Salam semua, entri saya hari ini adalah mengenai tanam sayur hidroponik di apartmen. saya pasti ramai ibu-ibu (dan ayah-ayah mungkin!) yang setuju dengan saya apabila saya katakana harga sayur-sayur pada ketika ini sudah naik melambung! Dahulu, saya boleh beli sayur pak choy seplastik dengan harga RM2 sekarang harganya hampir RM4. Paling mahal adalah salad sampur. Dulu harganya dalan RM5-6 saja , dalam setahun dua tahun harganya dah naik sehingga RM10. 

Pokok kangkung hidroponik
Pokok kangkung hidroponik

Mengapa tanam sayur hidroponik?

1.Bekalan sayur yang segar

Sebab utama saya mula berjinak-jinak dengan sayur hidroponik ialah kerana saya inginkan sayur yang segar. Bila kita beli di pasar, kemudian simpan dalam peti ais, sayur cepat layu dan rosak, walaupun disimpan dengan pelbagai cara (balut kertas bagai semua). Saya suka jika saya boleh petik, terus masak dan makan.

2.Harga sayur yang meningkat. 

Tentunya tuan puan berkata, nak tanam sayur  pun ada kos juga. Itu juga betul. Tapi set asas ni kita beli sekali saja. Selepas tu hanya kos biji benih yang sangat murah (RM1-2) sepaket dengan beratus-ratus benih dan kos baja. Purata baja AB berharga RM10 bagi 1 L (satu set), tapi boleh digunakan sehingga setahun juga (dengan kaedah tukar air seminggu sekali/ 2 kali). Saya masih merasakan ianya menjimatkan kerana satu kali penanaman boleh dituai 2-3 kali.

3.Mudah. 

Kaedah hidroponik berasal dari Kaedah Kratky yang bersifat semai-dan-tinggal. Kaedah ini sangat mudah dan tidak perlukan pam/ ikan/ oksigen. Bagi saya yang mempunyai tugasan yang agak sibuk, kaedah ini sangat sesuai. Penanaman hidroponik tidak memerlukan kita menggunakan baja tinja haiwan atau epsom salt atau bahan-bahan pertanian lain.

4.Kepuasan hati. 

Apabila sayur berkembang biak dengan cantik, ia memberi kepuasan kepada penanam dan rasa syukur kepada Tuhan yang memberikan rezeki yang mudah kepada kita. 

Bagaimana mula tanam sayur hidroponik?

Saya mula menanam sayur hidroponik pada tahun lepas. Saya beli set hydroponik yang murah dan simple dari Shopee dari kedai fuzzlytech di sini. Masa tu harganya dalam RM18, namun kita juga boleh dapati dengan harga yang lebih rendah sekarang, RM10-RM11 pun ada.

Set penanaman sayur hydroponik pertama saya

Saya bersyukur sebab set pertama saya sangat mudah. Masa tu saya belum belajar sangat mengenai germination, seedling , peranan lampu dan lain-lain. Saya memang ikut betul-betul arahan dalam manual yang mudah.

Set hidroponik asas pertama saya

Langkah-langkah asas menyemai benih hidroponik 

1.Basahkan rockwool. 

Pastikan rockwool benar-benar basah (rendam dalam 10-15 minit pun boleh). 

Rockwool adalah sejenis media penanaman yang baik kerana boleh menyerap air dengan baik. ia menjadikan benih tuan puan kekal basah dan lembap. Ia diperbuat dari batu bernama basalt yang dijumpai di kawasan gunung berapi dan dicampur dengan kapur  yang dicairkan pada suhu tinggi. Suhu yang tinggi ini menjadikan media ini bebas dari kuman yang boleh membahayakan pokok nanti. Rockwool juga tidak mengganggu pH atau EC air, serta boleh dipindahkan terus ke dalam pasu jika mahu. 

2.Letakkan biji benih dalam rockwool.

Gunakan air bertapis supaya klorin tidak menjejaskan tanaman.

Hari pertama semaian

3.Letakkan rockwool & biji dalam bekas 

Tutup untuk mengelakkan cahaya matahari selama 2-4 hari.

4.Periksa anak pokok dalam 3-4 hari. 

Pada hari ketiga atau keempat , biasanya anak pokok telah mulai tumbuh. Jika ada anak pokok yang belum tumbuh, boleh gantikan dengan benih lain. Kadangkala , ada anak pokok yang mengambil masa sedikit berbanding anak pokok lain untuk tumbuh.

