukunya Family Health Guide ialah mengira ke belakang dari nombor sepuluh, dan mengulangi " saya akan tidur" setiap kali menyebut setiap nombor.

6. Elakkan kopi/ Nescafe di waktu petang kerana kafein akan menyebabkan kita sukar tidur.

Minuman bergas seperti Coca Cola/ Pepsi juga mengandungi kafein. Teh juga mengandungi kafein dalam kuantiti yang sedikit.

7. Jika kita mudah terbangun kerana bunyi, pastikan semua paip tertutup dengan ketat, pintu bilik ditutup supaya kita tidak terbangun di tengah malam.

8. Lakukan aktiviti jika terjaga

Jika kita terbangun di tengah malam dan tidak dapat tidur, janganlah berbaring di katil dan berasa marah. Bangun dan lakukan sesuatu : buat secawan teh, membaca majalah dan sebagainya sehingga kita mengantuk , barulah kita kembali ke katil dan tidur.

Semoga berjaya mendapat tidur yang berkualiti dan selamat malam!


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.