Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sangat lama saya biarkan blog ini tidak diupdate. Bukan apa, sangat sibuk dengan urusan berpindah rumah dan urusan-urusan pejabat. Insya Allah tahun 2016 ini, hasrat saya supaya dapat menulis dengan lebih kerap dan dan memberi lebih banyak manfaat pada semua.

Kisah yang ingin saya kongsi hari ni adalah biskut coklat cip saya yang menjadi kembang macam bunga kembang semangkuk! Untuk pengetahuan semua, biskut ini memang favourite kami. Setiap kali hari raya, kami akan masak biskut ini berbalang-balang banyaknya. Dan biasanya tidak ada masalah. Resipi yang saya gunakan adalah yang ini:

chocolate_chip_cookies
Biskut Coklat Cip Famous Amos dari Dapur Ummu

Resipi Biskut Coklat Cip Famous Amos

Bahan-bahan:

1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum
secubit garam

1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking soda
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Putarkan gula kastor, gula perang dengan mentega.
2. Masukkan minyak, telur, susu dan vanilla. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum, cream of tartar dan soda bikarbonat.
4. Masukkan garam dan coklat cip.
5. Bakar pada suhu 175 celcius dalam jangkamasa 10-15 minit.

Tapi kali ini hasilnya:

Biskut Coklat Cip kembang

Haha! Gemuk kembang sungguh! Sebenarnya rasa dia tetap mantap dan rangup. Anak-anak saya suka saja makan biskut ni. Mereka kata besar-nesar macam biskut coklat cip Subway. Hehehe.

Tapi saya lebih suka kalau dia jadi kecil-kecil sikit...comel sikit kalau kita nak bagi pada orang kan?

Kenapa biskut jadi mengembang?

Jadi post mortem sesi membakar hari ini selepas merujuk kepada pakcik google

1. Mentega yang digunakan terlalu cepat cair menjadikan biskut kita kembang
2. Suhu oven tidak sekata ( saya gunakan oven elektrik adik hari ini)
3. Soda bikarbonat telah lama

Tip untuk mengelakkan biskut mengembang:

1. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk antara waktu meletakkan adunan ke atas dulang
2. Letakkan adunan ke atas dulang yang sejuk. (Basuh dan sejukkan dulang antara pertukaran dulang)
3. Pastikan suhu oven sekata
4. Gunakan soda bikarbonat yang baru

Insya-Allah jika ada kelapangan, saya akan bakar batch yang lain... akan saya kongsikan hasilnya di sini untuk kegunaan pembaca semua..

Biskut Coklat Cipku Kembang!

Ahad, 31 Januari 2016