Sakit lutut merupakan salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami oleh semua, baik yang muda atau pun tua. Ini kerana lutut merupakan salah satu sendi yang digunakan hampir sepanjang hari untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Kita berjalan, berlari, menaiki tangga, serta tunduk mengangkat barang—semuanya melibatkan pergerakan sendi lutut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya setiap seorang daripada kita akan mengalami sakit lutut sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita.

Sakit lutut sememangnya boleh mengganggu kelancaran urusan kita sehari-hari

Apakah yang Ada dalam Sendi Lutut?

Dalam sendi lutut yang kecil itu, terkandung pelbagai jenis bahan yang rencam sifatnya dengan susun atur yang agak kompleks. Terdapat dua tulang yang keras—iaitu tulang femur di atas, dan tulang tibia serta fibula di bahagian bawah. Di celah-celah tulang ini, terdapat tulang rawan yang kita panggil cartilage. Tuhan juga menganugerahkan kita meniscus, iaitu tulang rawan yang berbentuk seperti pemegang baldi untuk menyerap hentakan dan tekanan yang lutut hadapi setiap hari. Selain itu, terdapat lendir di sekeliling struktur ini bagi memastikan lutut kita dapat bergerak dengan lancar. Ligamen juga banyak terdapat dalam lutut.

Seperti organ badan yang lain, terdapat saluran darah dan saraf di sekitar sendi tersebut. Lutut kemudiannya diselaputi oleh lapisan kulit sebagai lapisan perlindungan di luar.

Punca-Punca Sakit Lutut

Punca sakit lutut boleh dibahagikan mengikut usia. Punca sakit lutut biasanya berbeza, namun terdapat beberapa punca yang boleh dialami oleh tua dan muda.

Pesakit Muda

1. Sakit Lutut Akut (Mengejut)

Kecederaan Semasa Bersukan: Kebanyakan sakit lutut yang dialami secara mengejut atau tiba-tiba adalah semasa bersukan. Ini berlaku apabila lutut berpusing melebihi kapasitinya dan selalunya menyebabkan meniscus tercedera—sama ada putus setengah atau putus keseluruhannya.

Jangkitan Kuman: Sekiranya sakit lutut disertai demam dan terdapat suntikan ke dalam lutut sebelum itu (contohnya steroid, stem cell, hyaluronic acid dan lain-lain), kemungkinan jangkitan kuman telah masuk ke sendi lutut semasa suntikan tersebut dijalankan.

Pesakit Tua

1.Sakit Lutut Akut (Mengejut)

Serangan Gout: Serangan gout boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat di lutut kerana pembentukan kristal asid urik yang menyerang sendi.

Kecederaan Semasa Pergerakan atau Trauma: Kecederaan ringan akibat pergerakan yang tidak disengajakan atau jatuh secara tidak sengaja juga sering terjadi dalam kalangan warga emas.

2.Sakit Lutut Kronik (Perlahan dan Lama)

Osteoarthritis: Osteoarthritis atau keradangan sendi kronik adalah salah satu punca utama sakit lutut dalam kalangan pesakit tua. Ini berlaku apabila tulang rawan di lutut semakin haus akibat penggunaan yang berpanjangan, menyebabkan geseran antara tulang. Selain daripada umur, wanita berisiko mengalami osteoarthritis w kali ganda daripada lelaki. Ini kerana bentuk pelvik wanita berbeza daripada lelaki menjadikan tekanan kepada sendi lutut lebih daripada golongan lelaki.

Kecederaan Lama: Kecederaan lama yang pernah dialami mungkin tidak sembuh sepenuhnya dan boleh menyebabkan kesakitan yang berterusan, terutama jika sendi lutut sering digunakan.

Cara Mengurangkan Sakit Lutut

Bagi yang mengalami sakit lutut, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan ketidakselesaan dan memelihara kesihatan sendi lutut.

1. Rehat dan Hindari Aktiviti yang Membebankan Lutut

Elakkan aktiviti yang melibatkan tekanan berlebihan pada lutut seperti membongkok atau angkat berat. Kebanyakan dari kita suka berlari/ jogging, mungkin kita perlu memilih sukan lain yang lebih mesra kepada lutut, contohnya berbasikal, berenang atau berjalan. Aktiviti ringan seperti tai-chi juga dapat membantu menguatkan otot kaki selain daripada mengurangkan tekanan kepada lutut.

2. Terapi Ais atau Haba sebagai rawatan akut

Letakkan ais pada lutut yang sakit selama 15-20 minit dapat membantu mengurangkan bengkak dan radang sebaik saja sakit lutut bermula. Sebaliknya, terapi haba boleh membantu mengurangkan kekejangan pada otot lutut.

3. Senaman Lutut dan Fisioterapi bagi Menguatkan Otot

Kaedah ini merupakan kaedah rawatan yang paling penting dan mereka yang mengalami sakit lutut perlu sentiasa konsisten dengan senaman lutut. Banyak video di youtube pada masa kini yang mengajar kita bagaimana untuk menguatkan otot-otot dan sendi lutut. Senaman regangan yang ringan dapat membantu melancarkan pergerakan lutut. Selain itu, penguatan otot paha dan betis juga penting untuk menyokong lutut dan mengurangkan beban ke atasnya.

4. Mengurangkan Berat Badan

Berat badan yang berlebihan boleh memberikan tekanan tambahan pada lutut. Dengan mengurangkan berat badan, tekanan pada lutut juga akan berkurangan dan ini membantu mengurangkan kesakitan. BMI yang ideal adalah antara 20-25.Boleh baca post ini mengenai cara mengurangkan berat badan.

5. Menggunakan Alat Bantuan

Bagi pesakit yang mengalami sakit lutut kronik, penggunaan alat bantuan seperti tongkat atau knee brace boleh memberikan sokongan tambahan dan mengurangkan tekanan pada lutut.

