Pada pagi Jumaat yang berkah ini, suka saya kongsikan bersama tip-tip bekerja sebagai peniup semangat bekerja minggu ini.
Tip-tip ini asalnya dari video "Rahsia Pekerja Bahagia" disampaikan oleh Prof Dr Muhaya yang merupakan seorang pakar mata. Namun video ini bukan bercerita tentang masalah kesihatan mata, tetapi tentang diri setiap manusia yang bekerja , khasnya untuk mukmin dan mukminah semua
Antara perkara menarik yang disebut oleh beliau ialah 4 perkara yang wajib ada dalam setiap jiwa pekerja. Saya ringkaskan di sini sebagai nota dan peringatan untuk kita bersama.
Bahagia di tempat kerja merupakan perkara asas ketenangan bagi setiap manusia |
4 perkara yang wajib ada dalam setiap jiwa pekerja
1. Ubudiyah
-iaitu perasaan kehambaan kepada Allah- Allah ialah boss nombor satu
-dalam mencari penghargaan manusia, mesti utamakan perintah Allah dahulu
2. Masburiyah
- perasaan tanggungjawab- tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya mencari penyelesaian dan berusaha sendiri untuk membaiki keadaan
- juga ada saya sentuh di sini.
3. Amanah
- melaksanakan tugas mengikut kehendak pekerjaan- kita dibayar mengikut tugasan kita
- jika kita bekerja tanpa menyelesaikan tugas seperti sepatutnya, hukum gaji yang diterima dan dibawa ke rumah adalah haram
4.Merasakan pekerjaan sebagai ladang pahala
- pekerjaan adalah satu sumber mendapatkan pahala- pastikan pekerjaan itu tidak mendekatkan manusia dengan perkara haram/ dosa
- bekerja dengan integriti - apa yang dicakap mesti dilaksanakan
- layari pelanggan LEBIH DARI DIRI SENDIRI mahu dilayan ( konsep ini sangat menarik, biasanya layan orang seperti kita mahu dilayan)
- itqaan - teliti dan bersungguh- sungguh dalam pekerjaan
Undang -undang compensation
: jika gaji kita rm2000, tapi kita bekerja seperti gaji rm20, 000, Allah akan balas dengan nikmat dan rezeki dalam bentuk lain. Begitu juga , kalau gaji rm 2000, tapi bekerja seperti gaji rm1000, Allah akan tarik semula rezeki tersebut seperti rumahtangga tak aman, anak tak dengar kata, kesihatan yang tidak baik dan sebagainya.3 jenis pekerja:
1. Mereka yang buat sesuatu berlaku
2. Mereka yang melihat sesuatu berlaku
3. Mereka yang tak tahu apa yang berlaku
Sikap kita menentukan pangkat kita.
Jika kita berkira tenaga, satu hari nanti orang juga akan berkira dengan kita.
Kebahagiaan rumahtangga dan keselamatan anak-anak kita semasa kita bekerja bukan ditentukan oleh kita: tetapi jika kita bermanfaat semasa bekerja, Allah akan pelihara untuk kita, jadi kita pulang ke rumah sangat bahagia.
4 M perlu dielakkan:
MengeluhMerungut
Menyesal
Mengumpat
Gunakan alat pejabat untuk kepentingan diri - hukumnya HARAM
Konsep - ada-beri-dapat
Jika ada sesuatu negatif terjadi, jangan salahkan orang yang melakukannya, tengok diri sendiri ada tak lakukan perkara tersebut. Jadikan perkara negatif batu loncatan , bukan batu penghalang.----
Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wallahu 'alam.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.