Hari ke-3: Anak pokok telah tumbuh selepas 3 hari disemai

5.Dedahkan pada cahaya matahari dan baja

Apabila ada daun pokok (true leaves) boleh dedahkan kepada Matahari. Kebiasaannya, daun awal yang tumbuh pada anak pokok bukan berupa seperti daun sebenar. Daun sebenar yang tumbuh selepas beberapa hari kita panggil daun sebenar (true leaves)

Pada fasa ini boleh letakkan sedikit baja AB atau apa-apa baja cecair yang bersesuaian pada nisbah 1/4 daripada kebiasaan. Ini kerana anak pokok ini masih kecil dan belum kuat lagi untuk menerima baja pada konsentrasi yang pekat
Hari ke-10: anak pokok telah mula tumbuh. Gambar agak gelap kerana saya pulang dari kerja lewat malam

6.Tukar air dan baja seminggu sekali

Hari ke -30 : Anak pokok telah membesar.

7.Tuai sayuran

Tuai sayuran apabila cukup masa. Jangan tunggu berbunga kerana sayur akan terasa pahit.
Daun sawi yang hijau dan cantik

Sayur sawi yang telah dipetik

Sayur sawi yang saya tanam ini rasanya segar dan manis, berbanding yang dibeli di pasar. Saya tak pasti adakah perasaan sendiri saja, ataupun memang benar begitu. Selain sawi, saya juga pernah menanam kangkung.
Gemuk-gemuk dan hijau daun kangkungnya

Sayur kangkung ini saya telah tuai 3 kali dari pada satu kali penanaman. Maksudnya, apabila telah banyak daun, kita potong daun setakat yang kita ingin makan. Potong di atas batang yang ada ruas, supaya pokok boleh tumbuh lagi. Alhamdulillah, saya rasa kangkung saya pun lebih sedap daripada kangkung di kedai.
Setup untuk tanam kangkung di tempat kecil

Jika ruangan di rumah tuan puan kecil saja, tidak menjadi masalah. Set hidroponik asas 8 pot ini pun mencukupi. Suami saya yang bantu menyediakan dawai supaya pokok kangkung boleh panjat tinggi dengan lebih kemas.
Cepat daun kangkung tumbuh semula

Pokok kangkung saya lebih cepat tumbuh dari sawi. Dalam 4- 6 minggu , ia boleh tumbuh semula dengan lebat selepas dipotong.

Kaedah semaian bagi mendapat hasil yang lebih baik

1.Semaian menggunakan seedling tray

Sebelum ini, saya hanya biarkan dalam bekas hidroponik yang diberi. Tetapi kini saya letakkan dalam bekas seedling. Bekas ini mempunyai penutup dan kelembapan pokok boleh dikawal.
Semaian menggunakan seedling tray dan lampu UV

2.Cahaya UV

Semasa proses germination ini, anak-anak pokok bagus diletakkan di bawah cahaya UV light di kawasan yang sedikit panas. Oleh itu, kini saya letakkan anak-pokok di bawah lampu UV light. Lampu ini saya beli di link ini. Boleh laraskan warna, tahap terang dan ada juga timer.

3.Heat pad atau dasar yang panas

Di negara Barat, mereka letakkan /heat pad/ di bawah /seedling tray/ supaya anak pokok cepat membesar. Tetapi saya letakkan di atas mesih basuh & dryer sahaja. Suhu yang sedikit panas akan mempercepat proses germination.

Melalui 3 teknik ini, anak pokok saya telah germinate dalam tempoh 12 jam sahaja daripada tempoh disemai.
Comelnya biji benih yang telah mula germinate

Kesilapan yang selalu dibuat oleh penanam sayur hidroponik

1.Tidak menggunakan sarung tangan ketika memegang rockwool

Fiber dalam rockwool boleh menyebabkan iritasi kepada mata, kulit dan paru-paru. Oleh itu, jangan lupa pakai sarung tangan. Jika ada face shield/ goggle untuk melindungi mata serta face mask adalah lebih baik. Jangan hidu fiber / habuk dari rockwool !

2.Rockwool terlalu lembap

Walaupun kita inginkan rockwool yang lembap, tetapi bukan sehingga menjadikan anak pokok kita “lemas” di dalam air. Oleh itu, selepas merendam rockwool, angkat rockwool dan pastikan tiada air yang menitis, barulah diletakkan dalam bekas. Jangan picit rockwool macam span, kerana ia bukan span! (ko dah kenapa …). Jika rockwool dipicit, ia boleh lerai.

3.Cara pembuangan rockwool

Rockwool adalah bahan buatan manusia oleh itu ianya bukan organic. Jika dibuang di tempat pembuangan sampah, ia tidak akan terlerai. Oleh itu, jika anda perlu membuang rockwool, maka hancurkan sehingga menjadi kecil-kecil dan taburkan di laman. Ia akan membantu tanah menyerap air dengan lebih baik dan akan menggalakkan pertumbuhan pokok.