6. Pengambilan Suplemen Sendi

Suplemen yang mengandungi glucosamine dan chondroitin sering disarankan untuk membantu memelihara kesihatan sendi dan mengurangkan kerosakan pada tulang rawan. Supplemen lain yang didapati berkesan juga adalah seperti Omega 3 yang mudah didapati di pasaran.

7. Mengamalkan Diet Anti-Radang

Ada banyak makanan seperti ikan berlemak, sayuran hijau, dan buah beri mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan. Makanan ini boleh dimasukkan dalam diet harian untuk membantu kesihatan lutut.

Kesimpulan

Sakit lutut boleh mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan kualiti hidup seseorang. Oleh itu, menjaga kesihatan sendi lutut adalah penting bagi memastikan kehidupan yang aktif dan bebas daripada kesakitan. Mengamalkan gaya hidup yang sihat, menghindari tekanan berlebihan pada lutut, serta mendapatkan rawatan yang tepat apabila mengalami sakit lutut boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan sendi di masa hadapan.

Cara-cara Mengurangkan Sakit Lutut Dalam Aktiviti Seharian

Isnin, 4 November 2024

Adakah anda kecewa kerana mengalami perut buncit? Mungkin anda seorang ibu yang baru melahirkan anak 3 bulan lepas dan perut kelihatan menggelebeh dan gemuk. Atau anda mungkin seorang pekerja pejabat yang duduk di meja pada kebanyakan masa dan merasakan badan menjadi “seperti dipam-pam”. Mungkin juga ada kawan yang tiba-tiba mengatakan pada anda “eh muka u dah bulat lah sekarang…nampak penuh…" Artikel ini akan berkongsi langkah-langkah paling berkesan untuk menghilangkan perut buncit.

belly fat
Perut buncit merupakan salah satu perkara yang merisaukan ramai kaum wanita

Penting - Jangan Bersedih dan Jangan Stress!

Perkara pertama yang mesti anda buat ialah JANGAN BERSEDIH ATAU STRESS. Sebagai manusia, banyak perkara boleh terjadi dalam hidup kita. Kalau anda baru melahirkan anak, ianya memang perkara biasa untuk mempunyai lebihan lemak daripada waktu mengandung. 

Tuhan telah memberikan anda anugerah yang paling hebat di alam ini- iaitu seorang bayi milik anda sendiri, dan ramai di luar sana yang tidak diberikan hadiah sebegitu, jadi mengapa perlu bersedih? Hargai nikmat yang Tuhan telah berikan dan percayalah bahawa, ianya TIDAK KEKAL dan boleh diubah!

Mungkin anda sedang mengalami waktu kritikal dalam kehidupan - stres di tempat kerja, tugasan yang banyak menjadikan anda tidak sempat bersenam- jangan risau kerana kita boleh buat perubahan! Mungkin anda memang mempunyai bentuk badan yang agak gempal dari kecil, tetapi apa yang penting ialah anda sihat dan boleh menjalani hidup tanpa bantuan orang lain.

It begins with the end in mind - Steven Covey, penulis buku 7 Habits of Highly Effective People.

Jadi, dalam apa juga perkara - kita mesti BERFIKIRAN POSITIF. Jangan bersedih/ kecewa/risau dengan apa yang terjadi pada waktu lalu atau sekarang. Tapi yakinlah bahawa apa yang kita inginkan adalah hidup yang sihat. Tidak penting untuk menjadi kurus comel macam Nora Danish kalau ada banyak masalah kesihatan. Tidak perlu ada badan yang mantap seperti Amber Chia kalau tiada keluarga untuk berkongsi kegembiraan hidup. Oleh itu, HARGAI NIKMAT YANG TUHAN BERIKAN dan BERUSAHA SUPAYA HIDUP SIHAT DAN BERMAKNA. 

Okay. Bila kita telah positif dan happy, barulah kita ada motivasi untuk upgrade diri dan tingkatkan tahap kesihatan. Sebabnya, bila kita ada keluarga , ada anak dan suami, kita inginkan diri yang sihat. Kalau kita sendiri tidak sihat, siapa nak didik anak-anak kita untuk jadi orang yang berguna? Macam mana kita nak nikmati hobi kita kalau terpaksa makan pelbagai ubat setiap hari? Macam mana kita nak berjalan-jalan melawat anak cucu nanti kalau tidak ada tenaga dan upaya untuk berjalan kaki pun?

Kenapa perut yang buncit boleh menunjukkan tahap kesihatan kita?

Menurut kajian (1) , dalam badan kita ada tiga jenis lemak. 
  • Subcutaneous fat : Lemak yang berada di luar (di bawah kulit) 
  • Visceral fat / adipose tissue: ada lemak yang berada lebih jauh ke dalam badan - diperlukan untuk menjadi kusyen kepada organ badan seperti hati, usus dan pankreas dan berfungsi melindungi dari kecederaan luaran . Walaupun begitu, ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung, kegemukan dan sesetengah jenis kanser seperti kanser buah dada dan kanser usus. Ini kerana lemak ini lebih aktif dari segi metabolik dan menghasilkan free fatty acids (FFA). FFA ini menyebabkan sel badan menjadi lebih resistant (rentan) atau kurang bertindak balas kepada insulin. Ini mengakibatkan badan terpaksa bekerja kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
  • Brown fat:  Lemak ini dipanggil brown fat kerana terdapat banyak mitokondria dalam lemak ini yang memberikannya warna keperangan. Lemak ini dianggap lebih baik untuk badan kita kerana membantu dalam penghasilan suhu badan (thermogenesis).

Bagaimanakah visceral fat ini terbentuk?

