5 Sebab Kenapa Perlu Bercuti Di Hotel Rosa, Melaka

Ahad, 4 Februari 2024

Adakah anda dan keluarga bercadang untuk berjalan-jalan atau melancong ke Melaka? Jika ya, anda boleh mencuba menginap di Hotel Rosa, Melaka. Artikel akan menerangkan kelebihan bercuti di hotel ini, serta perkara-perkara yang boleh ditambah baik oleh Hotel Rosa.

 

Sofa with multiple clocks on brick wall

Kelebihan Hotel Rosa, Melaka


Lokasi berdekatan dengan Bandar Melaka

Hotel 8 tingkat ini terletak di Jalan Parameswara dan sangat dekat dengan Bandar Melaka, iaitu hanya 10 minit berjalan kaki untuk pergi ke Mahkota Medical Center. Manakala sekiranya anda memandu kenderaan, tempoh perjalanan adalah 5 minit sahaja ke tempat pelancongan utama seperti Jonker Street. Ianya juga terletak di antara berdekatan dengan A Famosa. Anda juga boleh berjalan kaki ke Mahkota Parade. Kesimpulannya, hotel ini dekat saja dengan tempat-tempat menarik di Melaka tapi tidaklah sesibuk kawasan-kawasan lain berdekatan tarikan pelancong tersebut. 


Hotel ini berhadapan dengan  stesen petrol Shell dan kedai-kedai lama. Tiada gerai makanan berdekatan tetapi anda boleh mencuba makanan di restoran di hotel atau lebih mudah, memesan makanan melalui FoodPanda/ Grab.


Kawasan menunggu yang dihiasi dengan lampu lama Eropah di ground floor


Kawasan parkir terbuka yang luas dan lapang

Kawasan parkir hotel terletak betul-betul di hadapan hotel. Ianya terbuka dan lapang. Bagi pemandu wanita seperti saya yang tidak sukakan parkir bertingkat yang tinggi atau berpusing-pusing, kawasan parkir sebegini sangat menyenangkan. Hotel Rosa menyediakan ruang berehat dengan sofa dan deco lampu-lampu lama untuk anda melepaskan penat (kerana mengangkat beg-beg) sebelum naik lif ke lobi di Tingkat 1.


Layanan staf yang baik

Ketika kami sampai, bellboy hotel terus menyapa kami dengan ramah dan menawarkan untuk mengangkat beg kami ke lobi di tingkat 1. Begitu juga , sepanjang penginapan kami selama 2 malam di hotel ini, kesemua staf-staf hotel sangat mesra dan mudah membantu. 


Hiasan dalaman yang unik dan menarik

Hotel ini mempunyai hiasan yang agak unik. Ketika saya mula-mula sampai, saya menyangka bahawa bangunan ini diubahsuai daripada kilang lama. Tetapi rupanya hotel ini direka dan dirancang dari awal untuk mempunyai industrial design sebagai interior design hotel ini. 


gigantic vase with white flower
Pasu bunga besar di lobi

Pasu bunga yang besar ini menyambut kedatangan anda ke Hotel Rosa. Bantal-bantal kecil dengan wajah Napoleon Bonaparte dan Josephine tersenyum - menjadikan suasana eropah begitu dirasai oleh tetamu yang berkunjung. Kaunter lobi turut menawarkan pelbagai barangan merchandise bagi pengunjung yang ingin membawa pulang ole-ole sebagai kenangan.

Hiasan kawasan lobi yang menenangkan

Pelbagai cenderahati untuk dibeli - topi, t-shirt, mug dan lain-lain

Kaunter lobi yang lapang dan luas

Bilik yang luas dan lengkap

Terdapat 60 bilik di Hotel Rosa dengan 5 jenis pakej untuk anda pilih. Jika anda mempunyai anak-anak, Hotel Rosa turut menawarkan “Family Suite” di mana terdapat 4 katil dalam satu bilik yang besar , atau anda juga boleh memilih “Deluxe King” yang mempunyai pintu menyambungkan bilik utama dan bilik sebelah. Pada kunjungan kali ini, kami memilih Deluxe King.


Bilik yang luas dengan wooden flooring dan perabut besi

Bilik ini terletak di hujung aisle. Katil King yang luas beserta sofa untuk tetamu berehat menonton televisyen.
 


Deco dalam bilik air

Saya sangat meminati hiasan dalam bilik yang ringkas tetapi cantik. Hotel ini banyak menggunakan besi-besi serta kayu yang digunakan semula untuk membangkitkan perasaan “unfinished look”. Hakikatnya, kesemua perabut dalam hotel ini ditempah khas termasuklah kerusi dan meja dalam bilik-bilik. 


open cabinet made of steel
Konsep almari terbuka

frame in a room

Hiasan di dinding menyenaraikan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong di Melaka. Jika anda tiada idea hendak berjalan ke mana, lihat saja frame berkenaan dan pilih saja yang mana berkenan!

Pemandangan Bandar Melaka dari bilik

Peralatan yang lengkap serta baru

Mungkin bagi kaum Adam, peralatan dalam bilik bukanlah sesuatu perkara yang pending namun bagi golongan wanita, pastinya perkara ini sangat dititikberatkan. Peralatan elektrik yang dibekalkan berjenama, serta mudah digunakan, contohnya pengering rambut Phillips yang mempunyai option sejuk (supaya tidak merosakkan rambut). Tentunya kita sebagai mak-mak yang banyak barang nak bawa, macam mana nak bawa hair dryer kesayangan. Jadi bila kita dapat tinggal hotel yang menyediakan hair-dryer begini - seronoknya tak terkata. Peralatan ini disimpan dalam laci-laci supaya tidak mengganggu pemandangan dalam bilik. 

hair dryer Phillips Thermo Protect
Pengering rambut Phillips Thermo Protect

Terdapat juga seterika Phillips yang kecil beserta papan seterika mini (macam papan seterika Ikea) dalam laci di bilik.


small iron
Seterika kecil



Mirror at the entrance of the room
Cermin di pintu masuk

Restoran yang tenang

Dekorasi restoran Bica&Co direka untuk memuatkan banyak pokok-pokok hijau. Restoran ini menyajikan makanan halal - menu tempatan serta Inggeris. Terdapat dua kawasan untuk menikmati juadah iaitu di dalam bangunan hotel dan juga di Courtyard. Kawasan di Courtyard ini berbumbung- jadi anda tidak perlu risau hujan ataupun cuaca yang panas.


