3 barang IKEA paling berbaloi dan paling berguna dalam rumah saya

Rabu, 9 September 2015



Seperti kebanyakan wanita lain, saya sangat sukakan barang IKEA dan entri ini berkisar tentang 3 barang IKEA yang paling berbaloi dan paling berguna di rumah saya. 


apps_iphone IKEA
Boleh gunakan apps IKEA untuk merancang barang IKEA yang akan dibeli

Apa itu IKEA?

Saya rasa 99.999999% wanita di Malaysia pasti kenal dengan nama IKEA. Tapi bagi mereka yang belum mengenali IKEA, IKEA ialah satu kedai yang menjual pelbagai perabot dan peralatan rumah. Ianya diasaskan oleh Ingvar Kamprad dari Sweden dalam tahun 1943. Ha, cerita sejarah Ikea ni memang sangat best, tapi dalam entri lain la kot kita cerita ya. 

Di Malaysia, terdapat dua cawangan IKEA. Cawangan pertama di Mutiara Damansara, Selangor bersebelahan The Curve dan Kidzania (tempat dunia kanak-kanak olok-olok yang terkenal). Cawangan kedua pula sedang dibina di Cheras dan dijangka siap pada akhir tahun 2015. 

Apakah yang unik di IKEA? 

IKEA menjadi tumpuan dari seluruh pelusuk negara kerana showroom IKEA yang sangat luas dan pelbagai variasi. Daripada rumah 3 bilik sehingga bilik studio, dari bilik tidur kanak-kanak sehingga ke dapur showroom IKEA menyediakan pelbagai pilihan lengkap dengan semua perabot rumah untuk diterokai oleh para pengunjung. Malah semasa kunjungan saya ke IKEA 2 minggu lepas, mereka telah mengadakan showroom contoh kedai permainan kanak-kanak pula! Sungguh kreatif sekali pekerja IKEA.

Pengalaman membeli-belah di IKEA pula biasanya sangat menyeronokkan. Saya suka mencadangkan agar anda datang pagi supaya sampai di pintu masuk pada jam 9 pagi. Ada 2 kelebihan ; 
a) parking lot masih mudah didapati pada waktu sebegini
b) anda juga boleh dapat kopi PERCUMA!

Ya, dari jam 9 - 9.30 pagi, anda boleh mendapat kopi percuma di kafeteria IKEA yang sangat comel itu. Mereka juga menyediakan pelbagai hidangan masakan timur dan Barat pada harga yang menjimatkan! Setiap hari ada menu berharga RM1- seperti mihun atau nasi lemak, di samping menu kepak ayam goreng, bebola daging dan roti telur. 

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, terdapat kawasan mainan kanak-kanak di tingkat bawah yang dijaga oleh pekerja IKEA dinamakan SMALAND. Ada televisyen yang menawarkan filem animasi dan pelbagai permainan yang akan menghiburkan anak-anak anda sementara ibubapa membeli belah. 

Okay, cukup dengan cerita IKEA, jom tengok 3 barang IKEA yang saya rasa berbaloi sangat beli :


1. Kotak LEKMAN IKEA

IKEA_LEKMAN_box
Kotak LEKMAN dengan KALLAX shelving unit

Kotak ini dibuat dari plastik. Terdapat banyak warna dan sangat mudah disusun. Disebabkan ianya dibuat dari plastik, kotak ini sangat tahan lasak dan boleh diletakkan di atas satu sama lain. Anda boleh gunakan kotak ini untuk mengisi apa saja : baju budak, baju kotor, baju lama, baju nak derma, baju sekarang, buku-buku, barang makanan kering seperti biskut/kicap/sos/ sardin, beg tangan, dan macam-macam lagi. Pendek kata apa saja yang anda nak isi boleh diisi dalam kotak ini. 

Kotak LEKMAN ini juga boleh dijadikan sebahagian sistem almari rumah. Sistem ini sangat versatil. Anda boleh menggabungkan sistem ini dengan kotak IKEA yang lain seperti KALLAX shelving unit, atau membiarkannya kosong apabila perlu. 

Kotak LEKMAN ini berharga RM39.90 satu. 

2. Kotak berlaci IKEA

IKEA_drawers
Kotak berlaci IKEA yan comel

Minta maaf, saya tidak tahu nama kotak ini! (Saya sudah cuba mencari di katalog IKEA tetapi tidak menjumpainya, jika ada pembaca yang mengetahui nama produk ini boleh beritahu saya?) Kotak berbentuk laci yang diperbuat daripada kertas kadbod keras ini sangat saya sukai. Walau pun kegunaan sebenar organizer ini adalah untuk menyimpan kertas, pen dan pensel, tapi saya dapati ianya sangat berguna untuk mengemaskan dashboard yang bersepah!

Biasalah, orang perempuan memang banyak barang atas dashboard- bedak, minyak wangi, lipstik, kotak tisu bla bla bla…Selepas saya membeli kotak ini , hasilnya sangat memuaskan hati seperti di atas. Kotak ini berharga dalam RM70-80 (saya tidak berapa ingat...)

3. Laundry bag IKEA

Penyidai baju IKEA yang sesuai dengan ketinggian anak saya

Laundry bag ini adalah keluaran lama IKEA yang saya telah tidak ketahui lagi apa namanya. Asalnya kami menggunakan laundry bag ini sebagai beg menyimpan baju-baju kotor. Ianya satu ciptaan yang best kerana beroda. Jadi saya hanya perlu tarik saja laundry bag beroda ini ke mesin basuh (tak kisahlah walau berat macam mana pun).

Dua tahun selepas itu, kami berubah fikiran. Kami perlukan tong sampah pula (untuk benda kering seperti kertas, tisu dan lain-lain). Jadi untuk seketika, laundry bag bertukar menjadi tong sampah. Transformer!

Selepas beberapa bulan, kami buat keputusan untuk menjadikannya penyidai baju anak kami. Jadi hingga ke hari ini, laundry bag / tong sampah /penyidai baju yang pelbagai guna ini masih bersama kami.


Sebenarnya banyak lagi barang IKEA yang berbaloi dan berguna (kerana boleh bertukar fungsi mengikut keperluan semasa). Insya Allah jika ada masa, saya akan kongsikan lagi. Bagaimana dengan anda? Saya pasti anda juga ada barang IKEA yang telah ditukar fungsinya. Jom kongsikan di ruangan komen bersama pembaca-pembaca lain...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.