Visceral fat ini terbentuk (2) apabila bilangan kalori yang kita makan berlebihan daripada keperluan harian. Lemak ini akan dipecahkan kepada makronutrien, dan kemudiannya dipecahkan menjadi FFA. FFA ini akan memasuki saluran darah dan sama ada disimpan sebagai triglycerides dalam subcutaneous fat atau terkumpul di sekeliling organ penting sebagai visceral fat.

Antara faktor yang mempengaruhi jumlah VAT adalah - 

Bagaimanakah cara mengukur visceral fat?

Visceral fat hanya boleh diukur melalui CT scan/MRI atau DEXA (dual-energy absorptiometry). CT scan dan MRI agak mahal dan sukar diakses, walaupun bacaan yang diberikan adalah tepat. DEXA merupakan cara yang lebih selamat kerana radiasi kepada pesakit lebih sedikit berbanding CT Scan/MRI dan tempohnya juga tidak lama seperti CT Scan atau MRI. 

Walau bagaimanapun, terdapat satu cara mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk menganggarkan berapa banyak visceral fat yang kita miliki iaitu dengan cara mengukur ukurlilit pinggang.

1. Berdiri tegak
2. Ambil pita pengukur dan lilitkan di keliling pinggang - sama aras dengan pusat anda. Lepaskan nafas.
3. Baca bacaan pita pengukur

measurement tape over the belly
Cara mengukur ukurlilit pinggang

Bagi wanita, bacaan ukurlilit pinggang mestilah kurang dari 35 inci. 
Bagi lelaki pula, bacaan ukurlilit pinggang mestilah kurang dari 40 inci.

Tapi bacaan ukurlilit pinggang saya lebih dari 35 inci. Bagaimana nak hilangkan perut buncit ini?

Okay. Kita mesti kembali kepada perenggan pertama artikel ini - iaitu tujuan hilangkan perut buncit adalah supaya kita menjadi sihat. Sihat sepanjang masa dan sihat sepanjang hayat. Jadi langkah-langkah yang kita ambil - mestilah praktikal, sesuai dengan diri sendiri (jangan ikut-ikut orang semata-mata) dan boleh dikekalkan utntuk jangkamasa yang lama.

1. Lupakan produk kesihatan komersial

Kalau kita buka facebook /instagram/ tiktok - sekarang ini, banyak sangat iklan-iklan produk-produk magik yang kononnya boleh menghilangkan lemak di perut/badan/paha dalam jangkamasa yang singkat. 
Jangan mudah tergoda! 

Ingatkan diri sendiri bahawa kita inginkan cara yang selamat untuk menjadi sihat. Walaupun kononnya diluluskan oleh KKM, adakah produk tersebut sesuai dengan diri kita? Adakah kita tahu SEMUA kandungan dalam produk tersebut - supaya kita pasti kita tidak allergik dengan apa-apa bahan yang digunakan? Apakah kesan jangkamasa panjang produk tersebut- apakah kita pasti dalam jangka masa 5 tahun produk tersebut tidak akan menyebabkan kanser atau kegagalan buah pinggang/hati? (kebanyakan produk-produk baru masih belum mempunyai kajian keselamatan jangkapanjang). 

Adakah kita boleh sustain (kekal) dengan pemakanan produk tersebut? Adakah sesuai mengambil produk tersebut untuk jangkamasa yang lama - dalam keadaan ekonomi masakini? Secara purata setiap produk (air/sachet/pil) berharga paling minima RM100 untuk 1 bulan. Berapa lama kita boleh bertahan?

2. Pulang kepada asas - kurangkan makanan yang diproses

2.1 Jangan beli makanan diproses dan jangan simpan di rumah

photos of burger and french fries
Makanan ringan tinggi kalori dan menggemukkan

Apakah maksud makanan diproses? Apa saja makanan - yang datang dalam plastik/tin/kotak - pastinya telah diproses. Terutamanya makanan segera - McDonald’s, Burger King, KFC - lebih banyak lagi prosesnya dengan tambahan perisa, garam, pengawet dan lain-lain. Makanan segera seperti kerepek kentang, biskut, mee segera - juga mengandungi banyak bahan tambahan seperti bahan pewarna, bahan perasa, pengawet dan lain-lain.  

2.2 Tambah makanan yang berkhasiat

Sebaliknya, belilah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika anda tidak suka makan sayur contohnya, mulakan dengan sayur yang paling kurang tidak disukai. Seperti contoh, anda hanya suka sayur sawi. Mulakan dengan sesudu saja sawi untuk seminggu. Minggu hadapan , jadikan 2 sudu sawi. Minggu ketiga, cuba sayur yang dekat-dekat dengan sawi - kailan atau kangkung.Minggu selepas itu, cuba pula sayur seperti kacang panjang.

Sayur yang berbeza warna dan bentuk mempunyai kandungan zat dan nutrien yang berbeza. Oleh itu, pelbagaikan cara masakan, dan jenis sayuran yang dimakan supaya menjadi menarik dan sedap.

Terdapat kajian terbaru yang menunjukkan diet rendah karbohidrat tinggi lemak (LCHF) boleh mengurangkan kadar visceral fat dalam badan. (7) Diet ini menghadkan jumlah karbohidrat kepada <45% keperluan, pengambilan protein secara sederhana dan pengambilan lemak sihat (mono dan polyunsaturated fats).

2.3 Gantikan makanan berat dengan makanan mudah yang boleh mengurangkan lemak 

photo of apple and nuts
Buah-buahan dan kekacang murah dan mudah dimakan

Kekacang

Kekacang mengandungi protein dan fiber- yang dapat menyerap air dan mengurangkan rasa lapar di dalam perut. 1 cawan kacang misalnya mengambil masa untuk dihadamkan , menjadikan anda merasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kacang juga murah dan mudah disediakan.

