7 tip elakkan ruam lampin

Khamis, 23 Januari 2014


"Alamak, anak saya kena ruam lampin!"

Pastinya dalam kehidupan sehari-harian, ruam lampin dan anak kecil tidak dapat dipisahkan. Bayi dilahirkan dengan kulit yang nipis dan sensitif, dan sentuhan kulit dengan najis menjadikannya lebih sensitif. Lampin pula menyebabkan geseran, dan apabila kulit luka, jangkitan kuman dan kulat mudah terjadi. Berikut adalah 7 tips yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan ruam lampin.


1.Tukar lampin sebaik saja bayi membuang air besar

Kulit bayi sensitif terhadap najis, kadangkala ia menjadi kemerah-merahan seketika, tetapi akan hilang dalam 10-15 minit. Tetapi sekiranya najis tinja dibiarkan lama bersentuhan dengan kulit, ruam lampin akan terjadi.

2.Cuci dengan air sahaja

Elakkan penggunaan " wet wipes" kerana kandungan bahan kimia dalam wipes boleh menimbulkan iritasi pada kulit bayi. Jika perlu menggunakan sabun, pastikan ia mengandungi pelembab agar tidak mengeringkan kulit bayi.


3.Bersihkan dengan teliti

Bilas 2-3 kali untuk memastikan seluruh kawasan punggung dan kemaluan tiada sisa-sisa najis.


4.Biarkan terdedah kepada udara untuk 10-20 minit 


Udarakan kawasan sulit bayi sebelum memakaikan lampin semula. Alaskan tilam bayi dengan pelapik kalis air/ tuala agar sekiranya bayi kencing, ianya mudah dibersihkan. Jangan gosok dengan tuala untuk mengeringkan bayi, tepuk- tepukkan dengan lembut sudah memadai.


5.Gunakan lampin kain berbanding pakai buang

girl organizing cloth diapers
Susun dik jangan tak susun....

Kajian perubatan menunjukkan lampin pakai buang memerangkap lembapan di punggung bayi dan menjadikannya kulit lebih mudah tercedera. Pada waktu malam, dicadangkan menggunakan 3 lapis lampin kain dan kerap menukar lampin.

Di samping itu, ibu-ibu yang vogue juga mesti lebih happy, kerana anak-anak yang memakai lampin kain tampak lebih bergaya dari lampin pakai buang!:D

6. Tambahkan air bilasan

Jika menggunakan lampin kain tetapi masih berlaku ruam lampin, cubalah gunakan air yang lebih ketika mencuci dan bilas lampin berulang- kali. Kemungkinan terjadi ruam adalah disebabkan sisa detergen tertinggal pada lampin. Sekiranya boleh, sidai di bawah sinaran matahari untuk membunuh kuman.


7.Krim ruam

Anda juga boleh menggunakan krim ruam lampin, contoh yang baik ialah yang mengandungi zinc oxide yang membantu membina lapisan penghalang pada kulit bayi. Elakkan steroid yang kuat seperti bethamethasone kerana ia boleh menipiskan kulit dan meninggalkan parut hitam pada kulit bayi.Tentunya langkah pencegahan terbaik ialah melatih bayi pergi ke tandas segera dan tidak memakai lampin! Topik akan datang akan menyentuh bagaimana bayi boleh dilatih untuk membuang air di tandas....


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.