Saya ditanya oleh seorang rakan yang baru mahu menggunakan lampin kain ( cloth diapers). dan beliau bertanya pendapat saya tentang jenis yang hendak digunakan.
Berikut adalah pendapat saya, berdasarkan pengalaman menggunakannya terhadap 2 anak saya. Mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Mungkin ada yang sama. Sekadar berkongsi pengalaman bersama-sama.
Pocket diapers
Saya bermula dengan pocket diapers, kerana harganya lebih murah dari jenis jenis lain, dengan DS, masa itu umurnya 3 tahun. Gunakan semasa weekend dan malam. Bagus dan sesuai pada masa itu kerana;
1. lampin jenis poket cepat kering. Insert microfiber pun cepat kering, satu malam bawah kipas dalam bilik pun ia boleh kering. Oleh kerana saya hantar DS ke rumah pengasuh, tak dapat sidai di luar rumah dengan cahaya matahari, pilihan ini paling tepat.
Kadar cepat kering;
pocket diapers (paling cepat ). >AIO dengan microfiber>; fitteds > Gro Baby soaker
(hahaha..Gro Baby soaker memang paling lama nak kering, cuaca panas terik pun biasanya saya sidai 2 hari untuk pastikan dia betul -betul kering. Tapi tak pernah cuba Bumgenius AIO- khabarnya lagi lambat kering)
2.Boleh tukar/ tambah inserts. Untuk DS yang dah besar, satu insert biasanya tak cukup. kena tambah satu hemp insert, jadi perlu pocket diapers supaya kita boleh selaraskan dengan kadar penyerapan yang kita nak.
All-in-Two
Apabila DD yang menggunakannya saya dapati, walau pun pocket diapers kebanyakannya "one-size", fitting tak berapa bagus. Sama ada longgar di kaki atau di pinggang. Terdapat juga teori, mengatakan bahawa kerana pocket diapers ni ada poket, jadi ada ruang untuk air kencing mengalir sebelum sampai ke inserts, maka lebih senang bocor.
jadi saya bertukar kepada All-in-two ( Gro Baby)
1. Fitting lebih baik- sesuai untuk bayi yang kecil
2. Bayi kecil kencing dan berak banyak, jadi perlu selalu tukar lampin, AI2 lebih ekonomi, beli 2-3 cover dan banyak banyak banyak insert, tukar insert saja - kurang basuhan juga hehehe (saya suka faktor ni)
3. velcro style- senang untuk babysitter DD, tak perlu nak fikir fikir butang yang mana nak guna ni...
Fitted
Saya guna juga fitteds kerana
1. pengudaraan- pakaikan fitteds dengan seluar wool di waktu malam- sistem yang membolehkan pengudaraan yang maksima
2. pakai waktu malam - dijamin tidak ada bocor! Gro Baby pernah bocor sekali dua- anak saya tertarik velcro , posisi lari sikit dan ia jadi longgar. Fitteds dengan cover atau wool soaker- memang anak tak boleh buka
3. corak cantik! saya suka tengok (hehehe ..... apa punya sebab lah ni....)
Kenapa anda pilih CD yang digunakan sekarang? mari kongsi bersama...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.