* Saya tidak dibayar untuk menulis post dan tuala wanita yang dipaparkan dibeli sendiri.Saya cuma ingin berkongsi pengalaman menggunakan tuala wanita ini dengan wanita- wanita lain.*

Saya telah menggunakan tuala wanita kain ( cloth pad) selama lebih 5 tahun. Saya tidak suka tuala wanita pakai buang yang ada di pasaran kerana:
1. Ianya tidak selesa. Seolah -olah memakai kertas/ plastik dan bila bergerak , ia sangat tidak menyelesakan.
2. Ianya menyebabkan kegatalan. Terutama di kawasan yang terkena tuala tersebut. Sangat gatal dan anda tidak boleh menggaru kawasan tersebut di khalayak ramai. Oh sungguh seksa!
3. Kadangkala, ianya mengandungi gel-gel yang menyebabkan ia susah dibasuh. Apabila anda ingin membasuhnya, gel-gel ini menyerap lebih banyak air dan tuala wanita itu pecah! Habis satu bilik air kotor dibuatnya.
4. Selalu mengalami kebocoran. Saya dapati lekatan tuala wanita ini tidak cukup kuat dan kedudukannya selalu beralih, jadi selalu saya dapati kebocoran terutama pada waktu malam.

Selain itu, dari aspek kesihatan juga, tuala wanita kain adalah lebih baik kerana ianya tidak mengandungi bahan kimia seperti tuala wanita pakai buang. Setakat ini, belum ada kajian yang konkrit yang mengaitkan kejadian kanser dengan penggunaan tuala wanita pakai buang, tetapi banyak terjadi alahan kulit pada bahan- bahan kimia dalam tuala pakai buang.(1)

Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai jenama tuala wanita kain. Ciri- ciri pilihan saya
- leakproof - tidak bocor
- lembut pada permukaan kulit
- penyerapan yang baik
- mudah dibasuh
- tidak lekat kotoran
-ekonomi

Saya fikir saya telah menemui jenama yang bagus dan menjimatkan wang. Tuala wanita tersebut ialah daripada keluaran syarikat Charlie Banana ( super). Permukaan atas tuala ini di buat daripada microfleece yang sangat lembut, dan mudah dibasuh.

permukaan microfleece yang lembut

Saya telah menggunakan tuala ini selama 7-8 bulan hampir setiap minggu ( kerana saya ada banyak tuala lain juga) dan saya dapati warnanya masih putih seperti baru dibeli. Permukaan yang sangat lembut ini menjadikan saya sangat selesa dan tidak ada kegatalan. Coraknya juga tidak luntur warna.

Penyerapan tuala ini juga saya dapati sangat baik. Saya boleh menggunakan tuala ini pada hari- hari yang berat selama 5-6 jam dan Alhamdulillah, tiada kebocoran! Puan- puan boleh merujuk video ini yang menguji kadar penyerapan tuala Charlie Banana.

Dari segi harga, saya membeli tuala ini daripada website ini www.bummiakids.biz. Dengan harga RM 62, puan- puan mendapat 3 tuala serta 1 beg kalis air bagi memudahkan penukaran ketika berjalan- jalan. Oleh itu, harganya menjadi dalam RM20, yang saya kira sangat murah kerana tuala wanita ini boleh digunakan selama bertahun-tahun jika dijaga dengan baik. Dari segi pembasuhan sangat mudah. Saya hanya lalukan air semasa mandi, dan rendamkan di dalam baldi. Apabila malam, saya campakkan dalam mesin basuh dan basuh seperti biasa. Cepat kering dan senang sekali

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah bertukar kepada pilihan yang lebih sihat, lebih mesra alam dan lebih ekonomi !

Rujukan:

1. Williams JD, Frowen KE, Nixon RL. Allergic contact dermatitis from methyldibromo glutaronitrile in a sanitary pad and review of Australian clinic data. Contact Dermatitis. 2007;56:164–7. [PubMed]

"Cloth Pad" terbaik

Ahad, 10 Februari 2013