Sakit lutut merupakan salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami oleh semua, baik yang muda atau pun tua. Ini kerana lutut merupakan salah satu sendi yang digunakan hampir sepanjang hari untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Kita berjalan, berlari, menaiki tangga, serta tunduk mengangkat barang—semuanya melibatkan pergerakan sendi lutut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya setiap seorang daripada kita akan mengalami sakit lutut sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita.
Apakah yang ada dalam sendi lutut
Dalam sendi lutut yang kecil itu, terkandung pelbagai jenis bahan yang rencam sifatnya. Terdapat dua tulang yang keras - iaitu tulang femur di atas , dan tulang tibia serta fibula di bahagian bawah. Di celah-delah tulang ini , terdapa tulang rawan yang kita panggil cartilage. Tuhan juga menganugerahkan kita meniscus, iaitu tulang rawan yang berbentuk seperti pemegang baldi untuk menyerap hentakan dan tekanan yang lutut hadapi setiap hari. Juga, terdapat lendir di sekeling struktur ini bagi memastikan lutut kita dapat bergerak dengan lancar. Selain dari itu, seperti organ badan yang lain , terdapat salur darah, dan saraf di luar sendi tersebut. Lutut kemudiannya diselaputi oleh lapisan kulit sebagai lapisan perlindungan di luar.
X-ray pesakit yang mengalami osteoarthritis lutut |
Punca-punca sakit lutut
Punca sakit lutut boleh dibahagikan mengikut usia. Punca sakit lutut biasanya berbeza, namun terdapat beberapa punca yang boleh dialami oleh tua dan muda.
1. Golongan Muda
a. Kecederaan semasa bersukan/ terjatuh
Kebanyakan sakit lutut yang dialami secara mengejut atau tiba-tiba adalah semasa bersukan. ianya terjadi apabila lutut berpusing melebihi kapasitinya dan selalunya menyebabkan meniscus tercedera - sama ada putus setengah atau putus keseluruhannya. Atau pun mungkin terdapat ligament yang tercedera. Golongan muda juga kerap mengalami kecederaan daripada terjatuh atau kemalangan jalan raya dan sebagainya.
2. Golongan tua
a. Kecederaan Semasa Pergerakan atau Trauma
Kecederaan ringan akibat pergerakan yang tidak disengajakan atau jatuh secara tidak sengaja juga sering terjadi dalam kalangan warga emas.
b. Serangan Gout
Serangan gout boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat di lutut kerana pembentukan kristal asid urik yang menyerang sendi.
c. Osteoarthritis
Osteoarthritis atau keradangan sendi kronik adalah salah satu punca utama sakit lutut dalam kalangan pesakit tua. Ini berlaku apabila tulang rawan di lutut semakin haus akibat penggunaan yang berpanjangan, menyebabkan geseran antara tulang. Selain daripada umur, wanita berisiko mengalami osteoarthritis w kali ganda daripada lelaki. Ini kerana bentuk pelvik wanita berbeza daripada lelaki menjadikan tekanan kepada sendi lutut lebih daripada golongan lelaki.
d. Kecederaan Lama:
Kecederaan lama yang pernah dialami mungkin tidak sembuh sepenuhnya dan boleh menyebabkan kesakitan yang berterusan, terutama jika sendi lutut sering digunakan.
Cara Mengurangkan Sakit Lutut
Bagi yang mengalami sakit lutut, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan ketidakselesaan dan memelihara kesihatan sendi lutut.
1.Rehat dan Hindari Aktiviti yang Membebankan Lutut
- Elakkan aktiviti yang melibatkan tekanan berlebihan pada lutut seperti membongkok atau angkat berat. Kebanyakan dari kita suka berlari/ jogging, mungkin kita perlu memilih sukan lain yang lebih mesra kepada lutut, contohnya berenang, berbasikal atau berjalan.
2. Terapi Ais atau Haba sebagai rawatan akut
- Meletakkan ais pada lutut yang sakit selama 15-20 minit dapat membantu mengurangkan bengkak dan radang sebaik saja sakit lutut bermula. Sebaliknya, terapi haba boleh membantu mengurangkan kekejangan pada otot lutut.
3. Senaman Lutut dan Fisioterapi bagi Menguatkan Otot
- Kaedah ini merupakan kaedah rawatan yang paling penting dan mereka yang mengalami sakit lutut perlu sentiasa konsisten dengan senaman lutut. Banyak video di youtube pada masa kini yang mengajar kita bagaimana untuk menguatkan otot-otot dan sendi lutut. Senaman regangan yang ringan dapat membantu melancarkan pergerakan lutut. Selain itu, penguatan otot paha dan betis juga penting untuk menyokong lutut dan mengurangkan beban ke atasnya.
4. Mengurangkan Berat Badan
- Berat badan yang berlebihan boleh memberikan tekanan tambahan pada lutut. Dengan mengurangkan berat badan, tekanan pada lutut juga akan berkurangan dan ini membantu mengurangkan kesakitan. BMI yang ideal adalah antara 20-25.Boleh baca post ini mengenai cara mengurangkan berat badan.
5. Menggunakan Alat Bantuan
- Bagi pesakit yang mengalami sakit lutut kronik, penggunaan alat bantuan seperti tongkat atau knee brace boleh memberikan sokongan tambahan dan mengurangkan tekanan pada lutut.
6. Pengambilan Suplemen Sendi
- Suplemen yang mengandungi glucosamine dan chondroitin sering disarankan untuk membantu memelihara kesihatan sendi dan mengurangkan kerosakan pada tulang rawan. Supplemen lain yang didapati berkesan juga adalah seperti Omega 3, (boleh klik di sini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai Omega 3) ekstrak avocado dan vitamin D yang mudah didapati di pasaran. Walaupun bagaimana pun, supplemen ini perlulah sebagai sokongan kepada senaman dan bukan bergantung kepada supplemen semata-matanya. Sekiranya otot dan rawan lutut tidak kuat, supplemen ini tidak dapat membantu banyak dalam mengurangkan kesakitan. Terdapat pandangan juga bahawa kunyit dan halia yang ditumbuk dan dijadikan teh dapat mengurangkan radang di lutut kerana sifat bahan tersebut yang mengurangkan radang. Mulakan dengan jumlah yang kecil dan tambahkan mengikut kesesuaian.
7. Mengamalkan Diet Anti-Radang
- Makanan seperti ikan berlemak, sayuran hijau, dan buah beri mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan. Makanan ini boleh dimasukkan dalam diet harian untuk membantu kesihatan lutut.
Kesimpulan
Sakit lutut boleh mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan kualiti hidup seseorang. Oleh itu, menjaga kesihatan sendi lutut adalah penting bagi memastikan kehidupan yang aktif dan bebas daripada kesakitan. Mengamalkan gaya hidup yang sihat, menghindari tekanan berlebihan pada lutut, serta mendapatkan rawatan yang tepat apabila mengalami sakit lutut boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan sendi pada masa hadapan.
Cara-cara Mengurangkan Sakit Lutut
Isnin, 4 November 2024