Sup kosong

Biasakan memakan hidangan anda dengan semangkuk sup berair - sama ada sup daging/syup ayam. Ianya akan menjadikan cepat kenyang dan anda akan makan kurang daripada biasa. Elakkan sup yang berasaskan krim/ mentega.

Telur

Telur merupakan satu sumber protein yang murah dan mudah disediakan. Kita boleh menyediakan telur dalam pelbagai bentuk hidangan - telur dadar dengan tomato dan cendawan, telur separuh masak, telur goreng mata dan lain-lain. Cuba gantikan nasi lemak atau roti canai pagi anda dengan 2 biji telur.

Epal

Epal adalah sejenis buah yang mudah dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana. 2 biji epal sehari akan membekalkan badan dengan keperluan fiber sehari (5g). Selain mengandungi Vitamin A dan C, ianya juga bagus untuk kecantikan kulit dan melawaskan penghadaman.

3. Berhenti memakan makanan manis dan minuman bergula

Bagi ramai orang di Malaysia, perkara ini adalah perkara yang agak sukar dilakukan. Kuih muih di sekeliling kita kebanyakannya menggunakan gula - donut, seri muka, tart keju, cupcake, kuih lapis dan banyak lagi. 

Begitu juga, tradisi kita dibiasakan dengan meminum air manis. Air berkarbonat seperti Coke dan Pepsi misalnya mengandungi 9 sudu teh gula dalam setiap tin. Kita juga banyak minuman 3-in-1 yang mengandungi sehingga 130 kcal dalam setiap sachet. Malah jus buah yang dibeli di pasaraya juga mempunyai kandungan gula yang tinggi!

Sebenarnya kalau kita berhenti memakan dan meminum benda-benda bergula ini, berat badan dan lemak di perut kita akan turun dengan banyak sekali. Makanan bergula ini tidak termasuk buah-buahan manis kerana gula di dalam buah berbeza daripada gula di dalam minuman. Gula di dalam buah (fruktosa) didapati tidak meninggalkan kesan yang buruk kepada kesihatan seperti mana gula yang lain. 

4. Lakukan senaman dengan konsisten walaupun senaman ringan

photo of a lady exercising
Senaman yang konsisten penting bagi memastikan lemak tidak kembali

Hakikatnya , hanya 30 minit sehari 5 kali seminggu adalah mencukupi bagi memastikan lemak di perut hilang dan KEKAL HILANG. Lakukan apa yang anda gemari - aerobik, berenang, bermain badminton bersama anak-anak - asalkan kadar degupan jantung anda meningkat dari biasa. Apa yang penting adalah kekerapan dan jangkamasa. 

Lemak di perut adalah lemak yang akhir sekali yang akan hilang- kerana terdapat banyak lemak di situ. Apabila kita bersenam, lemak akan dibakar dari seluruh badan kita. Setiap orang mempunyai lemak di tempat yang berbeza dan pembakaran lemak berlaku pada kadar yang berbeza. 

Oleh itu, jika anda tidak melihat hasil dalam 2 minggu, jangan cepat give up- teruskan hingga ke bulan kedua dan bulan ketiga. Ingatkan diri bahawa tujuan kita bersenam adalah untuk menjadi sihat supaya kita boleh lakukan apa yang kita sukai. Badan yang cantik dan perut yang kempis akan datang kemudian- secara semulajadi

5. Tidur yang cukup

Ramai di antara kita yang terlupa tentang peranan tidur dalam menjaga bentuk badan. Kajian mendapati bahawa orang yang tidur selama 7-8 jam sehari mempunyai penurunan berat badan yang lebih banyak dari mereka yang tidur 5-6 jam sehari. Pastikan juga tidur yang kita nikmati berkualiti- dengan cara mengelakkan dari minum kopi di waktu tengahari/petang/ malam dan pastikan bilik tidur berada dalam keadaan gelap. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, apa yang penting dalam hidup ini adalah kesihatan kita- supaya kita dapat menikmati anugerah-anugerah Tuhan yang telah diberikan dan menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Cubalah untuk kekal sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan praktikal- bukannya dengan crash diet, pengambilan produk kesihatan yang belum terjamin selamat dan efektif atau pun senaman yang melampau. Pastikan separuh dari pinggan anda dipenuhi sayur-sayuran, makan buah selalu dan elakkan gula dalam minuman. Bersenam 4-5 kali seminggu dan dapatkan tidur yang cukup. Semoga Tuhan mengurniakan kita semua kesihatan yang baik supaya kita dapat laksanakan tanggungjawab-tanggungjawab kita terhadap diri sendiri, keluarga dan negara. 

Rujukan: 

1.Dhokte S, Czaja K. Visceral Adipose Tissue: The Hidden Culprit for Type 2 Diabetes. Nutrients. 2024 Mar 30;16(7):1015. doi: 10.3390/nu16071015. PMID: 38613048; PMCID: PMC11013274.

2.Coelho M, Oliveira T, Fernandes R. Biochemistry of adipose tissue: an endocrine organ. Arch Med Sci. 2013 Apr 20;9(2):191-200. doi: 10.5114/aoms.2013.33181. Epub 2013 Feb 10. PMID: 23671428; PMCID: PMC3648822.

3.Lear SA, Humphries KH, Kohli S, Chockalingam A, Frohlich JJ, Birmingham CL. Visceral adipose tissue accumulation differs according to ethnic background: results of the Multicultural Community Health Assessment Trial (M-CHAT). Am J Clin Nutr. 2007 Aug;86(2):353-9. doi: 10.1093/ajcn/86.2.353. PMID: 17684205.

4. Steiner BM, Berry DC. The Regulation of Adipose Tissue Health by Estrogens. Front Endocrinol (Lausanne). 2022 May 26;13:889923. doi: 10.3389/fendo.2022.889923. PMID: 35721736; PMCID: PMC9204494.

