Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian(Fabric Face Mask Jovian)
Jadi, pemakaian pelitup muka atau face mask kini merupakan satu keperluan bagi kita. Ada banyak jenama pelitup muka di pasaran tapi yang manakah yang paling selesa, menarik dan mudah digunakan?
Pelitup Muka Fabrik Jovian x Ria Miranda
Saya telah membeli sekeping Pelitup Muka dari siri Persahabatan (Friendship Series) yang direka bersama Ria Miranda berwarna hijau. Jom kita reviu.
1. Urusan Pembelian
Di mana nak beli pelitup muka Jovian?
Pelitup muka Jovian boleh dibeli daripada pelbagai platform seperti -
- laman sesawang rasmi https://jovian.com.my
- laman shopee Jovian: Jovian RTW https://shopee.com.my/jovianrtw.os
- pembeli peribadi / personal shopper - kebanyakan pembeli peribadi akan mengiklankan diri di laman instagram Jovian - boleh pilih yang mana dekat dan bersesuaian. Kalau anda mahukan barang dengan cepat atau dihantar segera, pembeli peribadi adalah pilihan yang sesuai
Pilihan saya - shopee!
Bagi saya, saya suka menggunakan shopee. Saya dapati barangan Jovian yang dijual di shopee tidak sebanyak/ lengkap seperti di laman sesawang Jovian, tetapi kerana butiran saya telah pun ada di shopee, maka saya selesa dengan shopee.
2. Penghantaran
Pilihan corak dan warna pelitup muka
Tempoh Penghantaran
Tempoh penghantaran mengambil sedikit masa. Saya membuat pembayaran pada 12 Disember 2021. Barangan dipos keluar pada 14 Disember 2021 dan diterima pada 17 Disember 2021, menggunakan Shopee Express. Tempoh keseluruhan adalah 5 hari.
Kebiasaannya, kita boleh menerima barangan dalam 2-3 hari. Tapi saya faham mungkin tempahan Jovian agak banyak, tempoh 5 hari bagi saya adalah satu tempoh yang boleh diterima.
Syarikat penghantaran
Jovian menggunakan Shopee Express - Standard Delivery. Setakat ini, saya tidak ada isu dengan Shopee Express
3. Pembungkusan
Pembungkusan luar
Seperti biasa, barangan Jovian akan diletakkan dalam kotak Jovian. Kotaknya berkualiti, baru dan bukan diguna semula atau ditampal-tampal. Terdapat bubble wrap dalam kotak bagi memastikan pelitup muka tidak rosak. Kotak pelitup muka, diletakkan dalam kotak Jovian.
Pembungkusan barangan
Pelitup muka diletakkan dalam kotak kecil cantik yang sesuai dijadikan hadiah juga. Terdapat greeting card, pelitup muka dan 5 keping filter. Terasa seronok membuka pelitup muka ini- seperti menerima hadiah daripada tersayang.
4. Kualiti Material
Lapisan luar pelitup muka
Merujuk kepada laman shopee Jovian, lapisan luar pelitup muka ini dibuat daripada kain neoprene yang mudah untuk pemakainya bernafas. Kain neoprene diperbuat daripada getah sintetik, kalis air, serta tahan lasak.
Kain pengikat pelitup muka ini jenis tie-in yang panjang. Jahitannya kemas dan teliti. Corak pada pelitup muka, terang dan sharp - bukan kabur dan pudar seperti jika kita membeli produk tiruan.
Lapisan dalam
Pada agakan saya, lapisan dalam pelitup muka ini dibuat daripada kain kapas lembut. Memang sangat lembut, bila bersentuh dengan pipi rasa licin saja.
Bukaan dan filter
Pelitup muka ini mempunyai satu saja bukaan di belah kiri. Jadi proses memasukkan filter sedikit tricky. Boleh saja kita masukkan seperti mana kita masukkan bantal ke dalam sarung bantal - tarik perlahan-lahan filter hingga ke hujung mask
Filter yang diberikan adalah jenis melt blown, maka tujuannya adalah untuk dibuang selepas sekali pakai. Boleh beli tambahan filter untuk refill di link ini , harganya RM26 untuk 50 keping. Ada juga filter dari jenis nanofilter, yang boleh dibasuh berkali-kali, yang boleh dibeli di link ini harganya RM10 bagi 3 keping.
5. Senang Bernafas/ Bercakap
Dari segi kebolehan bernafas, pelitup muka ini mudah untuk dilalui udara. Juga terdapat sedikit ruang di hadapan muka, jadi dia tak terlalu ketat sampai melekat ke muka.
Namun , jujurnya saya dapati kain di bahagian dalam senang tertarik ke hidung apabila kita menyedut udara. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu pernafasan dan menyukarkan percakapan. Pelitup muka ini juga tidak mempunyai besi untuk kita laraskan di bahagian hidung. Jadi jika anda berkaca mata, sekali sekala kaca mata anda akan berwap.
6. Harga
Harga asal pelitup muka ini adalah RM50. Tetapi semasa saya beli, ada offer RM44. Ada juga Jovian beri voucher RM5, dan saya redeem coin sebanyak 799 (jadi tolak RM7.99 lagi). Jadi saya beli dengan harga RM39.50, yang pada pandangan saya , bersesuaian dengan kualiti pelitup muka tersebut.
7. Praktikaliti
Sebenarnya saya hanya menggunakan pelitup muka ini beberapa kali sahaja. Saya gunakan sebagai mask kedua (untuk double masking). Tapi punca utama saya tidak dapat gunakan selalu adalah kerana fogging (cermin mata saya berwap) apabila memakai pelitup muka ini.
Kesimpulan
Pro
- pelitup muka fabrik Jovian memang sangat cantik.
- Jahitan kemas
- material lembut, boleh bernafas tahan lasak.
- Kotak cantik macam hadiah
Kontra
- tiada nose bridge - jadi menyebabkan berwap
- hanya satu lubang bukaan filter - mungkin sukar untuk masukkan filter bagi sesetengah orang
- kain di sebelah dalam melekat di hidung ketika bernafas
Keseluruhannya, jika anda ingin bergaya, pelitup mask ini memang cantik, sesuai digayakan di pejabat atau majlis. Tapi sebab sekarang kita dilanda Omicron, saya cadangkan untuk digunakan bersama 3-ply mask di dalam. Dari segi practicality, boleh ditambah baik lagi dengan menambah nose bridge dan menggunakan kain yang kurang melekat ketika bernafas.
saya berikan 4/5 bintang.
Reviu: Pelitup Muka Fabrik Jovian (Fabric Face Mask Jovian)
Sabtu, 26 Februari 2022