7 langkah merawat ekzema

Khamis, 2 Januari 2014


Ekzema ( dalam bahasa Inggeris "eczema" atau "atopic dermatitis" ) ialah sejenis masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan ruam merah terjadi. Selalunya ianya dikaitkan juga dengan asthma dan resdung dan lebih banyak ditemui di kalangan kanak- kanak di bandar berbanding dengan di kawasan pedalaman.Antara langkah praktikal yang boleh kita ambil untuk mengurangkan ekzema ini daripada merebak dan menjadi teruk ialah seperti berikut:

1. Potong kuku anak agar sentiasa pendek. Sekiranya kuku panjang dan tajam , apabila anak menggaru, kulit akan mudah luka dan dijangkiti kuman.

2.. Mandikan dengan air biasa selama 5-10 minit sahaja. Jangan mandi menggunakan air panas, kerana air panas boleh menambah kegatalan kulit. Walaupun ramai yang mempercayai bahawa air panas boleh membunuh kuman, namun dalam kes ini, air panas akan menambah kegatalan dan memburukkan lagi keadaan ekzema.

3.Hadkan sabun pada kawasan sulit, ketiak, tangan dan kaki sahaja. Sabun secara amnya boleh mengeringkan kulit dan mengandungi banyak bahan seperti pewangi, pewarna dan sebagainya. Perkara ini boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk.

4.Gunakan aqueous cream sebagai sabun. Aqueos cream ialah sejenis krim pelembap yang tidak mempunyai bahan tambahan, oleh itu sangat baik digunakan semasa mandi.

5.Selepas mandi, jangan lap sehingga betul- betul kering, semasa keadaan kulit agak lembap sedikit, sapukan emolien/ pelembap untuk mengekalkan lembapan pada kulit.

6. Ulangi sapuan emolien/ pelembap sekerap 2-3 jam sekali. Penggunaan emolien yang kerap boleh mengurangkan penggunaan krim steroid.


aqueous cream
Aqueous cream sesuai dijadikan pelembap dan diguna semasa mandi kerana tiada pewangi dan pewarna
7.Bawalah anak-anak mandi di kolam renang (jika berkemampuan) selama 15-20 minit, 2-3 kali seminggu.Menurut Prof. Hugo Van Bever, Ketua Jabatan Pediatric Allergy, Immunology , Rheumatology Department di Singapore’s National University Hospital, kajian menunjukkan air berklorin seperti di kolam renang boleh mengurangkan kadar jangkitan kuman terhadap ekzema di badan anak-anak. Beliau mencadangkan agar pelembap disapukan sebaik sahaja habis sesi berenang bagi mengekalkan lembapan kulit.



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.