Kerusi dan meja yang lapang di Courtyard


Setup restoran di dalam hotel

Makanan tea time (hidangan petang) 

Pada hari kunjungan kami, kami mencuba hidangan petang di restoran tersebut. Kami telah memesan mixed flower tea serta waffle dan aiskrim serta steak. 


Teh dihidangkan dalam teko kaca dan boleh refill. Manakala wafflenya besar dan aiskrimnya pun sedap. Lebih kurang macam waffle A&W juga. 


Comel tak - teh dengan teko dan 2 cawan kecil

waffle with vanilla ice cream
Waffle dengan aiskrim vanilla

Makanan sarapan (breakfast)

Restoran ini dibuka seawal 7.30 pagi hingga 10 malam. Yang menariknya, hidangan di sini disediakan dalam portion-portion yang kecil. Jadi anda boleh makan pelbagai juadah tanpa merasa kenyang berlebihan. 


Nasi lemak dan mee goreng misalnya dihidangkan dalam bungkusan kertas seperti dijual di tepi jalan. Rasanya sama seperti jika kita beli daripada makcik makcik di kampung. Tetapi mereka juga menyediakan add on dishes yang lain seperti telur goreng, hash brown dan sosej. 


nasi lemak bungkus - tambah telur goreng mata dan sosej

Cereal dan condiment seperti chia seed, madu dan biskut-biskut


Yogurt, jus buah, salad dan buah-buahan yang disediakan

Ruang sajian restoran

Ruang makan mengadap pemandangan jalanraya

Bagi mereka yang sukakan cereal, pelbagai cereal serta condiment seperti choc chip, kismis, chia seed disediakan. Malah ada juga biskut coklat chip dan biskut gula keras (yang biasa kita makan semasa kecil). 
Makanan lain seperti bubur, mee udang, roti canai, kuih muih, yogurt, buah-buahan, roti bakar, jem-jem turut tersedia bagi tetamu yang suka makanan sebegini. Kami turut mencuba jenis air buah segar (tanpa gula) serta teh tarik, teh O dan kopi kampung melengkapi hidangan sarapan. 

Fasiliti lain di Hotel Rosa

Hotel ini turut mempunyai gimnasium kecil di tingkat atas bagi mereka yang gemar bersukan. Saya diberitahu kawasan rooftop juga sangat cantik dan sesuai untuk aktiviti seperti majlis pertunangan, get together rakan-rakan dan lain-lain. 


Perkara yang boleh ditambah baik

  • Tambah lagi kawasan parkir

Walaupun terdapat kawasan parkir yang luas, pada pandangan kami masih tidak mencukupi. Ini kerana pada ketika kami ingin checkout, banyak kenderaan yang parkir dan laluan agak sempit. Adalah lebih baik sekiranya kawasan parkir kereta dapat ditambah pada masa hadapan. 

  • Tambah swimming pool

Seperti biasa, kanak-kanak gemarkan air dan swimming pool. Bagi keluarga yang tidak berminat utk menjelajahi Bandar Melaka, mungkin anak-anak akan gembira jika ada swimming pool di hotel ini. 

  • Mini convenient store dan platform di restoran Bica

Oleh kerana tiada kedai runcit seperti 7-11, Family Mart yang berdekatan (dalam jarak yang boleh berjalan) , mungkin pihak hotel boleh menyediakan convenient store - boleh beli kacang-kacang, air kotak , plaster dan lain-lain. Pihak hotel juga mungkin boleh menambah platform di Restoran Bica kerana saya berpandangan, ledge di mana makanan diletakkan adalah agak tinggi untuk tetamu mengambil makanan

Pelan masa depan Hotel Rosa 

Saya pernah terbaca sesi temuramah pemilik hotel ini BS Kumar dan isterinya, Shazana Jalil dan sangat tertarik dengan sejarah hotel ini. Walaupun hanya dibuka pada tahun 2017, mereka sebenarnya mengambil masa 2 tahun setengah bagi merancang dan menyediakan design bagi hotel ini. Seterusnya, mereka sendiri yang menempah perabut-perabut dalam hotel berkenaan bagi memastikan tema dalam hotel selari dengan tema yang ingin diketengahkan kelak. 


Dalam sesi temuramah tersebut, beliau ada menyebut bahawa fasa kedua hotel ini akan melibatkan tambahan 50 katil dan satu kolam renang. Manakala dalam fasa ketiga pula, sebanyak 40 katil lagi akan ditambah menjadikan 150 katil kesemuanya. Wah, nampaknya Hotel Rosa akan menjadi lebih lengkap dan lebih besar lagi pada masa akan datang. 


Harga bilik


Harga bilik bergantung kepada pakej yang anda pilih : antara RM180-320. 


Hubungi Hotel Rosa

Anda boleh hubungi-

Contact: (06) 2819888rosa.com.my

Klik sini untuk cuci mata dengan lebih banyak gambar Hotel Rosa, Melaka.  

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.