Pengalaman sendiri : 4 tip bagaimana nak menyusukan anak di khalayak ramai

Isnin, 7 Mac 2011

Agak menarik persoalan yang ditanya adik saya, macam mana nak menyusu di khalayak ramai?

Pengalaman saya menyusukan anak hingga berusia empat tahun:

nursing-cover
Contoh nursing cover

1.Nursing cover 


 Mula- mula, boleh gunakan nursing cover. Memang ada tudung boleh cover, tapi untuk lebih selamat, pakai cover ni, sebab kita baru nak belajar, posisi pun takut tersalah- salah. Kadang-kadang bayi yang aktif, tangan dia pegang ke sana-sini, tudung pun boleh terselak.

baju-menyusu
Dulu-dulu saya ada banyak blaus begini. Imej ini dipetik dari kedai online menjual nursing wear ini

2. Baju menyusu atau nursing wear 


Kemudian, bila dah 4-5 bulan, anak saya yang aktif tak suka nursing cover. Mungkin dia rasa lemas atau dia nak tengok muka saya, jadi saya lebih banyak pakai nursing wear. Bagus sebab dah tak bawa nursing cover ke sana ke mari. Coverage pun okay. Masa dulu nursing wear tak banyak di pasaran, tapi kini mudah didapati di kedai fizikal atau online. Corak dan design pun dah semakin cantik.

3. Cari bilik menyusu/ surau/ fitting room 

Apabila anak saya mencecah usia setahun, dia suka buat aksi aksi akrobatik semasa menyusu. Jadi seboleh- boleh cari nursing room/ surau. Fitting room pun boleh. Ada sekali tu masa kat Sogo, tak tau nak breastfeed kat mana , saya duduk aje di lantai celah celah rak lingerie. Kemudian ada salesgirl tunjukkan spot tersorok sikit kat rak lingerie. Hehe. Sungguh baik. Kebanyakkan nursing room pun comfortable, clean , ada kerusi sofa dan sink. Antaranya Ikea dan Pavillion.

4. Susukan terlebih dahulu di dalam kereta 


Sekarang DD dah agak besar, lebih minat nak berjalan-jalan bila pergi ke kedai. Jadi dia akan menyusu dalam kereta saja, sebelum sampai dan dalam perjalanan pulang. Hehe, sangat senang macam ni.

Saya paling suka menyusu badan, sebab tak payah bawa botol, air panas, air sejuk, tin susu, bakul, berus dan seluruh dapur bila berjalan. Best best! :)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.