4.Tidak mengukur pH

Kita disarankan untuk mempunyai alat EC meter bagi mengukur pH dan kepekatan EC air. Bagi penanaman sayur salad contohnya, pH yang dicadangkan adalah antara 5.5 - 6.0 manakal EC yang yang sesuai adalah 1.2 mS/cm ketika semaian dan 1.5 mS/cm ketika pertumbuhan.

5.Kurang pencahayaan

Bagi kita rakyat marhaen yang tinggal di apartmen, ini adalah masalah yang paling utama. Pencahayaan matahari di balkoni selalunya kurang mencukupi untuk pokok-pokok berdaun. Jika ada merasakan pencahayaan di apartmen tidak mencukupi, tuan puan boleh membeli cahaya UV untuk membantu pokok-pokok mendapat lebih cahaya.

Selamat berhidroponik! Jika tuan puan ada tips mengenai tanaman hidroponik, jemputlah kongsi di sini supaya kita semua boleh dapat manfaat bersama :)

Cara Tanam Sayur Hidroponik di Apartmen : Mudah dan Jimat

Sabtu, 2 April 2022

Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian(Fabric Face Mask Jovian)

Hai semua, dalam entri kali ini, saya akan reviu pelitup muka fabrik Jovian (fabric face mask Jovian). Sepertimana yang kita semua maklum, tahun 2022 menyaksikan gelombang COVID-19 seperti tahun 2021, di mana jika tahun 2021, varian yang menjadi penyebab adalah Delta varian namun pada tahun ini, kita diancam oleh varian yang dinamakan Omicron pula. 

Jadi, pemakaian pelitup muka atau face mask kini merupakan satu keperluan bagi kita. Ada banyak jenama pelitup muka di pasaran tapi yang manakah yang paling selesa, menarik dan mudah digunakan? 

Jenama Jovian merupakan salah satu jenama pelitup muka yang popular dan menjadi kesukaan ramai. Jovian mengeluarkan banyak jenis pelitup muka - ada jenis kain, jenis pakai buang, KF94, N95 dan banyak lagi. Hari ini, jom kita lihat ciri-ciri pelitup muka jenis fabrik yang glamer ini.

Pelitup Muka Fabrik Jovian x Ria Miranda

Saya telah membeli sekeping Pelitup Muka dari siri Persahabatan (Friendship Series) yang direka bersama Ria Miranda berwarna hijau. Jom kita reviu.

1.    Urusan Pembelian

Di mana nak beli pelitup muka Jovian?

Pelitup muka Jovian boleh dibeli daripada pelbagai platform seperti - 

Website Jovian

website shopee Jovian

  • pembeli peribadi / personal shopper - kebanyakan pembeli peribadi akan mengiklankan diri di laman instagram Jovian - boleh pilih yang mana dekat dan bersesuaian. Kalau anda mahukan barang dengan cepat atau dihantar segera, pembeli peribadi adalah pilihan yang sesuai

Pilihan saya - shopee!

Bagi saya, saya suka menggunakan shopee. Saya dapati barangan Jovian yang dijual di shopee tidak sebanyak/ lengkap seperti di laman sesawang Jovian, tetapi kerana butiran saya telah pun ada di shopee, maka saya selesa dengan shopee.

2.    Penghantaran

Pilihan corak dan warna pelitup muka

Saya pilih warna hijau kerana hijau ni memang cantik sangat. Tak terang sangat, dia lebih kepada hijau army gitu. Tak banyak mask warna hijau seperti ini, tapi saya ada banyak baju yang boleh match dengan hijau army ni. Yang peliknya - nama mask ini adalah Jovian x Ria Miranda The Friendship Series Hijab Mask for Adult - Cement Grey. Kat mana grey tu- saya tak pasti pula 😅

Tempoh Penghantaran 

Tempoh penghantaran mengambil sedikit masa. Saya membuat pembayaran pada 12 Disember 2021. Barangan dipos keluar pada 14 Disember 2021 dan diterima pada 17 Disember 2021, menggunakan Shopee Express. Tempoh keseluruhan adalah 5 hari.

Kebiasaannya, kita boleh menerima barangan dalam 2-3 hari. Tapi saya faham mungkin tempahan Jovian agak banyak, tempoh 5 hari bagi saya adalah satu tempoh yang boleh diterima.

