12 tempat awam yang anda tidak sangka penuh dengan kuman

Selasa, 16 Februari 2016



Setiap hari kita berusaha supaya keluarga kita dijauhkan daripada penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria. Siapa tahu, rupa-rupanya tempat awam yang kita fikirkan selamat dan bersih, sebenarnya penuh dengan bakteria! Nak tahu tempat-tempat awam yang banyak bakteria?

1. Taman Tema Air

Satu kajian yang dijalankan oleh CDC menunjukkan taman tema air yang mempunyai 1000 kanak-kanak boleh mengandungi sebanyak 22 pounds tinja di dalam kolam! Kebanyakan kanak-kanak tidak membilas dengan bersih selepas mereka pergi ke tandas dan mempunyai 10 gram tinja tertinggal di kulit mereka. CDC juga mendapati 50% daripada kolam renang yang mereka uji mengandungi bakteria Escherichia coli.
batu pahat waterpark
Berhati-hati ketika mandi-manda di taman tema air

pencegahan:

Jadi apakah cara terbaik bagi mengelakkan jangkitan bakteria? Cubalah sedaya upaya supaya tidak menelan air dari kolam tersebut. Jangan benarkan anak anda yang mengalami masalah cirit birit berenang dalam kolam awam. Basuh tangan dengan bersih selepas ke tandas sebelum berenang dalam kolam renang awam.

2. Buku menu restoran

Tahukah tuan puan bahawa buku menu restoran mempunyai 100 kali ganda bakteria daripada kerusi tandas? Buku menu restoran disentuh dan dipegang oleh bermacam-macam orang dari pagi sehingga ke malam tetapi dibersihkan hanya sekali sehari. Dan biasanya dilap menggunakan kain buruk yang telah digunakan.
Buku menu Restoran Oldtown Cyberjaya. Kami suka makan di Oldtown- makanannya sedap dan persekitaran pun bersih.

pencegahan:

Lap buku menu anda sebelum menyentuhnya dan jangan letakkan sudu garfu anda di atas buku menu.

3. Buah-buahan di tepi gelas dan pinggan mangkuk di restoran

Kebanyakkan restoran akan menggunakan potongan buah untuk diletakkan di tepi gelas bagi mencantikkan minuman. 70% daripada potongan buah lemon tersebut didapati mempunyai bakteria E.coli yang boleh menyebabkan kita semua cirit-birit dan sakit perut. Pinggan mangkuk di restoran juga boleh dicemarkan oleh pengendali makanan yang tidak membasuh tangan dengan baik. Masih ingat lagi wabak typhoid yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini?

pencegahan:

Pilihlah restoran dengan teliti dan pastikan tahap kebersihan restoran memuaskan sebelum makan di situ. Mintalah minuman tanpa potongan buah sebagai hiasan. Elakkan memesan makanan yang mentah (raw) atau kurang masak bagi mengelakkan jangkitan kuman /virus seperti Salmonella dan Campylobacter.

4. Water cooler di tempat awam

Kebanyakan water cooler di tempat umum jarang dibersihkan tetapi digunakan dan disentuh oleh ramai orang. Water cooler ini biasanya terdapat di sekolah, taman permainan atau pejabat.

pencegahan:

Bawalah bekalan air minuman sendiri yang lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya.

5. Bekas sabun di tandas awam

Ramai pengguna tandas awam (sama ada di kompleks membeli belah, restoran atau pejabat-pejabat) tidak membersihkan tangan sebelum mereka menyentuh bekas sabun di tandas awam. Bekas ini penuh dengan bakteria! Begitu juga dengan pemegang pintu tandas. Anggaplah kesemua permukaan di dalam tandas awam penuh dengan bakteria dan virus.

pencegahan:

Pastikan tangan anda dibasuh dengan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas menggunakan tandas awam atau gunakan hand sanitizer sendiri. Gunaka tisu bagi menutup paip selepas anda mencuci tangan supaya tangan tidak kotor semula.

