Tapi , nak kata murah pun, tak lah murah sangat! harganya dalam RM 35-RM 40 juga sekeping! Ni lah gambar Coolababy saya yang pertama, yang ni first version tau! ( huh sentimental la pulak hihi)...
Sebenarnya, saya jarang guna Coolababy, sebabnya dia ni snap button. Saya ni Velcro Mummy. Heheh. Suka yang mudah dan pantas. Lagi satu , dia ni poket diaper. Kena rajin isi insert. Dan yang ketiga, cutting dia agak besar sikit. Tengok gambar kat atas, anak saya 2 tahun masih pakai setting medium saja ...
Baru- baru ni saya beli sekeping lagi Coolababy, Coolababy Printed Velcro warna ungu. Yess I like! Warna ungu, warna kegemaran. Corak macam angin dalam cerita Avatar The Last Airbender. Velcro closure. Yang ni rasanya 2nd atau 3 rd version. Cutting lebih kecil dari 1st version.
Setakat ni, saya tak menghadapi masalah dengan Coolababy. Tak ada leaking, walau guna 1 insert, tapi saya tukar CD 3-4 jam sekali. Selalunya tambah zorb layer satu lagi untuk elakkan "boco". Insert cepat kering. Velcro pun ok.
Untuk sesiapa yang ingin mencari CD mampu milik yang ok, boleh cuba Coolababy. Harganya pun ok, sekarang dalam RM 25-35 lebih kurang Oh saya tak jual CD! Saya cuma suka pakai, cuci, susun dan tengok saja hihihi. :)
* nanti anak dah besar , macam mana nak cuci CD lagi? hihihi *
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.