Berikut adalah 3 rahsia yang berjaya dicungkil daripada orang-orang yang telah berjaya:
1.Selalu menganalisa dan memperbaiki diri
Rahsia yang paling penting ialah mereka yang telah berjaya selalu menganalisa dan memperbaiki diri. Apabila kebanyakan kita menghadapi masalah atau pun halangan, kita sering merungut di Facebook, mencari kesalahan orang dan menyalahkan keadaan. Mereka yang berjaya, sebaliknya akan menganalisa diri mereka sendiri dengan teliti.
Mengikut Chris Argyris dari Harvard Business School, kebanyakan kita bertindakbalas dengan menggunakan teknik "satu pusingan pembelajaran" - di mana kita melihat faktor luaran atau faktor teknikal yang menghalang kejayaan. Cara yang lebih berkesan sebenarnya ialah teknik " dua pusingan pembelajaran" - apabila kita mengkritik semula cara kita melihat masalah dan mencipta matlamat dan cara baru bagi mencapai kejayaan.
2 .Tidak bersendirian
Orang yang berjaya selalunya mempunyai orang-orang di belakang mereka yang menyokong impian dan kepercayaannya. Untuk berjaya, selalunya memerlukan pengorbanan dari aspek masa, tenaga dan wang ringgit. Malah motivasi juga adalah sesuatu yang ada pasang surutnya. Jaringan keluarga dan kawan rapat sangat penting bagi memastikan orang yang berjaya tetap berada pada jalan yang ditetapkan.
Orang yang berjaya juga menghargai pendapat orang lain. Mereka mendengar dengan teliti setiap pendapat yang diberikan dan memprosesnya semula, dan matlamat yang diinginkan akan menjadi lebih jelas dan mudah dicapai.
3. Gembira melakukan kerja
Sekiranya tuan puan ingin berjaya, keinginan dan minat merupakan aspek yang tidak boleh dilupakan. Dengan minat dan keinginan, kegembiraaan apabila mencapai matlamat- matlamat kecil akan datang. Kegembiraan ini akan menimbulkan semangat untuk melakukan projek yang lebih besar dan juga menjadi sumber tenaga, apabila bertembung dengan masalah dan halangan kecil.
"Kejayaan menerbitkan kegembiraan, dan kegembiraan menghasilkan kejayaan yang lebih besar"
- dipetik dari Inc.com-
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.