6. Troli membeli belah

Aha! Pernahkah anda mencuci tangan selepas menyentuh troli membeli belah? Terdapat 11 juta mikroorganisma yang hidup di troli tersebut, kerana ramai yang menyentuh daging mentah, ikan atau ayam dan kemudiannya terus memgang troli tersebut. Troli tersebut juga boleh mempunyai bakteria daripada lampin bayi yang diletakkan di kerusi troli!

pencegahan:

Bawa sepeket tisu lembap anti-bakteria dalam tas tangan anda dan lap tangan dengan tisu lembap anti-bakteria selepas menyentuh troli membeli-belah anda. Hand sanitizer juga boleh digunakan.

7. Butang lif

Butang lif merupakan salah satu tempat yang sangat kerap disentuh oleh ramai orang dan kekerapan pembersihan butang-butang lif boleh dipertikaikan.

pencegahan:

Kita boleh sama-sama menguruskan badan dengan menggunakan tangga atau menekan butang lif dengan siku. Atau pastikan tangan dibersihkan dengan hand sanitizer atau tisu lembap selepas menggunakan lif.

8. Bilik hotel

Bilih hotel juga dipenuhi dengan peralatan yang mempunyai banyak bakteria sekiranya tidak dibersihkan dengan betul. Antara peralatan tersebut adalah remote control televisyen, suis lampu tidur, pengering rambut dan telefon.
Bilik hotel memang kelihatan cantik tapi berhati-hati apabila menyentuh peralatan dalam bilik tersebut....

pencegahan: 

Lap peralatan di atas dengan tisu lembap setiap kali anda check-in ke mana-mana bilik hotel, sebelum menggunakan bilik tersebut. Sekiranya anda meragui kebersihan bilik hotel, jangan teragak-agak untuk meminta ditukarkan ke bilik lain.

9. Taman permainan kanak-kanak

Taman permainan kanak-kanak sangat jarang dibersihkan dan dikunjungi oleh beratus-ratus kanak-kanak sehari. Entah apa yang mereka sentuh dan kesemua kuman-kuman ini akan melekat pada peralatan permainan di taman.
Jangan lupa bersihkan tangan anak-anak anda setiap kali pergi ke taman permainan.

pencegahan:

Bawa hand sanitizer ke taman permainan sentiasa!

10. Duit dan mesin ATM

Tahukah anda bahawa virus selesema boleh hidup selama 17 hari di atas sekeping duit kertas? tak hairanlah pada masa kini, senang sangat kita mendapat jangkitan selesema dan batuk kan? Mesin ATM dan pintu bank juga kerap disentuh oleh ramai orang sepanjang hari.

pencegahan:

Bersihkan tangan selalu selepas melakukan apa-apa transaksi kewangan. Walau bagaimanapun, jika anda atau anak anda telah terkena jangkitan selesema dan batuk, boleh baca post ini berkaitan cara-cara melegakan simptom batuk selesema di kalangan kanak-kanak.

11. Meja ofis

Satu kajian yang dijalankan di Arizona menunjukkan bahawa meja guru, akauntan dan pekerja bank mempunyai paling banyak kuman. Tempat-tempat di mana kuman biasa ditemui adalah telefon, permukaan meja dan keyboard komputer.

pencegahan:

Pastikan tempat bekerja anda dilap dengan disinfektan sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Pawagam

Pawagam adalah satu tempat di mana ramai orang berkumpul dalam tempat tertutup untuk beberapa jam. Virus dan bakteria boleh merebak dengan mudah dalam situasi ini.

pencegahan:

Jangan menyentuh hidung atau mata anda ketika menonton filem di panggung wayang. Basuh tangan selepas keluar dari pawagam. Tonton filem di rumah sendiri jika anda mengalami selesema/batuk/sakit tekak supaya tidak menjangkiti orang lain.

Kesimpulan

Di mana sahaja anda pergi, famili kita akan sentiasa terdedah pada pelbagai jangkitan virus dan bakteria, sama ada melalui sentuhan atau melalui udara. Pastikan tangan kita dibersihkan selalu dengan tisu lembap anti-bakteria atau hand sanitizer apabila berada atau pulang dari tempat awam, sebelum kita menyentuh peralatan dalam rumah kita atau anak-anak kita.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.