5. Konieczna J, Morey M, Abete I, Bes-Rastrollo M, Ruiz-Canela M, Vioque J, Gonzalez-Palacios S, Daimiel L, Salas-Salvadó J, Fiol M, Martín V, Estruch R, Vidal J, Martínez-González MA, Canudas S, Jover AJ, Fernández-Villa T, Casas R, Olbeyra R, Buil-Cosiales P, Babio N, Schröder H, Martínez JA, Romaguera D; PREDIMED-Plus investigators. Contribution of ultra-processed foods in visceral fat deposition and other adiposity indicators: Prospective analysis nested in the PREDIMED-Plus trial. Clin Nutr. 2021 Jun;40(6):4290-4300. doi: 10.1016/j.clnu.2021.01.019. Epub 2021 Jan 28. PMID: 33610419.

6. Molenaar EA, Massaro JM, Jacques PF, Pou KM, Ellison RC, Hoffmann U, Pencina K, Shadwick SD, Vasan RS, O'Donnell CJ, Fox CS. Association of lifestyle factors with abdominal subcutaneous and visceral adiposity: the Framingham Heart Study. Diabetes Care. 2009 Mar;32(3):505-10. doi: 10.2337/dc08-1382. Epub 2008 Dec 15. PMID: 19074991; PMCID: PMC2646037.

7. Garr Barry V, Stewart M, Soleymani T, Desmond RA, Goss AM, Gower BA. Greater Loss of Central Adiposity from Low-Carbohydrate versus Low-Fat Diet in Middle-Aged Adults with Overweight and Obesity. Nutrients. 2021 Jan 31;13(2):475. doi: 10.3390/nu13020475. PMID: 33572489; PMCID: PMC7911139.

5 Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Perut Buncit

Ahad, 14 Julai 2024

red scaly skin on baby cheek

Tentu anda biasa melihat tompok-tompok merah pada pipi, siku atau pun kaki bayi dan kanak-kanak. Apabila terjadi di kalangan bayi yang baru lahir, kadang kala ianya disebut sebagai ruam susu. Dari segi perubatan, keadaan ini dipanggil “eczema”. Artikel ini akan membincangkan mengenai aspek-aspek penting eczema termasuk punca, gejala, dan kaedah pengendalian yang disarankan.

Apakah itu eczema?

Eczema merupakan satu penyakit kulit yang biasa terjadi dan boleh mempengaruhi sesiapa saja pada peringkat umur yang berbeza. Ia dikaitkan dengan keradangan yang menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan pecah-pecah. Keadaan eczema ini akan mengurangkan lembapan pada kulit dan mendedahkan anda kepada keadaan di persekitaran seperti bakteria dań lain-lain.

Mengapa Eczema terjadi?

Tindak balas sistem imun badan

Eczema sering kali dikaitkan dengan tindak balas sistem imun yang tidak seimbang di mana ia terlalu aktif, menjadikan kulit sensitif terhadap pelbagai rangsangan. Apabila sistem imun badan bertemu dengan allergen (bahan yang boleh menyebabkan reaksi), sistem imun tersebut bertindak lebih aktif dari yang sepatutnya, kerana ia menyangka allergen tersebut adalah partikel berbahaya seperti virus atau bakteria. Oleh itu, sistem imun akan mengaktifkan sistem pertahanan badan dengan menimbulkan keradangan. Keradangan atau inflammation adalah tindak balas semula jadi badan manusia bagi melawan partikel bahaya.

Faktor genetik kekeluargaan

Faktor genetik juga memainkan peranan penting di mana individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan eczema atau alahan lain seperti asma dan resdung, lebih cenderung untuk mengalami eczema.

Faktor persekitaran

Faktor luaran adalah seperti asap, pencemar udara, sabun, dan prodük penjagaan kulit boleh menimbulkan reaksi eczema. Cuaca yang panas dan berpeluh juga boleh mencetus atau memburukkan keadaan eczema kerana menyebabkan kulit menjadi lebih gatal.

Faktor emosi

Sekiranya anda/anak anda mengalami tekanan stress yang tinggi atau mengalami kemurungan (depression), kemungkinan anda/anak anda mengalami eczema adalah lebih tinggi dari biasa.

Gejala/ Simptom atau Tanda-tanda Eczema

Kulit kering, merah dan gatal

Simptom eczema biasanya bermula semenjak bayi atau kanak-kanak (kurang umur 5 tahun). Simptom ini akan berlanjutan sehingga umur belasan tahum, dan ia akan datang dan pergi mengikut situasi semasa. Gejala eczema boleh berbeza-beza mengikut individu namun simptom yang umum termasuklah -

  • Kekeringan yang melampau pada kulit.
  • Kemerahan dan keradangan.
  • Gatal-gatal
  • Luka dan kulit mengelupas - sehingga kadangkala boleh mengakibatkan jangkitan sekunder apabila kulit pecah dan berdarah.
  • Kulit melepuh (terjadi blister) pada kulit

Ruam yang gatal ini boleh timbul di pelbagai lokasi pada badan, seperti:

  • tangan
  • muka
  • siku
  • kaki
  • lutut
  • muka, terutamanya pipi
  • telinga

Ramai ke yang mengidap eczema?

Kajan mendapati seramai 10-20% kanak-kanak mengalami eczema. Namun, sebahagian besar dari mereka tidak mengalami masalah ini apabila mereka dewasa. Cuma pengidap eczema perlu mengawal pemakanan, pendedahan kepada allergen serta keadaan emosi dan stres supaya ianya tidak menjadi buruk.

