Mungkin ada pembaca yang terkejut membaca tajuk di atas. Selama ini, wanita Asia terutamanya, sering diberitahu bajawa mereka berisiko untuk mengalami "tulang rapuh" atau osteoporosis. Maka disarankan agar wanita-wanita Asia mengambil diet tinggi kalsium ditambah lagi dengan supplemen.
Namun begitu, sebuah kajian yang diterbitkan dalam majalah BMJ (1) pada bulan lepas menunjukkan kadar kematian meningkat dua kali ganda bagi wanita yang mengambil diet tinggi kalsium serta ditambah dengan pil supplemen kalsium. Kajian ini dijalankan di Sweden dan melihat 60,000 wanita dan mengaitkan kadar kematian dengan faktor pemakanan. Didapati bahawa wanita yang mengambil kalsium lebih daripada 1400 mg sehari dan juga mengambil pil kalsium, mengalami lebih risiko terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang mengambil kalsium sebanyak 600-1000 mg sehari. Di kalangan wanita yang mengambil kalsium dari makanan lebih dari 1400 mg sehari, mereka yang juga mengambil pil kalsium mempunyai risiko 2 kali ganda mengalami sakit jantung berbanding mereka yang tidak mengambil supplemen.
Menurut Dr Karl Michaëlsson, MD, PhD, profesor dalam bidang epidemiologi perubatan dan pakar ortopedik , beberapa kajian yang dilakukan kebelakangan ini menunjukkan kesan sampingan yang negatif terhadap jantung akibat pengambilan pil kalsium sebagai makanan tambahan. Malah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pil kalsium boleh meninggikan kadar kepatahan pinggang pula!(2)Oleh itu, beliau mencadangkan agar para wanita seboleh mungkin cuba elakkan darpada mengambil pil kalsium tambahan jika sedang mengambil pemakanan yang seimbang.
----
Rujukan:
1.Michaelsson K, et al.Long term calcium intake and rates of all cause and cardiovascular mortality: community based prospective longitudinal cohort study.BMJ 2013; 346 doi: http://dx.doi.org/10.1136/bmj.f228 (Published 13 February 2013)2.Biscoff Ferrari HA et al. Calcium intake and hip fracture risk in men and women: a meta-analysis of prospective cohort studies and randomized controlled trials.Am J Clin Nutr. 2007 Dec;86(6):1780-90.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.