Tip iPhoneografi : 7 tip mendapatkan idea fotografi

Isnin, 11 Ogos 2014

Orang selalu bertanya, mengapa kita mengambil foto? Malah, mengapa kita mengambil foto setiap hari? Selalunya sukar untuk saya memberi jawapan yang tepat. Jawapan saya adalah saya ingin menyimpan kenangan tentang hari itu. Atau saya merasakan saat tersebut sangat indah.

iphoneorafi_idea


Bagaimana fotografi meninggalkan kesan dalam hidup kita?


Apabila kita mengambil foto setiap hari, apa yang akan terjadi adalah kita akan mencari keindahan di sekeliling kita. Mata kita menjadi terbuka luas, dan fikiran kita menjangkau imaginasi kebiasaan. Kita bersyukur dengan perkara harian kita seperti minuman kopi pagi, waktu kita di taman bersama famili atau saat gembira bersama rakan sepejabat. Kita menikmati cahaya matahari yang dianugerahkan Tuhan dengan rasa insaf dan kita akur dengan nikmat-Nya yang diberikan yang tidak terbanding.

KITA LEBIH MENGHAYATI DAN MENGHARGAI KEHIDUPAN KITA


“Di mana hendak bermula?” orang bertanya lagi.

Tips bagi mendapatkan idea fotografi:


  • Perhatikan apa yang menarik perhatian anda kepada suatu pemandangan/bilik/imej/manusia- jadikannya fokus anda.
  • Rakamkan ekspresi- ekspresi wajah dapat menyampaikan pelbagai emosi dan cerita. rakaman yang bersahaja dan spontan akan menjadikannya mengagumkan.
  • Just shoot- jangan takut. Dalam era digital, anda boleh mengambil 1000 foto tanpa perlu merisaukan kos untuk mencuci filem! Jadi teruslah mengambil foto!
  • Carilah perhubungan- manusia adalah ciptaan-Nya yang paling gemar bersosial. Rakamkan saat-saat manusia berhubing dengan manusia bagi menceritakan suatu kisah cinta/sedih/gembira dan sebagainya.
  • Pandanglah ke alam sekitar- Alam sekitar memberikan banyak objek menarik yang boleh dirakamkan. Embun di daunan hijau, rama-rama berterbangan, bungaan yang sedang mekar malah di rumput nan hijau juga boleh anda ketemukan perkara yang indah.
  • Barangan kegemaran-suatu hari nanti, barangan kegemaran kita mungkin hilang atau musnah. saya gemar merakamkan masa-masa saya dengan barangan kegemaran saya. Ianya dapat membangkitkan memori apabila dilihat semua pada tahun-tahun akan datang.
  • Lihatlah ke langit- Langit mempunyai pelbagai corak dan warna yang berbeza mengikut waktu dan cuaca. Pelangi. Awan berarak. Mentari. Burung. Semuanya sangat menyentuh perasaan.




Apakah yang biasanya menjadi inspirasi anda?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Mohon tuan/puan bersopan santun ketika memberikan komen.