Pengendalian Eczema

Kebanyakan doktor menggunakan istilah pengendalian eczema kerana eczema ini biasanya akan kekal sepanjang hayat. Namun, ianya boleh dikawal dan biasanya, akan menjadi buruk (flare-up) apabila terdedah kepada perkara-perkara yang merangsang eczema tersebut.

Jenis-jenis eczema

Terdapat pelbagai jenis eczema yang boleh mengganggu kehidupan seharian kita sema, di mana-mana cisi-viri eczema ini berbeza dan rawatannya juga boleh berbeza di antara satu sama lain. Jenis-jenis eczema tersebut seperti-

  • atopic dermatitis (yang paling kerap ditemui)
  • seborrhoea dermatitis
  • numular eczema
  • dyshydrotic eczema
  • contact dermatitis

Rawatan

Kaedah merawat eczema berbeza-beza mengikut individu yang mengalami keadaan ini. Tentunya, rawatan yang terbaik adalah yang dipreskripsikan oleh doktor anda, kerana beliau akan dapat menilai dan membuat perbandingan mengenai keadaan anda/anak anda dalam setiap perjumpaan di klinik dan seterusnya akan dapat menyusun dos dan jenis ubat yang paling sesuai dengan tahap eczema anda/anak anda.

Namun , secara umumnya, langkah-langkah bagi merawat eczema adalah seperti di bawah : 

  • Penggunaan emolien adalah langkah pertama dalam mengurus eczema. Emolien membantu melembapkan kulit dan melindunginya dari bahan-bahan yang merengsa. Dapatkan emollien yang memenuhi ciri-ciri berikut- tiada pewangi atau pewarna atau bahan-bahan yang merengsa (irritant) kulit, mengandungi petroleum jelly atau minyak mineral (mineral oil) dan mengandungi lipids/ ceramides untuk menambahbaik lapisan kulit.
  • Krim steroid topikal (yang disapu) juga sering digunakan untuk mengurangkan keradangan dan gatal. Terdapat pelbagai tahap krim steroid yang boleh digunakan, namun kaedah penggunaannya berbeza mengikut keseriusan eczema dan kawasan eczema. Contohnya krim steroid yang kuat seperti betnovate atau dermovate tidak boleh digunakan di muka. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum menyapu sebarang krim di kulit anak-anak anda.Krim steroid adalah selamat digunakan mengikut dose dan pada kawasan kulit yang ditetapkan.
  • Untuk kes lebih serius, doktor mungkin akan menetapkan ubat-ubatan sistemik yang membantu mengawal tindak balas imun yang berlebihan.⠀

Perubahan Gaya Hidup

Oleh kerana eczema ini merupakan keadaan yang berterusan, maka adalah sangat penting supaya gaya hidup anda/anak anda disesuaikan dengan situasi semasa bagi mengelakkan keadaan eczema tersebut flare up. Perubahan gaya hidup yang boleh dibuat adalah seperti - 

  • Elakkan bahan yang memulakan tindak balas (trigger) adalah aspek kritikal dalam mengurus eczema contohnya elakkan menggunakan sabun, pewangi,dan bahan pencuci baju seperti fabric softener yang boleh mengiritasi kulit. Trigger ini biasanya berbeza-beza antara setiap individu). Carilah sabun yang mengandungi pelembap (moisturiser) dan tidak mengandungi bahan iritasi boleh didapati di farmasi contohnya seperti Cetaphil, Queve, dan lain-lain. Manakala bagi sabun pencuci - dapatkan pencuci yang tertulis “hypoallergenic” bagi mengurangkan risiko anak-anak terengsa dengan bahan dalam produk berkenaan
  • Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas untuk mengelakkan iritasi kulit. Elakkan kain sintetik seberti nylon, polyester dan lain-lain
  • Menjaga suhu persekitaran agar tidak terlalu panas atau dingin, yang boleh memburukkan eczema.
  • Elakkan mandi air panas yang boleh mengeringkan kulit dan mengurangkan lembapan
  • Bawalah anak-anak mandi di kolam renang 2-3 kali seminggu kerana didapati klorin dalam air kolam sedikit sebanyak mengurangkan realsi eczema
  • Sapukan emollien sebaik saja anak anda habis mandi, dan diulangi 3-4 kali sehari.
  • Elakkan anak-anak menggaru atau menggosok kawasan eczema. Anda boleh membalut kawasan tersebut dengan crepe bandage, atau memakaikan stokin/mitten supaya tidak digaru.
  • Basuh baju/seluar/selimut anak anda yang baru dibeli sebelum memakainya
  • Berhati-hati membeli ubat sapu yang tidak diketahui senarai kandungannya - kerana bimbang mengandungi krim steroid yang kat dan berbahaya kepada kulit

Probiotik dalam Pengendalian Eczema

Yogurt adalah salah satu makanan yang menganduing probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu mengimbangi flora usus dan boleh memperkuat sistem imun. Probiotik boleh didapati dalam produk seperti yogurt, kefir, kimchi dan tempe.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa probiotik mungkin mempunyai potensi dalam membantu mengurus dan mungkin mencegah eczema, khususnya pada kanak-kanak. Walaupun kajian tersebut masih dijalankan, tiada salahnya jika ibu bapa ingin menjadikan pengambilan probiotik melalui diet atau suplemen sebagai satu rutin harian supaya menjadi sebahagian daripada pendekatan holistik untuk mengurus eczema.

Penutup

Eczema adalah satu keadaan yang boleh memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti hidup, namun dengan pengurusan yang betul, individu yang mengalami eczema boleh menjalani kehidupan yang sihat dan selesa. Tuan puan boleh membaca lagi mengenai eczema ini dengan lebih lanjut di link ini serta di sini. Kaedah rawatan berbeza dan mungkin perlu disesuaikan mengikut keperluan individu. Oleh itu, sangat penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk mengurus keadaan ini secara berkesan.