Syarikat penghantaran 

Jovian menggunakan Shopee Express - Standard Delivery. Setakat ini, saya tidak ada isu dengan Shopee Express

3.    Pembungkusan

Pembungkusan luar

Seperti biasa, barangan Jovian akan diletakkan dalam kotak Jovian. Kotaknya berkualiti, baru dan bukan diguna semula atau ditampal-tampal. Terdapat bubble wrap dalam kotak bagi memastikan pelitup muka tidak rosak. Kotak pelitup muka, diletakkan dalam kotak Jovian.

Kotak Pelitup Muka Jovian

Pembungkusan barangan 

Pelitup muka diletakkan dalam kotak kecil cantik yang sesuai dijadikan hadiah juga. Terdapat greeting card, pelitup muka dan 5 keping filter. Terasa seronok membuka pelitup muka ini- seperti menerima hadiah daripada tersayang.

Kotak Pelitup Muka Jovian

4.    Kualiti Material

Lapisan luar pelitup muka

Merujuk kepada laman shopee Jovian, lapisan luar pelitup muka ini dibuat daripada kain neoprene yang mudah untuk pemakainya bernafas. Kain neoprene diperbuat daripada getah sintetik, kalis air, serta tahan lasak.

Kain pengikat pelitup muka ini jenis tie-in yang panjang. Jahitannya kemas dan teliti. Corak pada pelitup muka, terang dan sharp - bukan kabur dan pudar seperti jika kita membeli produk tiruan.

Pelitup Muka Fabrik Face Mask Jovian

Lapisan dalam

Pada agakan saya, lapisan dalam pelitup muka ini dibuat daripada kain kapas lembut. Memang sangat lembut, bila bersentuh dengan pipi rasa licin saja. 

Lapisan dalam Pelitup Muka Jovian

Bukaan dan filter

Pelitup muka ini mempunyai satu saja bukaan di belah kiri. Jadi proses memasukkan filter sedikit tricky. Boleh saja kita masukkan seperti mana kita masukkan bantal ke dalam sarung bantal - tarik perlahan-lahan filter hingga ke hujung mask

Filter yang diberikan adalah jenis melt blown, maka tujuannya adalah untuk dibuang selepas sekali pakai. Boleh beli tambahan filter untuk refill di link ini  , harganya RM26 untuk 50 keping. Ada juga filter dari jenis nanofilter, yang boleh dibasuh berkali-kali, yang boleh dibeli di link ini  harganya RM10 bagi 3 keping.

5.    Senang Bernafas/ Bercakap

Dari segi kebolehan bernafas, pelitup muka ini mudah untuk dilalui udara. Juga terdapat sedikit ruang di hadapan muka, jadi dia tak terlalu ketat sampai melekat ke muka.

Namun , jujurnya saya dapati kain di bahagian dalam senang tertarik ke hidung apabila kita menyedut udara. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu pernafasan dan menyukarkan percakapan. Pelitup muka ini juga tidak mempunyai besi untuk kita laraskan di bahagian hidung. Jadi jika anda berkaca mata, sekali sekala kaca mata anda akan berwap.

6.    Harga 

Harga asal pelitup muka ini adalah RM50. Tetapi semasa saya beli, ada offer RM44. Ada juga Jovian beri voucher RM5, dan saya redeem coin sebanyak 799 (jadi tolak RM7.99 lagi). Jadi saya beli dengan harga RM39.50, yang pada pandangan saya , bersesuaian dengan kualiti pelitup muka tersebut.

7.    Praktikaliti

Sebenarnya saya hanya menggunakan pelitup muka ini beberapa kali sahaja. Saya gunakan sebagai mask kedua (untuk double masking). Tapi punca utama saya tidak dapat gunakan selalu adalah kerana fogging (cermin mata saya berwap) apabila memakai pelitup muka ini.

Kesimpulan

Pro

  • pelitup muka fabrik Jovian memang sangat cantik. 
  • Jahitan kemas
  • material lembut, boleh bernafas tahan lasak.
  • Kotak cantik macam hadiah

Kontra

  • tiada nose bridge - jadi menyebabkan berwap
  • hanya satu lubang bukaan filter - mungkin sukar untuk masukkan filter bagi sesetengah orang
  • kain di sebelah dalam melekat di hidung ketika bernafas

Keseluruhannya, jika anda ingin bergaya, pelitup mask ini memang cantik, sesuai digayakan di pejabat atau majlis. Tapi sebab sekarang kita dilanda Omicron, saya cadangkan untuk digunakan bersama 3-ply mask di dalam. Dari segi practicality, boleh ditambah baik lagi dengan menambah nose bridge dan menggunakan kain yang kurang melekat ketika bernafas.

saya berikan 4/5 bintang.

Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian (Fabric Face Mask Jovian)

Sabtu, 26 Februari 2022