Rujukan:

1. https://www.doktorbudak.com/2013/07/22/eczema/

2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/318946

Bolehkah Probiotik Merawat Eczema?

Ahad, 12 Mei 2024

Adakah anda dan keluarga bercadang untuk berjalan-jalan atau melancong ke Melaka? Jika ya, anda boleh mencuba menginap di Hotel Rosa, Melaka. Artikel akan menerangkan kelebihan bercuti di hotel ini, serta perkara-perkara yang boleh ditambah baik oleh Hotel Rosa.

Sofa with multiple clocks on brick wall

Kelebihan Hotel Rosa, Melaka

Lokasi berdekatan dengan Bandar Melaka

Hotel 8 tingkat ini terletak di Jalan Parameswara dan sangat dekat dengan Bandar Melaka, iaitu hanya 10 minit berjalan kaki untuk pergi ke Mahkota Medical Center. Manakala sekiranya anda memandu kenderaan, tempoh perjalanan adalah 5 minit sahaja ke tempat pelancongan utama seperti Jonker Street. Ianya juga terletak di antara berdekatan dengan A Famosa. Anda juga boleh berjalan kaki ke Mahkota Parade. Kesimpulannya, hotel ini dekat saja dengan tempat-tempat menarik di Melaka tapi tidaklah sesibuk kawasan-kawasan lain berdekatan tarikan pelancong tersebut. 

Hotel ini berhadapan dengan  stesen petrol Shell dan kedai-kedai lama. Tiada gerai makanan berdekatan tetapi anda boleh mencuba makanan di restoran di hotel atau lebih mudah, memesan makanan melalui FoodPanda/ Grab.

Kawasan menunggu yang dihiasi dengan lampu lama Eropah di ground floor

Kawasan parkir terbuka yang luas dan lapang

Kawasan parkir hotel terletak betul-betul di hadapan hotel. Ianya terbuka dan lapang. Bagi pemandu wanita seperti saya yang tidak sukakan parkir bertingkat yang tinggi atau berpusing-pusing, kawasan parkir sebegini sangat menyenangkan. Hotel Rosa menyediakan ruang berehat dengan sofa dan deco lampu-lampu lama untuk anda melepaskan penat (kerana mengangkat beg-beg) sebelum naik lif ke lobi di Tingkat 1.

Layanan staf yang baik

Ketika kami sampai, bellboy hotel terus menyapa kami dengan ramah dan menawarkan untuk mengangkat beg kami ke lobi di tingkat 1. Begitu juga , sepanjang penginapan kami selama 2 malam di hotel ini, kesemua staf-staf hotel sangat mesra dan mudah membantu. 

Hiasan dalaman yang unik dan menarik

Hotel ini mempunyai hiasan yang agak unik. Ketika saya mula-mula sampai, saya menyangka bahawa bangunan ini diubahsuai daripada kilang lama. Tetapi rupanya hotel ini direka dan dirancang dari awal untuk mempunyai industrial design sebagai interior design hotel ini. 

gigantic vase with white flower
Pasu bunga besar di lobi

Pasu bunga yang besar ini menyambut kedatangan anda ke Hotel Rosa. Bantal-bantal kecil dengan wajah Napoleon Bonaparte dan Josephine tersenyum - menjadikan suasana eropah begitu dirasai oleh tetamu yang berkunjung. Kaunter lobi turut menawarkan pelbagai barangan merchandise bagi pengunjung yang ingin membawa pulang ole-ole sebagai kenangan.

Hiasan kawasan lobi yang menenangkan

Pelbagai cenderahati untuk dibeli - topi, t-shirt, mug dan lain-lain

Kaunter lobi yang lapang dan luas

Bilik yang luas dan lengkap

Terdapat 60 bilik di Hotel Rosa dengan 5 jenis pakej untuk anda pilih. Jika anda mempunyai anak-anak, Hotel Rosa turut menawarkan “Family Suite” di mana terdapat 4 katil dalam satu bilik yang besar , atau anda juga boleh memilih “Deluxe King” yang mempunyai pintu menyambungkan bilik utama dan bilik sebelah. Pada kunjungan kali ini, kami memilih Deluxe King.

Bilik yang luas dengan wooden flooring dan perabut besi

Bilik ini terletak di hujung aisle. Katil King yang luas beserta sofa untuk tetamu berehat menonton televisyen.
 
Deco dalam bilik air

Saya sangat meminati hiasan dalam bilik yang ringkas tetapi cantik. Hotel ini banyak menggunakan besi-besi serta kayu yang digunakan semula untuk membangkitkan perasaan “unfinished look”. Hakikatnya, kesemua perabut dalam hotel ini ditempah khas termasuklah kerusi dan meja dalam bilik-bilik. 

open cabinet made of steel
Konsep almari terbuka

frame in a room

Hiasan di dinding menyenaraikan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong di Melaka. Jika anda tiada idea hendak berjalan ke mana, lihat saja frame berkenaan dan pilih saja yang mana berkenan!

Pemandangan Bandar Melaka dari bilik

Peralatan yang lengkap serta baru

Mungkin bagi kaum Adam, peralatan dalam bilik bukanlah sesuatu perkara yang pending namun bagi golongan wanita, pastinya perkara ini sangat dititikberatkan. Peralatan elektrik yang dibekalkan berjenama, serta mudah digunakan, contohnya pengering rambut Phillips yang mempunyai option sejuk (supaya tidak merosakkan rambut). Tentunya kita sebagai mak-mak yang banyak barang nak bawa, macam mana nak bawa hair dryer kesayangan. Jadi bila kita dapat tinggal hotel yang menyediakan hair-dryer begini - seronoknya tak terkata. Peralatan ini disimpan dalam laci-laci supaya tidak mengganggu pemandangan dalam bilik. 

hair dryer Phillips Thermo Protect
Pengering rambut Phillips Thermo Protect

Terdapat juga seterika Phillips yang kecil beserta papan seterika mini (macam papan seterika Ikea) dalam laci di bilik.

small iron
Seterika kecil

Mirror at the entrance of the room
Cermin di pintu masuk

Restoran yang tenang

Dekorasi restoran Bica&Co direka untuk memuatkan banyak pokok-pokok hijau. Restoran ini menyajikan makanan halal - menu tempatan serta Inggeris. Terdapat dua kawasan untuk menikmati juadah iaitu di dalam bangunan hotel dan juga di Courtyard. Kawasan di Courtyard ini berbumbung- jadi anda tidak perlu risau hujan ataupun cuaca yang panas.

Kerusi dan meja yang lapang di Courtyard

Setup restoran di dalam hotel

Makanan tea time (hidangan petang) 

Pada hari kunjungan kami, kami mencuba hidangan petang di restoran tersebut. Kami telah memesan mixed flower tea serta waffle dan aiskrim serta steak. 

Teh dihidangkan dalam teko kaca dan boleh refill. Manakala wafflenya besar dan aiskrimnya pun sedap. Lebih kurang macam waffle A&W juga. 

Comel tak - teh dengan teko dan 2 cawan kecil

waffle with vanilla ice cream
Waffle dengan aiskrim vanilla

Makanan sarapan (breakfast)

Restoran ini dibuka seawal 7.30 pagi hingga 10 malam. Yang menariknya, hidangan di sini disediakan dalam portion-portion yang kecil. Jadi anda boleh makan pelbagai juadah tanpa merasa kenyang berlebihan. 

Nasi lemak dan mee goreng misalnya dihidangkan dalam bungkusan kertas seperti dijual di tepi jalan. Rasanya sama seperti jika kita beli daripada makcik makcik di kampung. Tetapi mereka juga menyediakan add on dishes yang lain seperti telur goreng, hash brown dan sosej. 

nasi lemak bungkus - tambah telur goreng mata dan sosej

Cereal dan condiment seperti chia seed, madu dan biskut-biskut

Yogurt, jus buah, salad dan buah-buahan yang disediakan

Ruang sajian restoran

Ruang makan mengadap pemandangan jalanraya

Bagi mereka yang sukakan cereal, pelbagai cereal serta condiment seperti choc chip, kismis, chia seed disediakan. Malah ada juga biskut coklat chip dan biskut gula keras (yang biasa kita makan semasa kecil). 
Makanan lain seperti bubur, mee udang, roti canai, kuih muih, yogurt, buah-buahan, roti bakar, jem-jem turut tersedia bagi tetamu yang suka makanan sebegini. Kami turut mencuba jenis air buah segar (tanpa gula) serta teh tarik, teh O dan kopi kampung melengkapi hidangan sarapan. 

Fasiliti lain di Hotel Rosa

Hotel ini turut mempunyai gimnasium kecil di tingkat atas bagi mereka yang gemar bersukan. Saya diberitahu kawasan rooftop juga sangat cantik dan sesuai untuk aktiviti seperti majlis pertunangan, get together rakan-rakan dan lain-lain. 

Perkara yang boleh ditambah baik

  • Tambah lagi kawasan parkir

Walaupun terdapat kawasan parkir yang luas, pada pandangan kami masih tidak mencukupi. Ini kerana pada ketika kami ingin checkout, banyak kenderaan yang parkir dan laluan agak sempit. Adalah lebih baik sekiranya kawasan parkir kereta dapat ditambah pada masa hadapan. 

  • Tambah swimming pool

Seperti biasa, kanak-kanak gemarkan air dan swimming pool. Bagi keluarga yang tidak berminat utk menjelajahi Bandar Melaka, mungkin anak-anak akan gembira jika ada swimming pool di hotel ini. 

  • Mini convenient store dan platform di restoran Bica

Oleh kerana tiada kedai runcit seperti 7-11, Family Mart yang berdekatan (dalam jarak yang boleh berjalan) , mungkin pihak hotel boleh menyediakan convenient store - boleh beli kacang-kacang, air kotak , plaster dan lain-lain. Pihak hotel juga mungkin boleh menambah platform di Restoran Bica kerana saya berpandangan, ledge di mana makanan diletakkan adalah agak tinggi untuk tetamu mengambil makanan

Pelan masa depan Hotel Rosa 

Saya pernah terbaca sesi temuramah pemilik hotel ini BS Kumar dan isterinya, Shazana Jalil dan sangat tertarik dengan sejarah hotel ini. Walaupun hanya dibuka pada tahun 2017, mereka sebenarnya mengambil masa 2 tahun setengah bagi merancang dan menyediakan design bagi hotel ini. Seterusnya, mereka sendiri yang menempah perabut-perabut dalam hotel berkenaan bagi memastikan tema dalam hotel selari dengan tema yang ingin diketengahkan kelak. 

Dalam sesi temuramah tersebut, beliau ada menyebut bahawa fasa kedua hotel ini akan melibatkan tambahan 50 katil dan satu kolam renang. Manakala dalam fasa ketiga pula, sebanyak 40 katil lagi akan ditambah menjadikan 150 katil kesemuanya. Wah, nampaknya Hotel Rosa akan menjadi lebih lengkap dan lebih besar lagi pada masa akan datang. 

Harga bilik

Harga bilik bergantung kepada pakej yang anda pilih : antara RM180-320. 

Hubungi Hotel Rosa

Anda boleh hubungi-

Contact: (06) 2819888rosa.com.my

Klik sini untuk cuci mata dengan lebih banyak gambar Hotel Rosa, Melaka.  

5 Sebab Kenapa Perlu Bercuti Di Hotel Rosa, Melaka

Ahad, 4 Februari 2024